"Inaraa!"
Aku kaget bila Rayyan muncul tika ini bila sebolehnya aku tidak mahu bertemu dengan sesiapa.
Mata Rayyan meliar memandang aku dari atas ke bawah dengan dahi berkerut. Ya sudah tentu dia pelik dengan keadaan aku yang kelihatan seperti tidak terurus.
Cengkaman tangannya aku cuba loloskan. Gagal.
"Lepaskan I Ryan!" Suara aku mula meninggi marah.
"Not until you tell me what you are doing here?" Kata Rayyan dengan suaranya yang turut meninggi.
Berkerut dahi aku apabila cengkaman kemas Rayyan menyakitkan lengan aku. "Ryan please.. you're hurting me..."
Terus Rayyan melepaskan cengkamannya. "Sorry. I didn't meant to-"
Tanpa tunggu Rayyan menghabiskan kata-katanya, kaki aku terus melangkah laju ke arah drop-off point. Kelihatan sebuah teksi sedang menurunkan penumpang di situ.
Bergegas aku lari cuba menahan teksi tersebut yang sudah mahu berlalu.
Sedang aku menghulur tangan kearah teksi tersebut, pergelangan tangan aku direntap kasar. "What the hell!" Aku memandang Rayyan marah.
Sungguh hati aku tengah panas dengan perbuatannya tadi, ditambah lagi dengan drama sebabak ini.
Teksi itu sudah bergerak pergi tanpa sempat aku menahan.
Rayyan tidak hiraukan amarah aku. Tangan aku ditarik kasar mengikut langkahnya menuju ke keretanya yang diparkir berhampiran lobi hotel.
"Ryan lepaskan! Tangan I sakitlah!" Jerit aku dengan tangan aku cuba loloskan dari cengkaman kemasnya.
Tetap juga aku dihiraukan. Pintu kereta belah penumpang dibukanya kasar. "Masuk!" Arah Rayyan tegas.
"Tak nak!" Aku berpusing mahu berlalu dari situ.
Terus Rayyan mencengkam kedua belah bahu aku dengan kuat. Wajah aku dipandangnya serius. "Naraa you nak masuk sendiri atau you nak I paksa ? Kalau you nak buat scene kat sini you buatlah. Don't force me to do something that you won't like." Kata Rayyan dengan suara yang tertahan-tahan menahan amarah dengan kedegilanku.
Aku mendengus marah. Mengalah. Terus aku tepis kedua tangan Rayyan pada bahu dan aku loloskan tubuh ke tempat duduk penumpang dengan kasar. Terus aku peluk tubuh. Tidak mahu memandang muka Rayyan yang sudah merah menahan marah.
Dapat aku dengar Rayyan menghela nafas berat sebelum pintu kereta ditutup.
Tangan aku yang sudah mula kelihatan biru lebam aku usap-usap perlahan bagi meredakan kesakitan. Sikit lagi mahu terkehel urat lengan dibuatnya!
Rayyan cuma memandang sekilas sebelum keretanya diundur dari petak pakir. Kereta mula meluncur laju atas jalan raya.
"Nija, I take a day off today. For my meeting with Mr. Low please ask Bryan to take over." Senyap. Dia menunggu balasan dari sana. "No no it's not work related. Just some personal stuff I need to take care of. Please ask Bryan to call me after the meeting is finished." Arah Rayyan tegas sebelum telefon bimbitnya dimatikan terus. Tidak mahu diganggu hal pejabat tika ini.
Aku yang mula kelemasan dengan keadaan tegang tanpa suara ini terus bertanya dengan nada yang masih meninggi. "You nak bawak I ke mana?"
Senyap. Rayyan fokus dengan pemanduannya. Sesekali urat ditangannya kelihatan bila dia memegang streng kereta dengan kuat bagai menunjukkan amarahnya yang tertahan.
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...