Riyan masuk ke dalam rumah nya, dia mnghembat pintu lalu meluru ke bilik ibu bapanya. Dia mengetuk pintu bilik sekuatnya, " Eh Riyan. What's wrong? " soal Tengku Amiza. " Kenapa ni Riyan? Riyan dari mana? " ayah Riyan juga turut keluar, " Mummy, siapa Hafizah? Apa hubungan mama Hafizah dengan mummy? " soal Riyan. Tengku Amiza kecut perut, " Apa ni? Siapa Hafizah? " soal Tengku Rizman. " Eh, tak ada apalah abang. Riyan mengigau ni. Riyan pergi masuk tidur sayang. " kata Tengku Amiza, dia memberi isyarat kepada Riyan untuk masuk ke dalam biliknya.
Riyan masuk ke dalam biliknya, begitu juga Tengku Amiza dan Tengku Rizman. " Kenapa Riyan tu? Pelik semacam ja saya tengok. " soal Tengku Rizman, " Tak tahulah, biar saya pergi tengokkan dia. " kata Tengku Amiza. Tengku Amiza menuju ke bilik Riyan, sebaik sahaja dia membuka pintu bilik, Riyan terus meluru ke arahnya. " Mummy jawab soalan Riyan. Apa hubungan mama Hafizah dengan mummy? " soal Riyan, " Riyan, its nothing. " kata Tengku Amiza. " Kalau tak ada apa-apa, kenapa mummy komplot dengan Nizam untuk jual Hafizah? Anita kata sebab mummy berdendam dengan mama dia. " soal Riyan, " Riyan kenapa Riyan ni? Agresif sangat. Riyan ada apa-apakah dengan Hafizah? " kata Tengku Amiza.
" Mummy takkan fahamlah! " Riyan duduk di katilnya, dia menarik rambutnya ke belakang. " Kenapa ni sayang? Bagitau mummy. " pujuk Tengku Amiza, " Sebab Hafizah tu kakak perempuan yang Riyan suka. " kata Riyan sayu. Tengku Amiza terkejut, " Emm, siapa nama perempuan tu? " soal Tengku Amiza. " Niya " jawab Riyan sambil tersenyum lebar, " Sejak bila Riyan suka dia? " soal Tengku Amiza. " Sejak first time Riyan jumpa dia. " jawab Riyan, " Oh, macam tu. Makin besar nampaknya anak mummy ni. Dah pandai suka anak dara orang. " kata Tengku Amiza. " Mummy tolong lah jangan mengelak soalan Riyan. ". " Ok, macam ni. Sebenarnya mummy tak ada berdendamlah dengan mama Hafizah tu. Cuma syarikat mummy ada melabur untuk projek baru dia. Ada masalah sikit ja, tapi dah Ok. Pasal Hafizah pula, hari tu dia rude sangat. Mummy tak boleh bayangkan apa yang dia buat pada mummy masa tu. " bohong Tengku Amiza.
" Mummy takkan sebab tu mummy nak jual Hafizah? Dah lah, kalau Niya tau mummy yang buat dia mesti akan benci Riyan. Tau tak? " kata Riyan, " Alah Riyan kan handsome, kaya, bergaya, bijak lagi. Senang ja lah Riyan nak cairkan hati perempuan tu. " kata Tengku Amiza. " Mummy, Niya bukan perempuan macam tu. Dia bukan senang nak jatuh cinta pada lelaki. Dia bukan pisau cukur yang gilakan harta. Tapi hati dia adalah paling mahal dan susah untuk ditakluk. " kata Riyan. " Eh, apa anak perempuan tu dah buat pada anak aku sampai macam ni? Tak boleh jadi, walau macam mana sekalipun aku takkan benarkan keturunan dia masuk dalam keluarga aku ni. " bisik hati Tengku Amiza.
Pada hari Sabtu, Encik Syakir dan mama Izah berkumpul di rumah Mikhail. Maklumlah nak bincang pasal perkahwinan, memang banyak lah yang kena dibincangnya tu. Mikhail dan Niya pula masing-masing hanya berdiam semasa berbincang pasal baju nikah mereka. Sampailah.. " Masa nikah nanti nak baju warna apa? " soal mama Izah, " Entahlah, Mikhail dan Niya nak warna apa? " soal Datin Sharifah. " Hijau " , " Kuning. ". Mereka saling berpandangan.
" Eee, kuninglah! Kuning muda tu ja! " kata Niya, " Hish! Tak nak lah aku! Hijaulah, warna kegemaran Nabi Muhammad S.A.W " bantah Mikhail. " Eh, hijau masa sandinglah! Aduh! " rungut Niya, " Eh jangan melawan erk! Aku bakal suami kau dosa masuk neraka! " tegas Mikhail. Naik pening Mak ayah mereka melihat nya, " Sudah! Sudah! Senang cerita nikah warna putih, malam berinai warna kuning, sanding warna hijau! " sampuk mama Izah. " Ok! " kata Mikhail dan Niya serentak, kemudian mereka saling mengelak pandangan.
Tu masa pilih warna baju, masa pilih kad jemputan pula... " Eh, mama nak yang ni. Gambar dia comel. " kata Niya, Mikhail menarik contoh kad yang berada di tangan Niya. " Apa ni? Tak cantik lah. Cute pun tak ada. " kata Mikhail, Niya menarik kad itu semula " Tak suka tak payah tengok! ". " Amboi kau ingat kau sorang kah yang nak kahwin? Aku bakal suami kau tu tau tak?! Jadi aku pun ada haklah nak pilih. " tegas Mikhail. Niya berpeluk tubuh, Mikhail meneliti contoh-contoh kad itu. " Ibu yang ni lah! " Mikhail menunjukkan sekeping kad, Niya menyambarnya. " Apa test kau ni? Tak cantik langsunglah! Tengok lah pipi cartoon perempuan ni tembam lah, aku tak lah tembam sangat. " rungut Niya.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...