My Lovely Crush Raya! #1

3.6K 93 0
                                    

Mikhail mengesat peluh yang memercik di dahi, tekaknya terasa sangat haus saat ini. Matahari di langit dipandang olehnya, sungguh panas cuaca pada hari itu. Matanya memandang Niya yang daripada tadi tidak berhenti membeli belah di Segama ini, "Tak penatkah bini aku ni?" Bisik hatinya. Niya dan Azhar melangkah masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual banyak kain, Mikhail menggaru kepalanya lalu mengeluh. Kakinya digagahkan jua untuk melangkah.

"Sayang~" Niya menoleh ke belakang, memandang si suami yang sedang mencebik manja. "Kenapa?" Niya menghadap Mikhail, "Sayang belum habis shopping lagi? Dah 3 jam kita dekat sini." adu Mikhail. "Kejaplah. Baju pun kita tak jumpa lagi ni." Niya mencubit pipi Mikhail lembut, "Alaa~" Mikhail menyandarkan kepalanya pada bahu Niya. Niya menggelengkan kepala, manja sungguh suaminya ni.

"Azhar tengok, papa monyok. Tak hencem kan?" Niya memandang Azhar yang diam daripada tadi, Azhar mendongak memandang ibu bapanya. "Papa kenapa monyok? Kan tak hencem. Senyumlah papa, nanti mama tak suka." Si kecil itu mula bersuara, Mikhail duduk mencangkung di hadapan anak lelakinya itu. "Macam mana papa tak monyok kalau mama ni daripada tadi shoooooping ja! Nasib tak tercabut kaki papa ni tau!" Mikhail mengangkat Azhar ke udara, Azhar ketawa riang, geli hati anak itu diperlakukan sebegitu.

"Mama kita rehatlah kejap. Kesian papa Azhar." Azhar memeluk Mikhail sambil memandang Niya, Niya menggelengkan kepala melihat telatah suami dan anaknya itu. "Ya lah. Kita rehat. Kesian papa Azhar ni kan? Lembik macam obor-obor sudah." Niya dan Azhar ketawa mengekek. "Eleh, obor-obor ni jugalah yang disayangnya." Niya tersenyum senget sambil berpeluk tubuh, naik geram Mikhail dibuatnya.

"Ok. Senyumlah macam tu! Abang cari lain nanti, sendiri yang merana!" "Pap!" "Berani buat belakang sayang, kereta ferrari tu sayang hentak dekat kepala abang." Mikhail ketawa melihat wajah Niya, jelas tertulis perkataan CEMBURU tu. Tapi... sakit juga lengannya yang ditampar Niya, tangan transformer kah apa? "Ya lah. Ya lah. Dah, tak payah muncung sangat bibir tu. Tak jadi abang nak cari lain. Sedangkan tampar lengan abang ni pun dah serupa tangan transformer, kalau dengan ferrari? MasyaAllah, koma abang."

Mikhail menarik tangan isterinya keluar dari kedai itu, Niya bagai lembu dicucuk hidung hanya mengikuti langkah Mikhail. Mikhail melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan untuk pengunjung, Azhar pula duduk di peha kirinya. "Duduk sini." Mikhail menepuk peha kanannya menyuruh Niya duduk di situ, terbeliak mata Niya jadinya. "Eee! Jangan nak menggatal erk! Puasa ni!" Niya duduk di sebelah Mikhail, Mikhail hanya ketawa kecil. "Alahai.. comelnya bini abang ni." Niya melekatkan tapak tangannya di wajah Mikhail yang mendekatkan wajahnya dengan wajah Niya itu.

"Encik Syahril Mikhail, ni public. Puasa pula tu. Anak encik pun ada dekat sini. Sila jaga kelakuan." Mikhail menggenggam tangan Niya yang dilekatkan di mukanya itu, "Pegang tangan bolehkan?" Mikhail tersengih memandang Niya. Niya menggelengkan kepala, genggaman tangannya dieratkan lagi oleh Mikhail. Nasib ja lah dapat suami macam ni Niya~

"Eh, Niya!" Niya, Mikhail dan Azhar menoleh ke arah si pemanggil, kelihatan Fira sedang mendekati mereka. "Fira!" Genggaman tangan Mikhail dilepaskan Niya, dia terus berdiri dan mendekati sahabat baiknya Fira. "Eleh, mulalah tu. Peluk lepastu cium-cium pipi." Mikhail mencebik sambil menyeloroh isteri dan kawannya itu. "Kau buat apa? Shopping rayakah?" Soal Fira, "Haha. Ya lah, raya dah dekatkan. Mr. Mikhail kita bukan selalu dapat cuti." Jawab Niya sambil matanya mengerling Mikhail yang duduk tidak jauh dari mereka.

"Naim mana Fira?" Niya dan Fira memandang Mikhail yang menyoal, "Naim ada dekat rumah. Tengah buat kuih makmur." Mengekek mereka ketawa mendengar jawapan Fira. "Ha, tengok! Naim tolong bini dia buat persiapan raya, abang ada?" Niya jongket kening, "Amboi, tak baik tau kutuk suami. Abang tolong sayang erk, tolong tengok ja. Hahaha!" Mikhail ketawa jahat. "Tengok tu Fira." Niya mengadu kepada Fira, Fira hanya tersenyum sambil mengangkat bahunya.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now