Bab 11 | Sweet & Sour

5.4K 161 8
                                    

Lama aku termenung sendirian di perkarangan masjid di Putrajaya. Seusai menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah di masjid Putra, aku mengambil keputusan untuk duduk di bangku yang terdapat disekitar masjid tersebut.

Suasana disini masih riuh dengan suara gelak tawa manusia yang turut sama melepak. Masih riuh dengan manusia yang tidak kenal erti malam yang semakin gelap. Mungkin kerana esoknya hari Sabtu, makin seronok la anak muda membuang masa pada malam hari.

Aku yang turut tidak terkecuali membuang pandangan ke arah tasik kelihatan cantik disimbahi lampu hiasan. Kepala aku sedikit sebanyak sudah ringan dengan masalah. Lama aku bermuhasabah sendirian dalam masjid tadi.

'Aku tak bersalah... apa yang aku nak takutkan? Be strong Naraa jangan biarkan orang macam Fiqi tu senang-senang je pijak maruah kau. Kau tak buat jadi kau tak perlu takut dengan dia...'

Sedang aku termenung sendirian, telefon bimbitku bergetar tanda ada panggilan masuk.

'Ryan!'

Baru aku teringat, tadi dalam masjid juga ada dia menghubungiku namun 3 kali aku biarkan ia mati sendiri tidak berjawab.

Telefon yang masih bergetar aku sentuh punat 'answer'. Aku tekap telefon pada telinga.

"Naraa! Jawab pun.. kenapa tadi I call you tak angkat? You kat mana? Tak balik lagi ke? Dah lewat malam ni sayang.."

Aku ketap bibir cuba mengawal air mata yang pada bila-bila masa saja akan menitis. Rayyan risaukan aku!

Sungguh aku terharu dengan perhatian yang diberikan Rayyan. Keluarga aku sendiri tidak ada yang bertanya keberadaan aku walaupun malam sudah jauh lewat tika ini.

"Sayang... you there?"

"Ya Ryan.. I amik angin malam kat luar saja jalan-jalan hilangkan stress.." jawab aku disusuli dengan tawa hambar.

"You okay sayang? Where are you? You want me to come?" Tanya Rayyan dengan nada kerisauannya jelas kedengaran.

"It's okay... I'm fine here. Just need some time to chill and stuff and-"

Belum sempat aku menghabiskan kata Rayyan mencelah. "Sayang I know you're not okay. Where are you? You tahu kan dah lewat malam ni... kereta pun you tak drive macam mana you nak balik?"

Aku tersentak. 'Ya Allah macam mana aku boleh terlupa yang aku datang sini dengan kereta Rafiqi? Macam mana aku nak balik nanti... berani ke nak naik grab malam-malam macam ni....'

Aku melirik jam tangan yang tersemat kemas pada pergelangan tangan kiri. 10.45 pm! Sungguh aku tak sedar jam sudah terlampau larut malam. Sungguh leka aku melayan perasaan sendirian.

"Er... Ryan can you pick me up?" Serba salah aku bersuara risau akan menyusahkan lelaki ini yang entah dari mana dia berada.

Memikirkan hari sudah jauh lewat malam, aku tidak berani mahu mengambil grab sendirian. Ditambah lagi dengan pelbagai cerita kurang enak berkenaaan grab driver yang aku baca dari media sosial makin memudarkan keberanian yang cuba aku kumpul sedari tadi.

Rayyan menghela nafas. "Where you at?"

"I... kat Putrajaya, perkarangan masjid Putra."

Lama Rayyan diam disana. Aku menyusahkan dia ke?

"Okay. You tunggu situ I'll be there in 25 mins. Jangan berani-berani duduk tempat sunyi, cari tempat ramai orang. Kalau ada yang pelawa ke nak ajak tumpang jangan ikut. And don't turn off your phone.. just wait there until I arrive." Kata Rayyan dan serentak dengan itu enjin kereta kedengaran dari sana.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now