Tajuk: Siapa Pemilik Hati?
Tajuk Asal: Rahsia Cinta
Genre: Teen Fiction
Sinopsis:
Dia Nickki. Gadis pertama yang buka hati aku untuk dijadikan kawan baik a.k.a bestfriend. Sebelum ni? Tak ada maknanya. Aku benci perempuan. Ya, aku tak suka. Aku suka buli perempuan. Bagi aku membuli perempuan tu kebahagiaan. Dululah, sebelum aku kenal Nickki Aqierah ni. Tapi sekarang dia dah sedarkan aku yang selama ni aku salah. Perempuan-perempuan yang aku buli selama ni tak bersalah. Yang bersalah tu adalah dia! Nurul Syuhada.
Pertemuan pertama aku dan dia membuatkan hati aku rentaknya tidak betul. Siapa sangka hero aku ni adalah senior di sekolah baru aku? Ya Allah, kenapa dia buat aku tergila-gilakan dia? Dia buat aku tak tentu arah bila nampak dia. Dan aku yakin, dialah pemilik hati aku, Muhd Effy Al-Faed.
"Izzi, aku nak kau tolong aku dapatkan nombor telefon abang senior tu dengan nama dia dan kat mana dia tinggal. Oh! Jangan lupa tanya tarikh lahir dia sekali. Please, Zi! Please! Aku nak tahu!"-Nickki
"Nickki! Nickki! Kau nampak tak minah senget kat sana tu? Please Nickki aku tak nak dia nampak aku. Tolong jauhkan syaitoon tu dari sini. Halau dia Nickki. Guna kuasa wonderwomen kau."-Izzi
"Sebab aku sayang kau. Aku buat macam ni. Kau pun sayang aku kan?"-Effy
"Dendam aku takkan pernah berhenti Izzi. Aku takkan pernah biarkan kau bahagia."-Dewi
Kita hanya mampu merancang. Tetapi Allah yang menentukan segalanya.
Teaser:
Aisyah dan Nickki melabuhkan punggung mereka diatas sofa, Nickki menuangkan air sirap limau itu ke dalam gelas untuk sepupunya Aisyah dan dirinya. "Minumlah, special tau aku buat. Penuh dengan kasih sayang." Nickki tersengih di penghujung ayat, "Hmm.. itu ja lah ayat kau." Aisyah menjulingkan matanya. Nickki ketawa mengekek, dia mengerling telefon bimbit Aisyah yang diletakkan diatas meja. "Aisyah, nak pinjam telefon. Boleh?" Nickki mengerlipkan matanya beberapa kali, "Eleh, kau. Macam tak biasa. Pinjam ja lah. Tak payah malu-malu, bukan ada rahsia pun dalam tu. Hahaha."
Nickki tersenyum gembira, tangan kanannya laju mencapai telefon bimbit tersebut. Setelah membuka kunci telefon, terpampang satu gambar surat yang menarik Nickki untuk membaca isi kandungannya. Mata Nickki perlahan-lahan membulat, Aisyah disisi hanya mengerling wajah sepupunya itu.
"Syah! Kau nak pindah?!!"
***
Izzi hanya diam dan menebalkan telinganya, baginya lebih baik dia mendengar bunyi rotan daripada mendengar leteran Cikgu Zauhari. Tidak lama kemudian, matanya dapat menangkap figura yang bergerak masuk ke dalam bilik Penolong Kanan Hem, Cikgu Hazali, figura itu milik seorang lelaki dan seorang perempuan. Wajah lelaki itu seperti wajah lelaki Thailand, manakala wajah perempuan itu seperti wajah seorang wanita arab kacukan melayu. Mereka berdua duduk di hadapan Cikgu Hazali, kata-kata yang diutarakan kedua-dua lelaki itu tidak dapat didengari Izzi kerana ruang bilik yang memisahkan mereka. Matanya beralih ke arah perempuan tadi, dia hanya duduk dan memerhati kedua-dua lelaki itu. Wajah perempuan tersebut ditenung oleh Izzi lama.
"Cantik.."
Jemput baca ramai-ramai. Support karya kedua saya yang telah diubahsuai sepenuhnya ni ^^
#IamSabahan
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...