Mikhail turun ke tingkat bawah, dia memakai baju sukan sekolah dan tracksuit jenama cheetah warna hitam disarungkan pada kaki. Topi Obey dipakai di bahagian kepala secara terbalik, jam tangan jenama G-shock di pakai di pergelangan tangan kanan. " Mikhail. " Mak Sum memanggilnya, wanita itu membawa beg galas Mikhail.
" Eh, Mak Sum dah buat? Baru Mikhail nak buat. " kata Mikhail sambil mengambil beg itu dari tangan Mak Sum, jersey, seluar pendek, stokin, baju lebih dan seluar tracksuit tersimpan kemas di dalam beg itu. " Manada Mak Sum buat, Niya yang buat. " kata Mak Sum, terbeliak mata Mikhail. " Dah tak payah nak terkejut sangat! Memang tanggungjawab Niya. " kata Mak Sum, Mikhail hanya mengangguk. Mak Sum tersenyum lebar sehingga menampakkan baris giginya, dia menepuk bahu Mikhail lalu menaiki anak tangga.
Mikhail menuju ke ruang makan, Datin Sharifah, Dato' Sulaiman dan Luqman sedang bersarapan. " Ha, adik jom sarapan. Nanti lambat pula. " kata Datin Sharifah, Mikhail masih meninjau ruang makan itu. " Hmm, Niya keluar pergi jogging dengan kawan-kawan dia. " kata Dato' Sulaiman, " Eh, tak bagitau Mikhail pun! " kata Mikhail. Kelihatan sedikit geram di wajah Mikhail.
" Dah kau masih berdengkur di bilik, siap berkunci lagi. Amacam dia nak masuk. " sampuk Luqman, Mikhail tersengih-sengih. " Tu lah, take a nap lagi! " kata Datin Sharifah, " Hehehe, ya lah. Lain kali cuba tak buat lagi. " kata Mikhail sipu-sipu malu. " Hmm, ya lah! Tu minum milo dalam tarmous tu! Niya juga yang buat! " kata Dato' Sulaiman, Mikhail mengambil tarmous yang terletak di atas meja makan. " Air sejuk kau ada dalam peti sejuk tu! Jus Oren kau sekali! Semua tunang kau yang buat! " kata Luqman pula, Mikhail mengangkat kedua-dua keningnya sambil meneguk air milo kegemarannya itu.
Di taman perumahan Niya, yang biasa menjadi tempat jogging 4 serangkai. Macam biasalah, Hafsirah, Umi, Rina dan Niya. Tapi kali ni, beza sikit, sebab Niya datang dengan kereta mewah. Hahaha.. Milik keluarga Mikhail lah, tapi dia terpaksa datang lebih awal dari waktunya, ya lah, takut pecah tembelang pula.
Jam menunjukkan pukul 7:13 am, Niya duduk di bangku taman sementara menunggu mereka bertiga sampai. Janji jam 7:30, terpaksalah Niya siap jam 6:30. Nak siapkan keperluan si suami lagi, yang bakal berperang dengan pemain bola sepak Sekolah Menengah Tun Musafir Shah. Terasa juga hatinya hendak pergi menonton, tapi malu pula pergi sorang-sorang. Manalah tau nanti dia ja bunga di sana, yang lain semua kumbang.
" Ha.. Lambat lagi lah! " rungut Niya, dia mencebik. Sebahagian penduduk di kawasan itu sudah ada yang melakukan aktiviti harian mereka. Ada yang keluar bekerja, ada yang menjual kuih-muih, ada yang berjogging, ada yang siram pokok bunga, ada juga yang pagi-pagi lagi dah buat mesyuarat sebelah rumah. Sekali sekala jiran-jiran yang mengenali Niya menegurnya yang duduk di bangku itu, " Eh, Niya! Amboi makin lawa sekarang. " , " Eh, Niya duduk mana sekarang? " , " Niya makin putih. Pakai apa erk? " , " Niya tunggu siapa awal-awal pagi ni? " , " Niya duduk hostel kah? Lama tak nampak. " , " Hai Niya! " , macam-macam soalan dan fakta dilontarkan oleh jiran-jiran yang mengenali Niya.
" Mak cik! " suara Hafsirah menyentak Niya, Niya menoleh ke kanan. Dilihatnya mereka bertiga sedang menuju ke arahnya, Niya berdiri tegak. " Assalamualaikum miss Niya! Lama tunggu? " kata Umi, " Lama sangat! Aku datang jam 7 tau! " kata Niya. " Eh, awal gila! Janji jam 7:30, semangatnya kau! " kata Hafsirah. " Biasalah, Niya tak sabar nak kuruskan badan. Maklumlah, dia makin gemuk! " kata Rina, Niya mencuit pinggang Rina. " Amboi agak-agak k! Berat aku baru 46 kg! Kau tu yang 50! " kata Niya, " Aku bukan gemuk lemak! Kau nampak bicep aku ni! " kata Rina sambil menunjukkan bicep nya yang berotot itu.
" Eleh, banyaklah kau punya bicep! Dah jom jogging! Aku dah lama tunggu, berpeluh-peluh lagi! Nasib belum bangas lagi! " kata Niya, " Euu, patutlah bau! " usik Umi. " Amboi Umi! Dah pandai main usik-usik sekarang! " kata Niya, " Eh, biasa! Umi bah ini! " kata Hafsirah sambil mengganding bahu Umi. Mereka berempat ketawa riang, ni lah jadinya bila perempuan menguasai dunia. Riuh taman tu oleh suara ketawa mereka, tapi diorang peduli apa. Apa yang penting diorang happy go lucky!
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...