Jam menunjukkan pukul 4:10 petang, Mikhail memakai kemeja jenama Polo di badan dan seluar jeans berwarna hitam disarungkan di bahagian kaki. Dia memakai topi Obey dan cermin mata tanpa kanta. Sebelum turun, dia melihat wajahnya di cermin. " Ah, hancur muka aku. Ni kalau ibu tengok mampus! Nasib ibu pergi shopping. " rungut Mikhail.
Mikhail membuka pintu, selepas menutup pintu dia menuruni anak tangga. Di tangga, dia bertembung dengan Niya. " Eh, kau nak pergi mana smart-smart ni? " soal Niya, di tangannya terdapat secawan milo. " Aku nak jumpa kawan jap. Kau bagitau ibu nanti erk. " kata Mikhail, dia mendekati Niya. " Niya. " Mikhail mematikan langkah, " Yes? " Niya memandang Mikhail dengan wajah tanda tanya. Mikhail terus menyambar milo Niya, " Oi. " sambil minum Mikhail membawa cawan tersebut turun ke bawah. " Nak ambil sendiri. " Mikhail meletakkan gelas itu di meja ruang tamu.
" Kurang asam! Ni kah tunang? Haihh.. " rungut Niya, dia memandang cincin tunangnya. " Aku buang kang! " leter Niya, dia menuruni anak tangga itu satu persatu.
Mikhail duduk di bangku seorang diri, teringat pula kejadian kali pertama dia berjumpa Riyan di pantai itu. " Mana Nita ni? Lambatnya. " leter Mikhail, dia melihat suasana pantai yang penuh dengan orang ramai. Ada yang berjoging, ada yang berkelah, ada yang jalan-jalan, ada yang berjual, ada yang berbasikal, ada yang dating, dan banyak lagi. Mikhail mengerling jam tangannya.
" Assalamualaikum. " Mikhail menoleh ke belakang, Anita memakai blouse panjang warna ungu dengan beg tangan yang disangkutkan pada bahu kanannya. Dia memakai cekak rambut warna putih di bahagian kepalanya, kasut tinggi yang tak berapa tinggi di pakai di bahagian kaki. Kelihatan feminine di mata Mikhail.
" Waalaikumsalam. " Mikhail menjawab salam Anita, " Lama tunggu? " soal Anita. Mikhail memggelengkan kepalanya, " Duduk lah. " Anita duduk di sisi Mikhail tetapi jaraknya jauh. " Kau cantik hari ni. " ayat ini slumber keluar dari mulut Mikhail, Anita memandang Mikhail. " Thanks. Kau pun handsome. " kata Anita, kembang kempis hidung Mikhail.
" Emm, Nita tentang soalan aku tu? " kata Mikhail, reaksi wajah Anita berubah. Mikhail menjadi semakin ingin tahu, " Mikhail. " Anita mula bersuara. " Sofiya dah meninggal. " air mata Anita jatuh sejurus kata-kata itu dilafazkan, Mikhail terkejut. Tidak percaya akan kata-kata Anita, " Nita kau biar betul. " kata Mikhail. Anita menghadap Mikhail, " Betul! Aku tak tipu! " kata Anita, air matanya mengalir deras.
Mikhail masih bingung, dia memandang wajah Anita yang dibasahi air mata. " Nita kau jangan lah nangis. Nanti apa orang fikir. " pujuk Mikhail. Anita mengesat air matanya, " Sorry. Tapi aku betul-betul rasa kehilangan dia. Dialah kawan aku, satu-satunya kawan aku! " kata Anita bersungguh-sungguh. Mikhail menerima hakikat tentang pemergian Sofiya, tetapi pada masa yang sama dia masih bingung.
" Sofiya menghidap kanser hati tahap akhir sejak tahun lepas. Aku pun baru tau benda ni masa dia pengsan time perhimpunan tu. Selama ni dia simpan rahsia ni daripada aku, sebab tu dia nak duduk rumah keluarga dia sorang diri. " Mikhail dan Anita berjalan-jalan di tepi pantai. Mikhail hanya mendengar cerita Anita. " Sofiya tu degil, aku dah kata makan ubat tapi dia tak nak. Sebab tu kanser dia makin parah. " kata Sofiya lagi.
" Aku tak tahu semua ni. Tapi aku sangat-sangat bersimpati dengan nasib dia. " kata Mikhail, " Sofiya banyak habiskan masa dia dengan melukis. Dan dia banyak lukis gambar kau. " Mikhail memandang Anita. Anita menyelongkar sesuatu di dalam beg tangannya. " Nah, ni lukisan terakhir dia. Aku rasa dia nak bagi pada kau. " kata Anita. Mikhail menyambut kertas lukisan itu, dia membuka gulungan kertas tersebut. Terkejut Mikhail melihat lukisan tersebut, " Sofiya tau kau suka Niya. Jadi dia buat lukisan ni. " kata Anita.
Mikhail menggulung lukisan itu semula, dia menjadi bingung dan rasa serba salah. " Walaupun kau tolak cinta dia, tapi cinta dia pada kau kekal selamanya Mikhail. Cinta dia sangat kuat. " Anita bersungguh-sungguh melafazkannya, " Nita stop! Aku tak nak dengar tu semua. Aku rasa serba salah! " . " Macam tu lah yang Sofiya rasa bila dia tau kau suka Niya. " masa seolah-olah terhenti, Mikhail termenung jauh.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...