Niya pergi ke sekolah dengan menaiki kereta Emma,tiba sahaja di depan pagar sekolah kebetulan ketika itu Luqman sedang menghan tar Mikhail."Eh,tu abang Luqman! Tak nak tegur dulu kerr?"kata Niya dalam nada mengusik Emma."Eh,tak nak lah!Mungkin abang Luqman kelam kabut nak pergi kerja!"kata Emma, "Hmm,dalam hati ada taman. "kata Niya.Dia keluar dari kereta Myvi purple Emma,melihat Niya sudah masuk ke perkarangan sekolah bersama Mikhail.Terdetik juga di hati nya untuk menyapa Luqman.
"Aku tegur saja,bukan apa pun!"fikir Emma.Baru Emma hendak keluar, Luqman sudah menuju ke arahnya dulu."Dup..Dap.. Dup..Dap!"laju betul jantung Emma berdenyut, Emma dengan beraninya keluar dari kereta nya."Emm,hye Emma!"tegur Luqman,Emma tersenyum."Hye A.. abang Luqman."kata Emma.Luqman tersenyum manis,fuh!Cair Emma dengan senyuman itu.
Sementara itu di perkarangan sekolah, Niya asyik memandang ke belakang. Mikhail memerhati Niya dengan wajah yang kehairanan."Hoi Mak cik!Kau dah kenapa tengok-tengok belakang je ni?Ada yang tertinggal kah?"tegur Mikhail.Tali kasut Mikhail tercabut,dia duduk untuk membetulkannya.Tiba-tiba tubuh nya seperti ditarik ke kiri,dengan slumber dia mengikut arah tarikan itu.
"Niya apasal kau ni?"marah Mikhail, rupanya Niya yang menarik begnya dengan ganas tadi.Mereka menyorok di sebalik semak untuk mengintai Emma dan Luqman."Shuut!Kau diam lah Mikha! Tak nampak orang tengah dating tu!"kata Niya,Mikhail menarik lengan Niya menghadap diri nya."Kau apasal nak intip-intip orang ni?Jealous kah?Kau kan ramai peminat,couple je lah dengan dio rang tu!Lepastu dating!Faham? Lagi satu,apasal kau suka panggil aku Mikha?Panggil aku Mikhail boleh tak?"kata Mikhail."Kau dah lupa kah rancangan kita nak satu kan abang kau dengan kakak aku?Lagi satu macam kau tak kenal aku yang biasa panggil kau Mikha ni."kata Niya.
"Rancangan apa?Tu kan rancangan kau dan Adam.Bukan aku lah Mak cik!"kata Mikhail,"Alah,kau tolong lah sekali!"rayu Niya.Dia buat-buat suara manja dan mengelipkan mata nya beberapa kali.Tipu lah kalau Mikhail tak cair,kalau pipi dah merah cair lah tu!Mikhail meman dang ke tempat lain."Arr..kau..kau buat lah sendiri!Aku tak terlibat!" kata Mikhail,cepat-cepat dia pergi dari situ.First,mestilah sebab dah malu,second takut nanti ada orang salah faham pula kenapa diorang berdua ada kat sebalik semak tu.
"Alah,Mikha!"kata Niya separuh menjerit,separuh manja,dia meng hentakkan kakinya macam kanak-kanak tak di belikan mainan.Mikha tidak menoleh,dia terus berjalan-jalan dan jalan.Gila nak toleh kalau muka dah merah,lebih-lebih lagi dengan muka manja dia tu.Berpeluh Mikhail satu badan.
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Sekarang masa kelas kdua akhir, iaitu kelas English.Hari ni hari Selasa,so kenalah pergi library untuk buat nilam.Nilam adalah salah satu benda yang Mikhail suka buat,tapi dia tak ada mood langsung nak buat hari ni.Tak tahu lah kenapa,toleh kanan toleh kiri. Serabut sahaja fikiran pak cik ni."Oi,kenapa dengan kawan kita ni?"tanya Zaid,Naim memandang Mikhail yang sedang menekupkan wajah nya ke meja.
"Mikh,kau kenapa?"tanya Achai, Mikhail tidak menjawab.Bebola matanya berputar 360° darjah,dan bila habis putaran itu.Dia meman dang Niya,Niya sedang ketawa bersama kawan-kawannya.Comel, senyuman manis terlakar di wajah Mikhail.Yusry mencuri lihat pandangan Mikhail,"Woi,zina mata oi!"bisik Yusry.Tersentak Mikhail, "Astagfirullah!"Mikhail duduk seperti biasa.Dia meraup wajah nya, dan menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya.
"Kau kenapa?Ada problem?"tanya Jimi,"Aku Ok lah!"jawab Mikhail. "Keeee,kau dah mengaku yang kau jatuh cinta pada Daniya?"kata Naim, tiba-tiba satu lagu cinta bermain di fikirannya.Jantungnya berdegup laju,tangan kanannya di letakkan pada dada kirinya."Apasal dengan aku ni?Tak Mikhail!Kau tak boleh buat macam ni,Niya cuma kawan kau!Tu cuma cinta monyet!"bisik hati Mikhail.Tiba-tiba Naim menepuk-nepuk paha kanan Mikhail,Mikhail memandang Naim. "Apa?"kata Mikhail.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...