Keadaan Hafizah di rumah, untuk hari ni sudah tiga kali dia muntah. Dia merenung wajahnya di cermin, kemudian dia memandang perutnya. " Takkan dah ada? " bisik hati nya, dia kemudian duduk di katil sambil memandang hand phone nya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kereta di luar rumah, dia melihat melalui tingkap di tingkat atas. " Siapa tu? " bisik hatinya, Hafizah menyimpan hand phonenya di dalam pocket. Sebuah kereta BMW warna silver terparkir kemas di depan pagar rumah. Hafizah turun ke tingkat bawah lalu membuka pintu, wajah pemilik kereta tersebut belum memunculkan dirinya.
Cermin kereta yang agak gelap menyukarkan Hafizah mengecam siapakah pemiliknya. Tiba-tiba beberapa orang memakai baju hitam keluar dari arah dapur. Mereka memukul kepala Hafizah dengan kayu lalu Hafizah jatuh pengsan. Mereka kemudian mengambil kunci di tangan Hafizah, salah seorang daripada mereka membuka kunci mangga pagar. Kereta BMW itu di bawa masuk ke garaj, mereka memastikan tiada sesiapa yang melihat mereka terlebih dahulu. Kemudian, barulah membawa Hafizah masuk ke dalam kereta. Hafizah yang pengsan itu di bawa ke suatu tempat.
Hati Niya berdegup laju bagaikan membuat larian marathon, nafasnya turun naik, terasa lemah tubuhnya saat ini. " Ya Allah, betulkah? Dalam usia semuda ni? " bisik hati Niya, dia duduk di atas katil. " Tapi kenapa dia terima? Bukan sepatutnya dia tolakkah? " bisik hati Niya lagi. Dia menuju ke pintu, tombol pintu dipulas perlahan-lahan oleh Niya. Ruang atas sunyi sepi pada malam itu. Niya menoleh ke kiri, hanya lorong yang terang dan sunyi dilihatnya.
" Apa kau buat ni? " Niya terkejut, hampir dia terkena serangan jantung. Tubuh nya terasa benar-benar lemah untuk melatah, melompat mahupun berbuat apa-apa, terasa longlai bagaikan jelly. Dia bersandar pada pintu, dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu di hembus. " Kau kenapa dah terkena sawan? " , Niya mencelikkan matanya. " Hoi, apasal kau terima perkahwinan tu? " kata Niya sambil tepat memandang wajah Mikhail. " Kenapa? Ada masalah? Memang itu yang kau nak kan? Kahwinlah dengan aku, lepastu rampaslah harta aku. " kata Mikhail.
" Hei, kau fikir aku nak sangat kah harta-harta kau ni? Dulu aku terima pertunangan ni pun sebab aku tak nak hancurkan impian Mak bapa kita. " leter Niya, " So? Apa bezanya? Kalau kita kahwin pun lepas ni, sekurang-kurangnya impian dorang dah tercapaikan? " kata Mikhail. " Apa kau cakap? Kau ingat impian dorang tercapai kita akan bahagia? Tengok lah keadaan kita sekarang, tak bertegur, ego, birthday aku pun kau tak wish! " kata Niya. " Kau kata kau bukan pisau cukur kan? Jadi buktikan lah kata-kata kau tu lepas kita kahwin nanti! " kata Mikhail, " Jadi kau memang sengaja lah buat semua ni? Tak sangka pula kau ni diam-diam berisi kan? " kata Niya.
" Kau dah nampak permainan aku kan? So, good luck! " Mikhail meninggalakan Niya. Mikhail masuk ke dalam bilik lalu menutup pintunya. " Jadi maksudnya kau pun dah tak ikhlas sayangkan aku kah Mikhail? Jujur aku kata, aku dah mula sayangkan kau. " kata Niya sayu, dia masuk ke dalam biliknya. Tiba-tiba Mikhail pula membuka pintu biliknya, " Maafkan aku Niya. Aku tau aku dah kasar dengan kau. Tapi kalau betullah kau bukan macam yang dalam video tu, aku berjanji akan sayang kau macam aku sayang diri aku sendiri. " bisik hati Mikhail. Matanya tepat memandang pintu bilik Niya.
Throwback~
Niya membuka earphone yang berada di telinganya, badannya terasa penat menghadap kerja-kerja sekolah yang diberikan cikgu nya. " Laparlah pula. " kata Niya, dia mencapai tudungnya yang berada di atas meja. Selesai memakai tudung itu dia turun ke bawah. Dia memandang pintu bilik Mikhail, " Dia buat apa erk? " bisik hati Niya. Niya menuruni satu persatu anak tangga itu.
Tiba sahaja di tingkat bawah, " Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ " Niya menoleh ke arah dapur. Dia melihat keluarganya sedang membawa kek di tangan mama Izah. " Mama. " air mata Niya berlinangan, dengan hanya satu kelipan mata, air mata itu jatuh mengalir di pipi. " Happy birthday to Niya! Happy birthday to you. Yeayy! " Niya meniup lilin untuk umurnya yang ke-17 tahun.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...