"Niya.. Niya.." Niya membuka matanya perlahan-lahan, cahaya matahari yang bersinar itu menjadikan pandangannya silau. "Hey, bangunlah! Apa tidur lagi ni?" Terkejut Niya mendengar suara itu, dia menggosok matanya. Melopong mulut Niya, seakan tidak percaya yang dia sedang melihat Riyan di hadapan matanya. Senyuman, pandangan, suara, Niya sangat merindui insan ini. Insan yang pernah tertulis di dalam jalan cerita hidupnya, namun berakhir dengan sebuah kematian.
"Apa tengok aku macam tu? Aku handsome sangatkah?" Riyan tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih, "Riyan.. aku.." tanpa diundang, air mata Niya mengalir di pipi. Dia rindukan lelaki ini yang juga merupakan adik-beradiknya atau lebih tepat, kembarnya. "Wei.. haha! Janganlah nangis. Ish, kau ni!" Riyan duduk bersila di hadapan Niya yang sedang duduk di atas rumput itu.
"Kau janganlah sedih sangat! Aku gembira dekat tempat aku. Jadi, kau pun mesti gembira dengan lovely crush kau tu. Dia betul-betul nak jaga kau Niya, dia sayang kau sangat-sangat. Tolong Niya, aku tak nak kau menyesal. Runtuhkanlah ego kau tu, tak guna kau simpan. Dah lah, kau jangan sedih-sedih. Cerialah selalu Niya. Cerialah selagi kau mampu bersama dia."
Niya terpinga-pinga, dia tahu ini hanyalah mimpi. "Riyan, aku rindu kau." Niya melafazkannya dengan suara yang teresak-esak, Riyan hanya membalasnya dengan senyuman. "Aku tau. Sekarang, kau bangun. Kau jaga semua bekalan yang boleh bawa kau ke syurga. Nanti kalau boleh, kita lepak sama-sama. Bawa Mikhail, Naim, Yusry semualah sekali. Ok? Dah bangun! Bangun Niya! Ni semua mimpi!"
Niya terus terduduk di atas katil, badannya berpeluh-peluh dan nafasnya turun naik. Dia memandang sekeliling biliknya itu, kemudian dia mengehembus nafas lega. "Eh?" Niya menoleh ke kiri, terkejut dia melihat Mikhail yang sedang nyenyak tidur di sisinya. Niya memandang wajah Mikhail, meskipun gelap namun dia tetap dapat menangkap wajah Mikhail yang sedang tidur itu.
"Dia betul-betul nak jaga kau Niya, dia sayang kau sangat-sangat. Tolong Niya, aku tak nak kau menyesal. Runtuhkanlah ego kau tu, tak guna kau simpan." Niya mengusap rambut Mikhail, kata-kata Riyan ketika di mimpi tadi menerjah mindanya. "Allahuakbar! Allahuakbar!" Terkejut Niya apabila tiba-tiba handphone Mikhail melaungkan azan, Mikhail yang tadinya lelap juga terjaga. "Sayang." Entah mengapa, Niya tiba-tiba sahaja berlari ke bilik air di luar tingkat itu, Mikhail yang masih mamai itu segera turun dari katil.
Niya mengunci pintu bilik air, dia bersandar pada pintu tersebut. "Kenapa aku lari?" Bisik hatinya, dia dapat menangkap bunyi derapan tapak kaki di luar. Siapa lagi kalau bukan Mikhail. "Sayang. Bukalah pintu ni. Janganlah macam ni sayang." Niya berkira-kira hendak membuka pintu itu, sekajap tangannya memegang tombol selepas itu dia menarik semula tangannya dan menggeleng. "Ok. Mari abang jelaskan." Niya memandang pintu bilik air, seakan dia boleh memandang Mikhail pada masa itu.
"Pagi sebelum tu, Dato'Nadrin dan Nurul datang ke pejabat untuk bincang satu projek dengan ayah. Masa tu, Haziq lepak tempat abang dan dia nampak Nurul. Sayang kenal Haziq kan? Nurul tu sebenarnya, ex girlfriend Haziq yang Haziq tinggalkan dulu. Puas Haziq cari dia sayang, dia menyesal sebab tinggalkan Nurul. Jadi, dia minta abang untuk buat Nurul tu balik pada dia. Abang kata, abang tak mampu buat semua tu, tapi abang akan tolong dia untuk minta maaf pada Nurul dan lepastu pandai-pandailah dia tackle Nurul balik. Jadi plannya, abang ajak Nurul buka puasa dengan Haziq sekali, tapi tak sangka pula Nurul tu benci sangat dekat Haziq sampai dia tak nak tengok muka Haziq. Haziq cuba pujuk Nurul, tapi gagal. Akhirnya abang yang cuba pujuk Nurul, abang berjaya. Abang berjaya runtuhkan tembok ego Nurul yang tak mengaku dia masih sayangkan Haziq. Dia terlalu emosi masa tu sampai dia terpeluk abang. Dia tak sengaja sayang. Apa yang sayang, Azhar dan ka Emma nampak tu tak macam apa yang sayang fikirkan."
