"Inaraa!" Laung Rayyan menghalang aku daripada terus masuk ke dalam bilik.
Aku mengeluh. Aku pusing ke belakang menghadap Rayyan yang kelihatan tegang itu. "Apa lagi ni? Tak puas hati lagi ke dah tampar tadi? Nak tampar lagi? Atau nak pukul I pula??"
Rayyan mendengus marah. Isterinya sengaja mahu mencabar dirinya! "Cakap apa motif kau bawa keluar Syira dari sekolah? Kau bawa dia lari masa waktu persekolahan belum habis, so tell me buat apa?!"
Aku mengeluh bosan. Pinggang yang terasa lenguh aku usap-usap. Tika ini baru terasa penat berjalan seharian. Tadi tak ada pula terasa penat.
"Motif apa? Jangan buat teruk boleh tak? I cuma rindukan Syira so I bawa lah dia keluar jalan-jalan spent time dengan dia apa masalahnya lagi? Syira pun dah balik kan?"
Rayyan masih tidak berpuas hati dengan jawapan aku. Dia ulang semula soalan yang sama.
Aku mengeluh bosan. "Malas lah nak cakap lagi, I bagi tahu pun you bukan nak percaya cakap I. You only hear what you want to hear so I rest my case." Aku terus berpusing mahu sambung langkah ke bilik.
Namun tiba-tiba aku teringat ada satu persoalan yang masih bermain di fikiran. Spontan aku berpusing kembali dan aku paut lengan Rayyan yang juga sudah berura-ura mahu melangkah ke biliknya.
"Ian where have you been this past few weeks?"
Rayyan tarik tangannya dari pegangan aku. "Sibuk nak tahu buat apa?" Rayyan sudah mahu kembali ke biliknya.
"You kena gantung kerja sebulan. Is it true?" Tanya aku terus-terang.
Terus terhenti langkah Rayyan. Dia pandang aku tajam. "Siapa cakap?"
"So it's true right? Kenapa you buat macam tu Ian? Why you need to gamble on your position? Is that worth it?"
Pagi tadi aku terjentik hati mahu telefon ke pejabat Rayyan terus, ingin cuba nasib mengajak dia keluar makan tengah hari kat luar. Ini semua Eliza punya pasal yang sering update Instagram dengan laki aku. Tak kira macam mana aku cuba tepis sekalipun, aku tak dapat elak daripada merasa cemburu dengan kemesraan mereka.
Tapi lain pula terjadi bila setiausaha Rayyan menyambung terus talian kepada abangnya. Dari situlah aku dapat tahu yang Rayyan sebenarnya digantung kerja sebulan akibat perbuatannya yang telah melanggar polisi syarikat. Rayyan bekerja dengan syarikat ayah aku untuk mendapatkan Mentari project, dalam pada masa yang sama mengkhianati kepercayaan syarikatnya sendiri.
Aku keliru, untuk apa Rayyan sebegitu nekad untuk khinat keluarganya? Apa yang tak cukup lagi dengan jawatan yang disandangnya? Apa yang cuba disembunyikan Rayyan?
"Ian..."
"It's none of your business!"
"Ian please... I need to know. What is the deal? Apa yang ayah janjikan pada you?" Aku bertanya dengan nada sedikit mendesak.
Aku tidak percaya kalau Rayyan katakan dia hanya mahu menolong keluarga aku. Untuk apa dia tolong sedangkan keluarga dia sendiri perlukan kontrak bernilai jutaan ringgit itu?
"Betul ke kalau I kata... it's solely for your own interest? Sebab you nakkan nama?" Aku menebak lagi.
Aku tak tahu apa motif Rayyan berbuat begitu. Sedangkan boleh saja dia dapatkan kontrak itu daripada business keluarganya sendiri kan? Kenapa perlu dapatkan kontrak itu melalui keluarga aku?
"Ian..."
Panggilan aku dihiraukan. Terus saja dia berlalu masuk ke dalam bilik yang dihuninya.
Aku lepaskan lelah atas sofa. Masalah hubungan kami ialah kurang berkomunikasi lalu berlakunya salah faham demi salah faham yang lain. Tapi macam mana nak berkomunikasi dengan baik kalau Rayyan tak pernah nak beri kerjasama?
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...