Keesokan harinya, tubuh aku mula rasa panas berbahang dengan seluruh urat sendi serasa bagaikan mahu putus. Hari pertama aku datang bulan semenjak berkahwin dan demam yang datang sekali pakej pula makin memburukkan lagi kondisi tubuh aku yang sedia lemah.
Setiap kali datang bulan perut aku pasti akan rasa sakit menyucuk-nyucuk hinggakan aku hanya mampu mengerekot atas katil tanpa daya untuk berbuat apa pun. Pinggang dan kaki juga akan mula rasa lenguh dan sengal-sengal.
Begitu juga period aku kali ni. Sedari awal pagi tadi, aku hanya mampu berbaring dan terkebil-kebil sendirian hingga tertidur buat entah yang keberapa kali.
Perut yang sakit membuatkan aku lebih selesa tidak menjamah sebarang makanan, hanya menggalas perut dengan secawan air milo panas dan air suam.
Kepala yang sakit dan hidung yang asyik berair pula membuatkan aku mahu berendam saja dalam bath tube diisi dengan air suam dan wangian mandian. Tetapi mengenangkan aku baru didatangi darah period buat hari pertama, aku batalkan saja niat itu.
Tiap kali bangun dari lelap, benda pertama aku akan buat ialah check telefon. Dan setiap kali itu jugalah hati aku dirundung perasaan hampa apabila tiada sebarang mesej mahupun panggilan telefon masuk daripada Rayyan.
Sudahnya aku menangis dan menangis lagi. Entahkan menangis sebabkan sakit sengugut yang datang ataupun sedih akan perangai Rayyan yang langsung tidak mahu menelefon aku.
Emosi yang tidak stabil membuatkan aku lebih kerap termenung dan menangis sendirian. Ada kalanya bila perasaan marah muncul, aku akan menaip mesej panjang-panjang buat Rayyan mengingatkan janji manis dia sebelum kami melangkah ke gerbang perkahwinan dulu.
Ian, sampai hati you buat I macam ni. You dah lupa ke apa yang you janji dengan I dulu? You sendiri cakap tak nak ungkit kisah lama kan? You langsung tak beri I peluang utk jelaskan perkara sbnr. Tolonglah Ian dengar apa I nak ckp dulu baru you blh hukum I jangan buat I mcmni Ian. You dah janji nak sygkan I walau apa pun yg berlaku. You janji nak buatkan I senyum sentiasa you janji akan sentiasa ada dengan I tp knp you buat I macam ni??? You pembohong Ian! You penipu! I hate you!!!
Namun sudahnya aku padam saja mesej itu. Satu apa pun aku tak hantar kerana aku takut. Mengenali Rayyan baru beberapa bulan tidak menjaminkan apa-apa buat aku. Ini membuatkan aku takut untuk berbuat sembarangan kerana aku tidak pasti akan reaksi Rayyan bila dia membaca mesej sebegitu.
Bagaimana kalau Rayyan memilih untuk mengalah? Bagaimana kalau Rayyan mengambil jalan mudah dengan melepaskan aku terus? Bagaimana kalau marah Rayyan makin meluap-luap dengan kehadiran mesej ini?
Sudahnya aku kembali menangis dan telefon aku campak jauh atas katil. Aku tidak mahu terlalu mengikut emosi hinggakan memburukkan lagi hubungan kami. Aku masih belum bersedia untuk berhadapan dengan amarah atau kebencian Rayyan terhadap aku.
********************
Tiga hari kemudian, demam aku sudah kebah dan period pain aku juga sudah beransur hilang. Cuma tubuh aku agak lemah kerana aku sering mengabaikan waktu pemakanan malah aku hanya makan bila aku rasa mahu makan.
Bila tinggal sendirian sebegini, aku lebih senang makan-makanan kering apa yang ada. Nak masuk dapur kelentang-kelentong periuk untuk sorang makan memang tak lah. Lebih baik order grab food atau guna air fryer untuk frozen foods. Mudah.
Tidak mahu membiarkan diri terlalu memikirkan masalah yang satu itu, aku bercadang untuk masuk semula bekerja hari Selasa meskipun cuti aku masih berbaki beberapa hari lagi.
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...