Hafizah menuruni anak tangga, mama Izah ketika itu baru sahaja hendak menghidupkan enjin kereta. Hafizah tiba-tiba menarik pintu keretanya, mama Izah terkejut. Terbeliak matanya melihat Hafizah, " Hafizah, kenapa ni? " soal mama Izah. " Minta duit! " kata Hafizah sambil menghulurkan tangannya, " Eh, kamu nak pergi mana? " soal mama Izah. " Aduh, tak payah banyak soal boleh? Semaklah aku! Bagi ja duit tu cepat! " tengking Hafizah.
" Tak, mama takkan bagi selagi Hafizah tak bagitau nak pergi mana dengan nak buat apa dengan duit tu. " kata mama Izah tegas, Hafizah hilang sabar. Dia menarik handbag mama Izah, mama Izah menarik nya kembali. Hafizah menariknya lagi kasar, ditamparnya wajah mama Izah. " Kau ni, kalau aku cakap bodoh pangkat tinggi! Kalau aku cakap pandai, perangai kau macam orang bodoh! " tengking Hafizah. Mama Izah keluar dari kereta, dia menampar Hafizah.
" Kenapa kamu ni Hafizah? Degil sangat! Apa salah mama sampai kamu benci mama? " kata mama Izah, Hafizah memandang wajah mama Izah dengan wajah yang bengis. " Kau nak tau kenapa aku benci kau? " kata Hafizah, " Sebab kau, papa aku, benci aku! " Hafizah menampar mama Izah lagi. Kali ini lebih kuat, mama Izah terjatuh ke atas lantai. Bibir nya terluka, dia mengesat darah di bibir nya.
Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah mereka, Hafizah mengambil dompet mama Izah lalu mengambil semua wang di dalamnya. " Bodoh punya perempuan! " kata Hafizah sambil mencampakkan dompet mama Izah, dia berjalan menuju ke kereta tersebut. Kereta itu dipandu laju oleh seorang lelaki ke lebuh raya. Mama Izah masih terduduk di lantai, dia mengemas handbag nya. " Ya Allah! Mama! " jerit Zakaria, dia menghampiri mama Izah. Diikuti Zainuddin yang masih memakai tuala, baru selesai mandilah tu.
" Mama kenapa ni? Ya Allah ma kenapa bibir mama tu? Siapa buat ni? " pelbagai soalan diajukan oleh Zakaria, Zainuddin meneliti anggota badan mama Izah yang lain. " Mama ok. " kata mama Izah, " Siapa buat mama macam ni? " soal Zainuddin. Mama Izah terdiam, tak tahu apa yang hendak dikatakan. " Hafizah yang buatkan ma " teka Zakaria, terbeliak mata mama Izah. Perkataan " YA " terlakar di wajah mama Izah, " Hafizah ni makin melampau! Sepatutnya, kita report polis! " kata Zainuddin. Mama Izah menarik tuala Zainuddin, hampir-hampir terbogel Zainuddin. Mujur dia terus duduk.
" Jangan buat macam tu! Kalau tidak, bertambah sedih lah papa nanti! " kata mama Izah, " Tapi ma, dia melampau! Tengok sekarang ni, dia pukul mama sampai cedera, ni dah kira kes jenayah! " bantah Zakaria. Mama Izah menggeleng-gelengkan kepalanya, " Kita bagi dia peluang! Dia masih muda, mama yakin dia akan insaf suatu hari nanti. " kata mama Izah. " Sampai bila ma? " kata Zakaria dan Zainuddin serentak, " Sampai keluarga kita semua bersatu semula. " kata mama Izah. Zainuddin dan Zakaria saling berpandangan, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Hafizah berpeluk tubuh, dia memandang keluar tingkap kereta. " Kenapa ni sayang? " soalan daripada Nizam merupakan kekasih baru Hafizah, atau lebih tepat dia curang dengan Farid. " Tu lah, perempuan bodoh tu! Sayang minta duit pun dia banyak soal! " kata Hafizah, " Biasalah tu sayang, Mak bapa abang pun macam tu. " kata Nizam. " Tapi abang kita mau pergi mana ni? " soal Hafizah, " Kita jalan-jalan, Tengok wayang, makan dengan shopping nak? " kata Nizam. " Nak! Nak! Sayang dah lama tak shopping! " kata Hafizah teruja, " Ok, nanti sayang shopping lah sepuas-puasnya ya. " kata Nizam. Hafizah bersandar pada bahu Nizam, Nizam hanya tersenyum dan terus memandu.
Sementara itu di sekolah, Niya duduk di kerusi seorang diri sementara menunggu rakan-rakannya yang lain membeli makanan. Hari ni dia bawa bekal, so tak payah susah-susah nak berbaris beli makanan. Dia meletakkan kepalanya pada meja, tiba-tiba dia terasa diperhatikan oleh seseorang. Niya menoleh ke kanan, " Anita? " bisik hati Niya. Anita tepat memandang ke arahnya, seperti hendak dibahamnya Niya sekarang.
" PAP! " belakang Niya ditampar oleh seseorang, Niya menoleh ke belakang. " Apa yang kau termenungkan tu? " soal Hafsirah, " Oh aku.. " Niya menoleh ke kanan semula. Anita telah tiada di tempatnya berdiri tadi, " Why Niya? " kali ini suara Li Lien pula. Niya menggeleng-gelengkan kepalanya. Niya menoleh ke kanan dia mencari-cari Anita. " Kenapa Nita tu tadi? " bisik hati Niya.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...