My Lovely Crush Raya! #2

2.6K 88 1
                                    

"Abang bangun!" Niya menggoncang tubuh suaminya yang masih nyenyak tidur, Mikhail sekadar mengeliat kecil. "Ngantuk~" katanya sambil memeluk pinggang Niya. "E'eh pak cik ni!" Niya baring di sebelah Mikhail, tangannya naik mengusap rambut Mikhail. "Bangunlah. Sahur. Azhar pun dah bangun, takkan papa dia tak bangun lagi?" Mikhail menyembamkan wajahnya pada bantal.

"Eee.. bangunlah." Niya mencubit lembut hidung Mikhail, namun hanya dengkuran halus kedengaran. Niya merengus kasar, "Laki aku ni~" dia melepaskan pelukan Mikhail tadi lalu turun dari katil. Dia mematikan aircond yang terpasang, dengan harapan semoga Mikhail terjaga apabila dia terasa panas.

"Mikhail mana Niya?" Soal Dato'Luqman seraya Niya duduk di sebelah Datin Sharifah. "Tak nak bangun lagi ayah." Jawab Niya sambil menggeleng, "MasyaAllah budak Mikhail ni." Luqman pula menyampuk. "Dia ada makan tengah malam tadi tak?" Soal Datin Sharifah, Niya mengangguk mengiyakan soalan ibu mertuanya.

"Aduh! Apasal panas ni?" Mikhail membuka matanya perlahan-lahan, ditendangnya selimut yang menutupi tubuhnya itu. Gayanya macam tendang bola sepak pun ada. Matanya memandang aircond yang ditutup oleh Niya, "Aik? Takkan tak ada karen? Lampu ada?" Mikhail berfikir sejenak. Akhirnya dia tahu angkara siapa semua ini. "My lovely crush Niya~ Bini aku ni kan!" Mikhail duduk di atas katil, matanya masih kabur. Dipandangnya jam di skrin handphone, "Pukul 4? Alaa.. aku tak sahur lagi!"

"Ha! Bangun pun!" Mikhail memandang Niya yang sedang menatang dulang berisi makanan ke bilik mereka, untuk apa lagi kalau bukan hendak diberi makan kepada si suami yang liat sangat nak bangun. "Sayang kenapa tutup aircond tu? Panaslah~" rengek Mikhail, Niya duduk di sisinya. "Abang liat sangat nak bangun. Tu ja lah caranya nak bangunkan abang." Niya tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih, "Makan cepat. Kejap lagi imsak" tambah Niya.

"Suap." Niya memandang Mikhail yang tersenyum manja, haihh.. cair Niya dibuatnya. "Tak payah manja sangat ya pak cik." Niya menyerahkan sudu kepada Mikhail, Mikhail menggeleng sambil meletakkan tangannya di belakang. "Nak sayang suap juga." Niya menggigit bibir bawahnya, "Kalau macam ni gayanya, bila nak makan? Mikhail~ Mikhail~ Kenapa manja sangat? Haihh.. comel ja suami aku ni." Bisik hati Niya. Dia menyuakan Mikhail sebiji kurma. "Makan kurma ni dulu." Mikhail membuka mulutnya, Niya menyuapkan kurma tersebut ke mulut Mikhail. Kurma pun nak bersuapkah Mikhail?

"Nah." Niya menyuakan sudu berisi nasi putih dan seketul daging masak kicap, Mikhail menyuap nasi tersebut ke dalam mulutnya setelah kurma tersebut sudah habis dimakannya. Mikhail memandang Niya sambil tersenyum, memerah muka Niya apabila ditenung sebegitu oleh Mikhail. "Aik? Blushing kah sayang?" Mikhail ketawa mengekek, Niya menampar lembut lengan Mikhail. "Janganlah!" Kata Niya manja, dia menyuap lagi nasi ke dalam mulut Mikhail setelah dia menghabiskan suapannya yang tadi. Mikhail mengunyah dengan tawa yang masih bersisa.