Niya menggigit bibir bawahnya, tembok ego di hatinya juga seakan akan roboh tidak lama lagi. "Kenapa abang tipu? Kenapa tak bagitau sayang hal ni? Kenapa tak jujur ja yang kawan-kawan abang tu ada lelaki dan perempuan?" Niya akhirnya menyuarakan soalan yang dari semalam mengganggu fikirannya. "Abang tak bagitau sebab abang lupa, abang lupa yang abang dah janji nak tolong Haziq. Jadi masa malam tu Haziq chat abang, abang terus buat plan ni. Abang dah tercakap dekat Nurul masa ajak dia buka puasa sekali tu. Kononnya sayang izinkan. Padahal, abang tak tanya sayang pun lagi, abang takut sayang tak izinkan. Sebab tu abang tak bagitau hal ni. Sebab tu jugalah abang tipu pasal kawan-kawan tu."
Mikhail menyandarkan kepalanya pada pintu, rasa menyesal dengan diri sendiri sudah semakin meningkat ke tahap maksima. "Click!" Niya membuka pintu, dia melihat wajah Mikhail yang seakan hendak menangis itu. Mata mereka saling bertentangan, suasana senyap seketika. Tangan Niya digenggam Mikhail, "Sayang please maafkan abang. Abang tak tahan macam ni." Rayu Mikhail. Empangan air matanya sudah mulai pecah.
Niya tersenyum, terus dia memeluk tubuh Mikhail. Mikhail terkejut, dia memandang Niya yang sedang memeluknya. "Maafkan abang?" Soalnya, Niya mengangguk mengiyakan soalan Mikhail. Melebar terus senyuman Mikhail, rasa macam nak terbang pun ada. "Yeayy!", "Haha!" Niya terus meleraikan pelukan, mereka menoleh ke kiri. Ternyata ahli keluarga Niya memerhatikan mereka. Niya dan Mikhail tersenyum malu, mereka berpandandangan antara satu sama lain.
Mikhail memeluk pinggang Niya, ubun-ubun Niya diciumnya. "I love you sayang.." memerah wajah Niya dibuatnya. "I love you too.. abang." Mikhail tersenyum lebar, gembira di hatinya tak terkata. "Cia! Cia! Cia!" Keluarga Niya pula sudah kecoh, lebih-lebih lagi adik beradik Niya.
******************************
"Niya! Selamat hari raya!" Keluarga terdekat Niya dan Mikhail beserta sahabat-sahabat mereka mula berkunjung ke rumah Niya. Hari raya itu disambut dengan penuh kemeriahan.
"Niya. Mikhail." Niya dan Mikhail yang sibuk melayan tetamu itu menoleh ke belakang, kelihatan Haziq dan Nurul yang sedang berdiri di belakang mereka. Haziq memandang Nurul, Nurul terus meluru ke arah Niya. "Niya. Saya minta maaf. Tak ada niat pun nak peluk suami awak." Niya tersenyum, "Tak apalah Nurul. Kita lupakan perkara tu." Nurul dan Niya berpelukan. Mikhail tersenyum, dia mendekati Haziq.
"Ehem! So, macam mana? Playboy dah jumpa cinta sejati?" Mikhail senyum mengejek, "Bukan cinta sejati ja bro. First love dia lagi!" Dua lelaki itu ketawa berdekah-dekah. "Apa ketawa ni? Dah jom masuk, sembang dekat dalam."
"Sayang pregnant?!" Semua mata terus memandang Luqman dan Emma, Emma menggigit bibir bawahnya. "Janganlah bising!" Kata Emma separuh berbisik, Luqman tersenyum lebar. "Aku nak jadi ayah wei! Aku nak jadi ayah!" Luqman terus mencempung Emma, semua tetamu yang menyaksikannya hanya ketawa terbahak-bahak.
Niya dan Mikhail juga ketawa melihat abang dan kakak mereka itu, gembira sungguh nampaknya. "Mama papa." Mikhail dan Niya memandang ke bawah, kelihatan Azhar yang segak berbaju melayu. Mikhail mengangkat anaknya itu, songkoknya yang tersenget itu dibetulkan oleh Niya. "Selamat hari raya papa, mama. Azhar gembira tengok mama papa macam ni." Niya dan Mikhail mencium pipi anak mereka itu. Sorang di kiri sorang di kanan. "Iya sayang. Selamat hari raya juga." Kata Niya, "Emm.. duit raya?" Mikhail dan Niya tersenyum. "Duit raya minta papa." Kata Niya sambil mencucuk pipi Mikhail, "Ok. Papa boleh bagi duit raya. Tapi, Azhar nak 'adik raya' tak?" Mikhail mengusap perut Niya. "Ish, abang!" Niya menampar lengan Mikhail, Mikhail memeluk pinggang Niya.
Azhar ketawa mengekek melihat telatah ibu bapanya itu, dia rasa sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat penyayang itu.
#syukurselalu
Tamat My Lovely Crush Raya! #Final
#IamSabahanHuhu.. yeayy! Dah tamat! Alhamdulillah. Terlaksana juga permintaan para readers yang minta ni. Firtsly, maaf kalau part raya MLC ni membosankan atau hambar atau ke laut atau bla.. bla.. bla.. sebab sampai sini ja kebolehan saya. Dah lebih perah otak dah. Kepada yang read yang vote. Thanks 😊 I appreciate it! By the way.. selamat hari raya semua! Maaf zahir dan batin. Maaf kalau sepanjang saya menulis ada yang buat readers terasa. Tak bermaksud pun 😢 ok raya ni sama-sama kita gembira. Hehe.. Yeayy! Yeayy! Raya! Nak duit raya boleh??? 😁😁😁
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...