Mama Izah dan Encik Syakir menaiki kereta menuju ke rumah Dato' Sulaiman dan Datin Sharifah. " Apalah yang kakak abang nak cakap ni? Mustahak betul nampaknya. " kata mama Izah, " Entahlah, kita tengok dan lihat sajalah. " kata Encik Syakir. Tiba di perkarangan rumah Dato' Sulaiman dan Datin Sharifah, mereka disambut mesra oleh mereka berdua.
Encik Syakir bersalaman dengan Dato' Sulaiman, yang perempuan macam biasalah. Peluk-peluk, cium kiri cium kanan lepas tu ketawa mesra. Hahaha...
Mereka berempat memasuki rumah mewah itu, Mak Lijah pembantu rumah menghidangkan air teh kepada mereka. Mikhail yang kebetulan baru pulang dari berjogging, terus bersalaman dengan mama Izah dan Encik Syakir. Selepas itu dia duduk di sisi ayahnya, " Mikhail macam mana? Dah ready SPM? " tanya Encik Syakir. " Mikhail sentiasa ready uncle. " jawab Mikhail dengan penuh keyakinan. " Eleh pada hal dalam fikiran dia tu cuma ada.. " Datin Sharifah tidak meneruskan kata-katanya.
Mama Izah dan Encik Syakir membuat muka tanda tanya, Mikhail terus menjadi malu-malu kucing. " Arr.. Uncle, auntie, Mikhail naik dulu lah. Mau Mandi bau masam ni! " kata Mikhail, dia bersalaman dengan mereka berdua. Selepas itu, macam F1 dia memecut ke bilik, tak tahan malu lah tu! Dato' Sulaiman dan Datin Sharifah tersenyum melihat kelakuan anak bongsunya itu. " Kenapa Mikhail tu? " soal mama Izah, " Ha, tak adalah. Takut pecah tembelang lah tu! " jawab Datin Sharifah
Mikhail memasuki bilik nya, dia menutupnya rapat lalu menguncinya. Dia bersandar pada pintu, " Hu... Hu.. Hampir-hampir! Kalau ibu cakap tadi, aduh! Malu, malu, malu! " Mikhail menekup wajahnya. Merah juga pipi Mikhail, dia kemudian memandang meja belajar nya. " Tapi, apa diorang buat kat sini? " soal Mikhail.
Di rumah Niya, Hafizah senyap-senyap memasuki rumah. Dia menutup pintu itu rapat secara senyap. " Mana papa? Kalau papa tau, habis aku! " bisik hatinya, " Ha, baru balik! " suara Emma dari arah tangga mengejutkannya. Hafizah membuat muka menyampah, " Ish, minah poyo ni lagi! " bisik hatinya. Emma mendekati Hafizah.
" Kau dari mana? Petang semalam hilang, pulang pagi! Kau pergi mana? " soal Emma, " Ah, kau jangan sebok lah! " tengking Hafizah. Dia mengorak langkah, Emma menarik lengan bajunya. " Kakak tanya kau pergi mana? Kau tau tak kau buat mama dengan papa risau? " kata Emma, Hafizah menepis tangan Emma. " Kau diamlah, jangan nak jaga tepi kain orang! " tengking Hafizah, dia berlari naik ke biliknya. " Fizah! Hafizah! " jerit Emma, Hafizah tidak mengendahkannya.
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Saban hari berlalu, ia sudah berada di pertengahan tahun bulan Disember. Pada pagi itu, Niya tertidur dengan telekung nya selepas membaca Al-Quran pada subuh tadi. " Tok! Tok! " ketukan pintu yang diketuk oleh mama Izah mengejutkannya, Niya mengesat air liur yang meleleh. Dia bingkas bangun lalu membuka pintu biliknya.
" Assalamualaikum selamat pagi Niya. " kata mama Izah, Niya masih mamai. Dia menggosok matanya, " Waalaikumsalam, selamat pagi mama. " jawab Niya sambil menguap. " Amboi anak dara ni, belum mandi lagi? " kata mama Izah, Niya menoleh ke arah jam dindingnya. " Ya Allah, jam 8! " kata Niya terkejut, " Ha, tu lah! Tidur lagi! " kata mama Izah. Dia mencubit pipi Niya.
" Hehe.. Sorry mama. " kata Niya, " Dah cepat mandi. Hari ni papa dengan mama nak bawa Niya pergi satu tempat. " arah mama Izah. " Nak pergi mana mama? " soal Niya, " Ikut je lah! " jawab mama Izah sambil tersenyum manis. Niya membuat muka tanda tanya, mama Izah mengorak langkah ke arah tangga untuk turun. " Jangan lambat tau, 20 minit siap! " kata mama Izah memberi amaran.
Niya menanggalkan telekung nya, dengan kadar segera dia membersihkan diri. Selepas mandi, Niya memakai baju T-shirt lengan panjang warna coklat, seluar jeans warna hitam disarungkan pada kaki. Dia menarik selendang warna hitamnya, lalu melilit di bahagian kepala. Hitam tak nampak kusut, so jimat masa, beg tangan disangkutkan pada bahu kanan. " Ok siap! " kata Niya, dia kemudian turun ke bawah.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Ficção Adolescente"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...