Tangan Niya ditarik lembut oleh Mikhail, Niya hanya memerhati perlakuan Mikhail yang mengusap tangannya itu. "Emm.. sayang~" Mikhail membuat suara manjanya sambil tersenyum penuh makna, "Kenapa?" Tangan Niya dikucup oleh Mikhail, Niya hanya membiarkannya. "Haihh.. kalau macam ni bila nak habis makan?" Bisik hati Niya, "Tadi Azhar kata dia nak adik lagi." Terbeliak mata Niya mendengarnya. Mikhail sudah tersengih-sengih.

"Tipu, manada Azhar cakap macam tu." Niya menarik tangannya lalu menyuakan lagi nasi kepada Mikhail, Mikhail menyuap nasi tersebut. "Betul, dia cakap dengan abang. Kalau boleh kembar." Kata Mikhail dengan mulut yang penuh dengan nasi, "Eee.. jangan mengada ya abang. Dah makan." Merah muka Niya dibuatnya. Mikhail pula hanya mengekek melihat telatah isterinya. Mikhail merapatkan kedudukannya dengan Niya, pinggang Niya dipeluk lalu mukanya diletakkan di bahu Niya.

"I love you sayang." Mikhail menguntum senyuman, Niya jangan cakap, muka dia memang dah merah habis. Macam tomato >_< "I.. I love you too." Berbunga-bunga hati Mikhail apabila Niya membalas ucapannya. "Dah, abang dah kenyang tengok muka sayang. Tidur jom. Ngantuk~" Mikhail mengambil pinggan di tangan Niya lalu meletakkannya di almari pendek bersebelahan katil. Kemudian dia membawa Niya baring di lengannya.

Chup!

"Good night sayang~" kata Mikhail sambil tersenyum lebar, "Hmm.. good night too. Menyempat lagi dia." Mikhail mengeratkan lagi pelukannya pada pinggang Niya. Isteri tercintanya itu. Makin mewangi taman di hatinya apabila Niya membalas pelukannya.

******************************

"Good morning!" Tersentak Mikhail yang sedang membuat kerja di tempatnya, matanya memandang Haziq yang melangkah mendekatinya itu. "Bro, apa cerr? Best cuti?" Soal Mikhail berbaur sindiran, "Best jugalah. Ramai nurse yang lawa-lawa layan aku." Haziq duduk di atas meja Mikhail. Mikhail menggelengkan kepalanya, "Kau kalau pasal perempuan memang kalah. Apa dorang buat, semua kau layan. Tapi lepastu ni lah jadinya, tak pasal-pasal patah kaki gara-gara kena tolak. Nasib tangga, kalau tingkat 5?" Haziq tersenyum lebar.

"Setiap playboy ada cerita bro." Mikhail memandang Haziq, "So, apa cerita playboy dekat depan aku ni?" Mikhail menjongket keningnya. Riak wajah Haziq berubah, dia tersenyum hambar. "Aku yang buat hal.." Haziq menatap wajahnya di dinding kaca pejabat itu, "Mikhail?" Terkejut Mikhail dan Haziq, mereka terus menoleh ke arah si pemanggil. "Eh, Dato'Nadrin!" Mikhail berdiri, Haziq memandang Dato'Nadrin dan Nurul yang berdiri di sisi Dato'Nadrin.

"Dato'Sulaiman ada?" Mikhail mengangguk, "Silakan." Mikhail menuju ke pejabat Dato'Sulaiman, ayahnya. Dato'Nadrin mengikuti langkah Mikhail, di belakangnya pula Nurul yang kurang selesa kerana ditenung Haziq. Haziq mengikuti langkah gadis itu, jantungnya berdegup laju. "Nurul Fasihah.."

Flashback~

Nurul berjalan di taman, hatinya berbunga-bunga kerana dia akan berjumpa dengan Haziq, buah hatinya. Terdapat beberapa pasangan lain berada di taman itu, ada juga suami isteri bersama anak-anak mereka. "Bilalah giliran aku?" Bisik hatinya sambil tersenyum.

