Bab 43 | Hadir

6.7K 279 27
                                    

Aku keluar dari kereta dengan tangan membawa satu bekas tupperware berisi dessert yang aku bawa dari rumah.

Dahi aku berkerut bila terpandangkan kereta Honda Civic di perkarangan rumah umi. 'Kereta Azrul? Azrul kenal dengan umi ke?'

Aku melangkah anak tangga rumah berhati-hati. "Assalamualaikum umi..."

Kelihatan dua orang lelaki sedang asyik bersembang di ruang tamu. Terus terhenti perbualan mereka bila terdengar salam dari muka pintu. Spontan kedua lelaki itu menjawab salam dan menoleh ke arah muka pintu. Zafril dengan renungan biasanya, Azrul pula kelihatan agak tersentak. Dia mula tidak senang duduk.

"Waalaikumussalam Naraa! Hah baru dok sebut-sebut nama, macam tau-tau je umi dok teringatkan Naraa.." sapa umi yang baru tiba dari arah dapur.

Tergopoh-gapah umi bergerak ke pintu. Tangan basahnya dilapkan pada kain sarungnya.

Aku tunduk salam tangan umi. Seperti biasa tubuh aku ditarik ke dalam pelukannya. Timbul rasa bersalah kerana hampir dua minggu aku tidak singgah berjumpa dengan umi. Gara-gara nak mengelak dengan Zafril punya pasal.

Zafril pun senyap saja. Dia tidak lagi mencari aku atau menghantar makanan seperti kebiasaannya. Adik perempuannya pula yang mengambil-alih tugas itu.

"Maaf umi, Naraa busy sikit lately ni. Tadi Naraa buat Banoffee Pie. Teringatkan kat umi, itu yang Naraa bawa sikit." Aku suakan pada umi bekas tupperware yang berisi pie tu.

Huluran aku disambut umi. "Bana? Bano? Bino? Eh apa dia tah kamu bawa tu. Meh masuk sini dulu."

Tak sempat nak tegah, tangan aku terus ditariknya duduk atas sofa berangkai dua.

"Hah apa dia yang Naraa bawa ni? Tak reti umi nak menyebutnya. Nama pelik-pelik ni umi tak pernah dengar."

Aku cuma melirik senyuman biasa dengan teletah umi yang kelihatan teruja dengan kedatangan aku itu.

"Banoffee Pie umi."

"Banopi- ishh susah benor nak menyebutnya." Umi tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rasa serabut dengan nama makanan yang tak pernah dia dengar itu. Mahu tergeliat lidah nak sebut sejenis makanan itu.

Tergelak aku dengan Azrul dengan teletah umi yang mencuit hati itu.

"Banoffee Pie umi, banana campur toffee jadi Banoffee." Jawab Zafril bagi pihak aku.

"Ohh banana ke. Apa punya pelik namanya. Sebut banana kan senang. Baru orang tahu apa dijualnya. Pisang haa gitu. Naraa beli kat mana ni? Tak pernah umi tahu ada jual kat pekan ni?" Tudung tupperware umi buka cermat. Hidangan itu dibawa ke hidung untuk cium baunya.

"Naraa buat sendiri umi, tiba-tiba teringin nak makan."

"Lahh kenapa tak cakap kalau nak makan? Boleh suruh Zafril tu carikan. Susah-payah je Naraa buat sendiri. Renyah juga nampak ni. Banyak benda nak kena ada. Nak kena berkemas dapur pula lepas siap buat ni.." umi sudah membebel. Pantang betul dia bila dapat tahu aku bertukang lebih di dapur.

Zafril sedari tadi hanya tenung ke arah aku. Langsung tidak dialihkan renungannya daripada muka aku. Macam ada hutang pula dia tenung-tenung aku sebegitu.

"Tak susah pun umi, buat sendiri baru puas hati. Kena dengan anak tekak sendiri."

Memang aku lebih suka buat sendiri pencuci mulut ini. Kalau beli risau pula status halal bahan yang digunakan, kandungan gula yang tinggi dan hiasan yang tak menepati cita rasa aku. Tambahan pula, bukan senang nak cari benda ni kat negeri yang masih asing buatku.

"Lain kali nak apa-apa cakap je biar umi buatkan. Pandai Naraa buat benda pelik-pelik ni. Cantik... kemas nampak, Naraa belajar mana buat ni?" Tanya umi lagi.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now