Bab 5:Kitaorang Masih Rapat

4.7K 161 5
                                    

Mikhail tiba di rumahnya yang terletak di Bandar Sierra,rumah mewah milik keluarga Dato' Sulaiman itu jelas menunjukkan mereka orang berada.Tapi mereka tak pernah sombong mahupun ber lagak dengan harta diorang yang banyak tu.Dato' Sulaiman dan isteri nya Datin Sharifah,selalu mengingat kan anak-anaknya untuk tidak bongkak dan leka dengan kekayaan yang mereka miliki,kerana sesung guhnya harta kekayaan di dunia hanyalah sementara.

Mikhail mengucup tangan ibunya Datin Sharifah,Datin Sharifah merupakan kakak kepada Encik Syakir.Walaupun Encik Syakir tidak sekaya keluarganya,namun kasih sayang nya sebagai seorang kakak tidak pernah pudar."Macam mana belajar hari ni?Ok?"tanya Datin Sharifah,"Ok ibu!Gembira sangat! Ibu adik nak pergi One Borneo boleh tak?Adik dah janji nak keluar dengan kawan adik."kata Mikhail. "Siapa kawan adik tu?Boleh ibu tahu?"tanya Datin Sharifah,Oops! Terkedu Mikhail saat soalan itu di ajukan.Tentu ibunya akan salah faham jika dia kata Niya yang hendak di jumpainya.

"Niya ke?"ayat yang di keluarkan oleh Datin Sharifah benar-benar membuatkan Mikhail sentap!"Arr.. ya ibu."jawab Mikhail gagap.Datin Sharifah tersenyum dan mengang guk,"Mikhail naik dulu ye ibu."kata Mikhail.Segera dia melangkah naik ke bilik nya,"Jaga tingkah laku!Anak dara orang tu!"teriak Datin Sharifah. "Hu?Apa maksud ibu?Kenapa ibu kata macam tu?"bisik hati Mikhail, Mikhail memandang meja belajar nya."Oh,no!Hand phone!"teriak Mikhail dalam hati.

Semalam tepat jam 9:35 malam, Mikhail sedang sibuk menyemak account Facebook Niya.Satu persatu gambar Niya di periksanya,"Comel nye~"kata Mikhail.Dia menyimpan gambar itu ke dalam hand phone nya,Mikhail meng-edit gambar itu di photogrid.Sebelah kiri gambarnya sebelah kanan gambar Niya.Siap letak sticker "Love You" lagi,selepas menekan save Mikhail meng-edit satu lagi gambar Niya.

"Walaupun aku tak tahu apa yang aku rasa terhadap kau...tapi apa yang pasti..jantung aku akan berdegup laju dan selajunya bila pandang kau.. tengok senyuman dan ketawa kau...itu cukup membahagiakan aku...aku tak sangka aku akan jadi begini lepas semua memori kita bersama...sejak kita masih di dalam rahim ibu kita sejak kita bayi sejak kita 1 ke 6 tahun sejak kita pertama kali memasuki sekolah rendah dan sejak pertama kali kita menjejak kaki ke sekolah menengah...aku harap memori yang kita bina akan terus terbina...aku harap kita akan terus bersama... sekarang aku pasti yang aku...suka kau...Daniya Nur Maizarah"

Selepas menekan save as wallpaper, suara Datin Sharifah dari bilik sebelah mengejut kannya.Mikhail keluar menuju ke bilik ibu dan ayahnya,begitu juga Luqman."Ibu ada apa?"tanya Mikhail,Dato' Sulaiman dan Datin Sharifah memandang Luqman dan Mikhail. "Abang adik terkejut ke tadi ibu jerit?Sorry ibu terkejut sebab cincin ibu hilang,abang dan adik tahu kan tu cincin yang Atuk bagi." kata Datin Sharifah,"Tahu ibu. Macam mana boleh hilang ibu?" tanya Luqman. "Tak tahu lah,tu lah yang ayah dengan ibu tengah cari ni."kata Datin Sharifah.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now