Nurul terkaku, masa bagaikan terhenti, jantungnya bagaikan kaca yang pecah, air mata mula mengalir di pipinya, terkejut dia melihat Haziq yang sedang memeluk perempuan lain di bangku taman itu. Seorang wanita yang memakai baju berlengan pendek dan skirt mini. "Siapa?" Meskipun sakit, kakinya digagahkan jua melangkah ke arah pasangan itu. Air mata dikesat bagi menutup kelemahannya. Dia harus mengetahui siapa gadis itu.

"Ha.. Haziq.." Haziq dan wanita itu memandang Nurul, senyuman sinis terukir di bibir Haziq. "Si.. siapa ni?" Nurul memandang wanita itu, wanita itu tidak memperdulikan Nurul dan terus memeluk lengan sasa Haziq. "Ini Shila. My girlfriend." Bertambah hancur hati Nurul, tidak dia sangka perkataan itu yang keluar dari mulut Haziq. Segala angan-angannya hilang begitu sahaja. "Biy.. siapa ni?" Shila memandang Nurul dari atas ke bawah dengan pandangan yang jijik.

"Betina ni? Nurul Fasihah, ex I." Tanpa amaran, Haziq memutuskan Nurul. Hatinya sewaktu kemari tadi berbunga-bunga, namun akhirnya ribut petir yang datang. 'Betina ni?' Begitu jijik perkataan itu didengarinya, begitu senang diutarakan Haziq Farish, nama yang bertakhta di hatinya. "Kenapa Haziq?! Apa salah saya?!" Air mata mengalir di pipinya, sakit di hati sudah tidak dapat dibendung lagi, hatinya semakin membengkak. Haziq berdiri, dia mencengkam kedua-dua lengan Nurul.

"Kau nak tau apa salah kau? Kau ni, bukan test aku! Ya! Mula-mula kau memang menarik, tapi last-last kau boring! Aku bosan dengan kau! Aku dah tak cintakan kau! Kau tak pandai layan aku!" Haziq menolak Nurul sehingga Nurul terduduk di atas tanah, Nurul tidak mampu berkata apa-apa. Sungguh sakit hatinya. "Jom sayang, jangan layang pelacur ni!"

End Flashback~

Haziq tersentak apabila pintu pejabat Dato'Sulaiman dikuak oleh Mikhail, Haziq memandang Dato'Sulaiman dan Dato'Nadrin yang berlalu pergi. Kemudian dia memandang Nurul dan Mikhail, laju dia melangkah ke arah mereka berdua. "Nurul." Lemah sahaja suara Haziq menyeru nama bekas kekasihnya itu, Nurul dan Mikhail memandang Haziq.

"Ziq?" Mikhail memandang Haziq dengan penuh tanda tanya, "Mikhail. Saya pergi dulu." Nurul hendak mengangkat kaki, namun Haziq terlebih dahulu sudah menahannya. Mata Nurul dan Haziq saling bertentangan, pandangan Nurul penuh dengan kebencian dan jijik, manakala Haziq penuh dengan penyesalan dan kerinduan. Mikhail? Pandangannya adalah pandangan yang penuh dengan tanda tanya.

"I miss you." Nurul merentap tangannya kasar, "Jangan mengarut. Saya tak kenal awak." Haziq hanya membiarkan Nurul berlalu pergi. Langkah gadis itu diperhatinya, "Err.. Ziq?" Mikhail menyentuh bahu Haziq. Haziq memandang Mikhail dengan pandangan yang seakan hendak menangis.

"Aku sayang dia Mikh. Aku sayang dia." Terpinga-pinga Mikhail dibuatnya, langsung dia tidak mengerti dengan apa yang berlaku.

Tamat My Lovely Crush Raya! #2
#IamSabahan

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now