" Ayah ibu! Adik tak nak! " kata Mikhail dalam nada yang manja, Datin Sharifah sudah berpeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka, " Tapi, bukan Mikhail suka dia? " kata Dato' Sulaiman. " Tapi, Mikhail tak nak lah macam ni. " kata Mikhail, dia sudah duduk melutut di hadapan ibu bapanya. Luqman hanya duduk di sofa sambil memerhati rayuan adiknya itu.
" Habis tu adik nak macam mana? Ibu tak nak, kerana Niya adik tak fokus pada pelajaran. " kata Datin Sharifah, " Kalau adik kahwin, lagilah adik tak fokus! Dia bukan suka adik! " kata Mikhail.
Wait....Niya? Kahwin? Apa ni?
Flashback~
Dalam keadaan mamai, Niya memaksa dirinya untuk naik ke bilik tetamu rumah Dato' Sulaiman. Mikhail berjalan belakangnya, Mikhail membuka pintu bilik tetamu itu. Niya terus berlari masuk lalu baring di atas katil, matanya terus terlelap kerana terlalu mengantuk. " Ya Allah ya tuhanku, budak ni. " kata Mikhail.
Mikhail duduk di sisi katil, dia memandang wajah Niya yang sedang nyenyak tidur. Senyuman terukir di wajah nya, " Mikhail! " suara Luqman kedengaran dari pintu. Mikhail bingkas bangun, wajah Luqman kelihatan terkejut. " Mikhail buat apa dengan Niya? " soal Luqman, " Eh, manada! Manada Mikhail buat apa pa! " kata Mikhail. Luqman tiba-tiba ketawa, Mikhail blur. " Apa abang aku ni? " bisik hati Mikhail.
" Oi, kau sentap erk? Takut? Takut? " kata Luqman, dia ketawa dan ketawa lagi. Mikhail melihat Niya mengeliat, dia mengheret Luqman keluar dari bilik. " Diam ah! Niya bangun nanti! " marah Mikhail, " Amboi, bini kau kah tu? Sampai kau nak marah? " kata Luqman dalam nada menyindir. Kening kiri diangkat sambil berpeluk tubuh. Mikhail menggenggam penumbuk.
" Apa? Apa? Nak tumbuk? Marilah! " kata Luqman, Mikhail menolak Luqman ke dinding. Dia menggeletek Luqman, Luqman terenjut-enjut menahan geli. " Oi, haha, geli ah, hahaha, sudahlah! Oi! Hahaha! ", suara bising Luqman kedengaran sampai ke ruang tamu di bawah. " Kenapa Luqman ketawa tu bang? " soal Datin Sharifah, " Entah! " kata Dato' Sulaiman.
Mereka berdua kemudian turun ke bawah, " Man, apa bising-bising di atas tu tadi? " soal Datin Sharifah. " Ni ah.. " belum sempat Luqman menjelaskannya, mulutnya telah ditutup oleh Mikhail. " Tiada apalah ibu, biasalah! Adik beradik, gurau-gurau! " kata Mikhail sambil tersengih, Luqman menepis tangan Mikhail. Dia menjeling Mikhail, Mikhail hanya tersengih.
" Adik, mari sini. " panggil Datin Sharifah, Mikhail duduk di sisi ibunya. " Azizah, Syakir, sebenarnya kakak panggil kamu ke sini kakak ada hajat besar nak sampaikan. Cuma tak sampai hati nak dengarkan Niya. " kata Datin Sharifah, " Apa dia Kak? Kenapa Niya tak boleh tahu? " soal Encik Syakir. Mikhail berfikir sejenak, " Wei, jangan-jangan! " bisik hati Mikhail.
" Sebenarnya Syakir, kakak nak kahwinkan Mikhail dengan Niya. " kata-kata Datin Sharifah mengejutkan semua orang, terbeliak mata Mikhail. Dia memandang Datin Sharifah dengan perkataan " KENAPA IBU CAKAP MACAM TU? " terpapar di wajah. " Jap..jap..kejap Ka, apa kakak cakap? Kakak nak kahwinkan Niya dengan Mikhail? Tapi, kenapa? " soal mama Izah. " Izah, sebenarnya Mikhail ada perasaan pada Niya, tambahan lagi mereka rapat. Kakak takut, apa-apa terjadi. Lagi pun, kakak nak sangat Niya tu jadi menantu kakak, kakak takut nanti dia jatuh ke tangan orang lain kalau dia sudah makin meningkat dewasa. " jelas Datin Sharifah.
Tertunduk malu Mikhail, " Ah, kenapa ibu cakap aku suka Niya? Aduh, jatuh saham aku! " bisik hati Mikhail. Dia mencuri lihat Luqman, Luqman sedang tersengih seperti sedang mentertawakannya. " A.. Ka.. Apakata kita bincang dulu, lagipun tak adil untuk Niya rasanya kalau kami yang buat keputusan. Bukan maksudnya kami tak suka, kami memang suka kalau Mikhail jadi menantu kami, tapi Niya tu kakak faham-fahamlah kan, dia tak suka dipaksa-paksa. " jelas Encik Syakir.
Datin Sharifah memandang Mikhail, Mikhail mencuri lihat Datin Sharifah. " Baiklah kalau macam tu. Kakak tetap akan tunggu jawapan daripada Niya. " kata Datin Sharifah.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...