Bab 33:Kejutan

2.3K 126 0
                                    

Mereka tiba di rumah Encik Syakir, Niya laju turun dari kereta lalu menuju ke pintu. Sneakers nya ditanggalkan dengan cepat, lalu masuk ke dalam rumah. " Ya Allah, lajunya Niya! " Mikhail menutup pintu kereta, " Hahaha, dia rindu sangat tu dengan papa dan mama. " kata Emma. " Eh, Hai bakal adik ipar. " tiba-tiba suara Hafizah kedengaran dari pintu, Mikhail dan Emma menoleh ke arah Hafizah. " Arr, Hai Ka Hafizah. " Mikhail tergagap-gagap, Emma tiba-tiba terasa takut. Takut kebenaran yang belum ada kepastiannya itu terkeluar dari mulut Hafizah.

" Tak payahlah panggil Ka Hafizah, panggil Kaka ipar ja. " Hafizah membuat senyuman sinis, " Oh Ok. Kaka ipar. " Mikhail kurang selesa berbual dengan Hafizah, apa tidak selama ni dia memang sombong gila dengan keluarga Mikhail. Tapi apa mood tiba-tiba mesra? " Mikhail jom lah masuk. Jumpa papa dengan mama. " kata Emma, Mikhail mengangguk. Dia menuju ke pintu, kepalanya ditundukkan sedikit sambil mata hanya focus pada lantai apabila melimpasi Hafizah. Perasaan 'tak ingin' tu tiba-tiba muncul dalam dirinya.

" Yaww, malu-malu kucing. I like. " kata Hafizah, meremang bulu roma Mikhail mendengarnya. Tanpa menoleh dia terus ke ruang tamu, Emma menggenggam lengan Hafizah. " Auch! Sakitlah " Hafizah mengadu kesakitan, " Kau jangan nak buka mulut pasal apa yang kau dah tahu! Apa yang kau fikir tu belum pasti lagi. " kata Emma dalam nada berbisik. " So? Kenapa lah kalau aku bagitau? Mesti pun kebenarannya belum pasti, tapi tentang Niya yang memang anak perempuan tu memang sah kan? Cuba kita tak tau reason dia. " kata Hafizah.

" Kau jangan berani nak bagitau tentang tu dulu! Kita kena jaga hubungan Niya dengan mama Izah. Kita tak tau Niya boleh terima atau tidak kebenaran tu. Apa yang bahaya Niya akan fikir negatif nanti! " tegas Emma, nadanya masih berbisik. Hafizah melepaskan genggaman tangan Emma, " Kau jangan nak mengajar aku! Aku tau lah apa aku buat! Huh. " Hafizah menuju ke ruang tamu. Emma hanya memerhatikan langkah Hafizah itu.

" Kalau betul sangkaan Hafizah, aku takkan maafkan mama Izah. Sanggup dia gunakan anak untuk harta. Tapi aku yakin, mama Izah bukan macam tu. " bisik hati Emma.

Di rumah Mikhail, rakan-rakan sekelasnya dan sahabat rapat sudah berada di sana. Ini lah rancangannya, bila Mikhail di bawa keluar, mereka akan mula buat hiasan dan apa yang patut. Daripada hiasan, makanan, aturcara semuanya dibuatnya sendiri. Dato' Sulaiman dan Datin Sharifah hanya menolong sikit-sikit sebab takut nanti terganggu, Luqman pula berkawal di tingkat atas. Dia dah kunci bilik Niya dan menjaganya di ruang tamu atas. Ya lah, nanti pecah tembelang pula kan?

Riyan berada di bahagian hidangan makanan, dia sedang menyediakan pinggan. Dia dibantu oleh Mak Sum, Mak Sum memandang wajah Riyan. Bibirnya pecah sama seperti Mikhail. " Nak. " panggil Mak Sum, Riyan memandang Mak Sum. " Nak siapa nama? " soal Mak Sum, " Mak cik boleh panggil saya Riyan. " kata Riyan sambil tersenyum. " Oh, tu bibir tu kenapa nak? " soal Mak Sum, " Arr. Saya terjatuh Mak Cik, di bilik air. " bohong Riyan. Mak Sum hanya mengangguk, Riyan menarik nafas lega.

Jam menunjukkan tepat jam 7 malam, Mikhail, Niya dan Emma sudah bersedia untuk bergerak pulang. Niya mencium tangan mama Izah, " Ha, jaga diri baik-baik tau. Jangan nak terperap dalam bilik ja. " nasihat mama Izah. " Ya mama. " kata Niya, dia mencium tangan Encik Syakir pula. " Jangan nakal-nakal tau. Belajar baik-baik. Terutama sejarah tu, belajar dengan Mikhail. " kembang Kempis hidung Mikhail. Biasalah pantang dipuji~

Sekarang giliran Mikhail pula, dia mencium tangan mama Izah dan Encik Syakir. " Ha, jaga Niya baik-baik. Dia tu macam budak-budak sikit. Bila merengek jangan layan dia, abaikan ja permintaan dia yang entah-entah tu. " kata mama Izah. Mikhail ketawa, " Hahaha, Ok mama. " . " Ha Ok pergilah nanti malam sangat pula. " kata Encik Syakir. Mereka berdua masuk ke dalam kereta myvi Emma.

" Ha Emma bawa tu hati-hati. Jangan nak race pula. " kata Encik Syakir, " Ok. " Emma mengeyit mata kanannya. Mama Izah dan Encik Syakir tersenyum, mereka mengangguk tanda faham. Selepas ja kereta Emma hilang dari pandangan, keluarga itu tiba-tiba kelam kabut. Hmm kenapa erk?

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now