Bab 8:Penipu!!

3.4K 136 6
                                    

Tetamu undangan Datin Sharifah dan Dato' Sulaiman semua nya telah tiba. Niya duduk berseorangan di sofa berdekatan tingkap rumah tersebut, yang amat panjang dan besar. " Boaringnya, Ka Emma tak dapat datang. Mama dengan papa pula ada kerja. Aku sorang je wakil keluarga tu. Cousin aku yang lain pun tak melayan. Semua sibuk dengan gajet. Dah lah aku tak solat maghrib lagi aduuh! " keluh Niya dalam hati. Dia memandang kiri kanan, ada yang sedang berbual,ada yang sedang melayan gajet ada juga budak-budak yang tengah bermain.

" Ehem! " tiba-tiba Didi berada di sisi Niya, " Aduh,dia ni lagi! " rungut hati Niya. Niya memandang wajah Didi, " Sorang ke? Nak saya teman? " tanya Didi. " Dah nampak takkan nak tanya kot? " Niya memandang dinding yang berada di belakang sofa itu. " Boleh je. " jawab Niya, dia membetulkan semula posisi duduknya. Didi duduk di sebelah kiri Niya, Niya menjarak kan kedudukannya sedikit. " Awak boaringkah? " tanya Didi, " Boleh lah tak ada kawan kan " jawab Niya. " Saya boleh jadi kawan awak tu pun kalau awak sudilah. " kata Didi, " Hehe saya boleh je. Asalkan awak tahu batas-batas pergaulan. " kata Niya.

" Ok, thanks awak. " kata Didi, Niya tersenyum manis. " Gila cute! " jerit Didi dalam hati, " Awak satu kelas dengan Mikhail kah? " tanya Didi. " Yup! " jawab Niya, " Owh, dia nakal tak? " tanya Didi. " Boleh lah. Dia selalu kacau saya. " jawab Niya. " Owh, Niya awak suka Mikhail? " tanya Didi,  " Apasal dia nak korek semua rahsia aku ni? " bisik hati Niya. " Saya suka dia sebagai kawan." jawab Niya, " Owh, so.. adalah saya chance nak mengorat awakkan? " kata Didi. Niya memutarkan bebola matanya 360°, " Saya gurau je lah! Awak cuak kah? " kata Didi. " Eh,manada! " kata Niya.

"Ahaha!Muka awak dah merah macam tomato!"kata Didi.Niya memandang Didi,"Manada saya pakai blusher lah!"kata Niya."Iye kerr?"Didi membuat senyum jahat campur nakal,"Tak adalah!"Niya memabaling kusyen di tangannya tepat ke muka Didi."Aduh,kaka sakit lah hidung adik!"kata Didi dalam nada manja, "Eh,mengada!"kata Niya.Didi dan Niya ketawa riang, Mikhail hanya memerhati daripada jauh.Kamal sepupunya perasan akan kelakuan Mikhail yang seperti hendak membaham Didi dan Niya.

"Kau jealous kah bro?"kata Kamal sambil meneguk air jus oren,Mikhail memandang Kamal."Tak ada masa kot."kata Mikhail,dia meraup lembut wajahnya."Cerr apa ni?"tanya Shahirah sepupu Mikhail juga, Shahira ni seorang yang kasar dan tomboy-tomboy sikit.Kulitnya cerah macam seorang sumandak,rambut pendek mencecah bahu.Umurnya baru 14 tahun,Mikhail dah anggap Shahira ni macam adik dia.

"Tak ada ni Mikhail macam singa sudah mau baham si Didi dengan si Niya tu."jawab Kamal,"Uits,manada! Kau ni!"marah Mikhail."Owh,jadi ni gara-gara Didi?Siap dia."kata Shahira,dia mengorak langkah menuju ke arah Niya dan Didi."Oi,oi! Sha!Janganlah!"kata Kamal,Mikhail menggosok-gosok dahinya dengan tangan kanan.Dahinya mula berkerut sambil memandang Kamal, Kamal megetap bibir nya dan muka risau terukir di wajah nya.

Didi dan Niya memandang Shahira yang sedang menuju ke tempat mereka.Tiba sahaja di tempat mereka,Shahira terus duduk di antara Didi dan Niya.Didi membuat muka menyampah,Niya kelihatan blur seketika.Shahira memandang Didi,kemudian memandang Niya. "Hai saya Nur Shahira Binti Tengku Zainal."kata Shahira sambil menghulurkan salam."Hai saya Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir."kata Niya.Dia menyambut salam Shahira,"Awak ni kawan abang...""Ya,dia kawan abang Mikhail kau tu."kata-kata Shahira di potong oleh Didi.

Shahira memandang Didi,matanya di sepetkan dan bibir dicebikkan sedikit."Sebok je lah abang Didi ni!" marah Shahira,"So?"kata Didi. Shahira menggenggam tangannnya, bibir di ketap oleh gigi."Shahira!" kata Niya,dia menarik bahu Shahira. Shahira menoleh ke belakang secara automatik,muka blur terukir di wajah nya."Shahira bilik solat kat mana?Saya nak solat maghrib lah!" kata Niya,untuk mengelakkan pergaduhan lebih baik Niya mencelah sebelum dia menyaksikan adegan pergaduhan itu.

"Owh,bilik solat ada kat atas sebelah bilik ibu."jawab Shahira,semenjak Datin Sharifah berpindah ke Bandar Sierra Niya belum pernah datang ke rumah barunya ini.Ini adalah kali pertama selepas Mikhail dan keluarga 11 bulan berpindah."Ok" jawab Niya,Niya bingkas bangun lalu menaiki tangga menuju ke bilik solat.Dia tingkat ini ada ruang tamu yang lengkap dengan perkakasan ruang tamu.Televisyen jenama LG terlekat pada dinding,4 biji sofa tersusun kemas,permaidani yang bersih terbentang di lantai.Pasu bunga yang comel di letakkan di atas meja,meja tersebut di perbuat daripada kaca, plastik, besi dan aluminium.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now