"Tolong kau dapatkan dia balik?!" Terbeliak mata Mikhail, mulutnya juga terngaga, nasib tak masuk lalat Mikh -_- "Ya Mikh, please! Aku merayu pada kau. Dia nampak selesa berkawan dengan kau. Jadi, please tolong aku? Aku rindu dia. Aku nak dia balik. Aku menyesal tinggalkan dia dulu. Aku nak tebus balik." Rayu Haziq, "Meroyankah apa si Haziq ni?" Bisik hati Mikhail.
"Memang betul, dia nampak selesa berkawan dengan aku. Tapi macam mana aku nak dapatkan dia untuk kau? Perasaan tu tak boleh dipaksa Ziq." Mikhail menyentuh bahu Haziq, Haziq memandang lantai. Sayu sahaja pandangannya. "Aku menyesal tinggalkan dia. Selama ni aku cuba cari dia tapi aku gagal. Akhirnya aku jumpa juga dia balik. Aku nak minta maaf pada dia." Terbit rasa kasihan di hati Mikhail melihat temannya itu, "Ok lah. Aku tak janji, boleh buat dia balik pada kau. Tapi, aku akan tolong kau supaya dia maafkan kau, dan berkawan dengan dia. Lepastu, kau pandai-pandailah tackle dia balik. Boleh?"
Haziq tersenyum nipis, "Thanks Mikh. Kau memang memahami." Mikhail tersenyum lebar. "Dah lah! Balik tempat kerja kau, tak payah sedih-sedih sangat. Nanti aku fikirkan plan." Mikhail ketawa kecil begitu juga Haziq. "Ok. Aku tunggu." Haziq berlalu pergi ke tempatnya dengan perasaan yang gembira. "Nurul Fasihah. Wait for me!" Bisik hatinya.
》》》》》》》》》》》》》》》》
"Burp! Alhamdulillah!" Niya ketawa mengekek melihat suaminya yang kekenyangan itu, "Kenyang sangat ni. Boleh rukuk kah? Perut pun buncit." Niya mengetuk perut Mikhail yang buncit itu. Tok! Tok! Tok! Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Aik? Macam pintu ja 😂 "Alah.. kejap ja ni. Nanti sado lah balik." Mikhail tersenyum menampakkan baris giginya yang putih. "Banyaklah sado kau! Buncit ja abang tengok kau tu dik. Penuh lemak!" Kutuk Luqman, "Biarlah gemukkah montelkah. Janji Niya sayang." Mikhail melentokkan kepalanya di bahu Niya.
Luqman membuat aksi seperti ingin termuntah dan terus dia berlalu pergi, "Jealous lah tu!" Sempat Mikhail mengusik abangnya. "Dah lah, tak payah nak lentok sangat. Sayang nak kemas meja ni, mandikan Azhar." Niya berdiri lalu mengutip pinggan-pinggan di atas meja makan, "Sayang ni makin cantiklah. Comel pula tu. Geram abang!" Mikhail menongkat dagu memandang isterinya. Terus memerah pipi Niya apabila dipuji Mikhail. Siapa tak suka kena puji oi? XP
"Alahai, malu pula dia!", "Chup!" Laju sahaja bibir Mikhail mencium pipi Niya yang tembam itu, "Ehem, nak bersweet mohon ke bilik!" Emma yang baru datang dari dapur itu menyampuk. Terus garu kepala Mikhail dibuatnya, bila masa Emma ada dekat sana?
Seusai solat Isya', Mikhail menonton televisyen di bawah sementara Niya menidurkan Azhar. Pada malam itu sudah masuk 3 kali dia tidak solat sunat Tarawih, ni lah akibatnya kalau dah terlebih kenyang \-_-/ Ting! Mikhail mencapai handphone nya yang terletak di atas meja, aplikasi whatsapp dibukanya. "Haziq?" Bisik hatinya sambil membuka chat yang dihantar Haziq. "Bro, apa plan?" Mikhail menampar dahinya, "Lupa pula!" Katanya separuh berbisik.
"Aduh, macam mana nak buat ni?" Mikhail memandang lampu yang menyala, fikirannya ligat memikirkan cara untuk membuat Nurul menerima maaf Haziq dan membuat mereka rapat. "A'ha!" Satu jalan telah ditemuinya, dia kemudian membalas chat Haziq. "Kau buka puasa selalu dengan siapa?" Chat tersebut dihantar, Ting! Tidak sampai beberapa minit chat Mikhail telah dibalas. "Aku selalu buka sorang-sorang. Kan aku tinggal sorang." Tersenyum Mikhail, dia merasakan rancangannya akan berhasil.
"Kejap." Chat tersebut dihantar kepada Haziq, kemudian dia mencari nama 'Nurul' di contact. "Assalamualaikum, Nurul." Mikhail memandang last seen Nurul pada pukul 8:15pm, "Waalaikumsalam. Ya Mikhail? Ada apa?" Mikhail membaca chat Nurul yang membalas chat nya tadi. "Nurul, kau biasa buka puasa dengan siapa?" Terus sahaja Mikhail ke topik utama, malas dia hendak bermukadimah bagai. "Saya biasa buka puasa sorang-sorang. Kenapa?" Terjongket kening Mikhail membaca chat Nurul.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...