Sabtu~
Niya melilit selendang berwarna kuning di kepala, dia memakai baju T-shirt lengan panjang warna putih ber gambar dan jeans warna hitam. " Titt! Titt! " sebuah kereta menghon di hadapan rumahnya, dia mencapai hand bag di atas meja dan bergegas turun ke bawah. Dia mendapatkan Encik Syakir dan mama Izah yang sedang duduk di ruang tamu.
" Mama papa, Niya pergi dulu tau. " kata Niya, dia mengucup tangan kedua-dua orang tuanya itu. Hafizah sedang memerhatikannya dari tangga, muka kelihatan bengis campur berang. Niya memakai kasutnya kemudian mengikatnya, dia bergegas berlari ke arah kereta Innova yang di pandu oleh Azlin. Iyalah, Azlin tua satu tahun dari diorang, so dah ada lesenlah. Geng gegirls nya sudah berada di dalam, dia menutup pintu itu dengan rapat.
" Sorry lambat sikit! Korang taulah aku kan kalau pakai kasut macam mana. " kata Niya, " Lain kali pakai kasut tinggi saja bah! " sampuk Elly. " Tak nak aku! Nanti terpelecok! " kata Niya, " Apa salah nya? Kalau kau terpelecok, putra Mikhail kau akan sambut kau dalam dakapannya. " usik Hafsirah. " Eh, amboi! Sukati je kau kan! Geram pula aku! " Niya mencubit pipi Hafsirah. " Adoi, sakit lah! " kata Hafsirah, dia mengusap pipinya yang gebu itu.
" Sudah, pakai tali pinggang aku nak drive ni. Nanti inda pasal-pasal terpelanting ke depan. " kata Azlin, mereka semua memakai tali pinggang. Kemudian Azlin memandu kereta innova itu ke lebuh raya. Tak lama kemudian, mereka tiba di Hospital Ratu Elizabeth. Fira, Jura dan Li Lien sudah berada di sana. Selepas meletakkan kereta di tempat sepatutnya, mereka semua turun dari kereta.
" Woi, lambatnya kamu ni. Bangas aku tunggu! " leter Fira, " Bukan kami, tu budak tu lidut! " kata Hafsirah. (Lidut-Lambat) Dia menudingkan jarinya ke arah Niya. " Hehe, sorry lah Fira! Tapi, kenapa kau tak ikut je buah hati kau tu naik dulu? " soal Niya, " Aku nak jalan dengan korang lah! " jawab Fira. " Sudah ah, jom! Tambah kamu ber leter tambah bangas di sini! " sampuk Jura, dia menuju ke dalam bangunan. Mereka yang lain memgikutinya, Niya melihat Li Lien belum berganjak.
" Li Lien, jom lah. " ajak Niya, Li Lien menjeling Niya. Dia menghentakkan kakinya lalu menuju ke dalam bangunan, " Eh, kenapa tu? " bisik hati Niya. Dia berjalan mengikuti Li Lien dari arah belakang. Mereka tiba di tingkat 5, mereka berjalan mencari-cari katil Mikhail di dalam bilik V.I.P. " Hahaha! " kedengaran suara Naim ketawa dari sebuah bilik, mereka semua memandang Fira. " Ok, tu suara boyfriend aku. " kata Fira.
Mereka semua memasuki bilik itu, Datin Sharifah, Dato' Sulaiman dan Luqman berada di dalam bersama sahabat-sahabat Mikhail. " Ha, Niya! " kata Datin Sharifah, Niya mengucup tangan Datin Sharifah, diikuti mereka semua. " Wei, geng gegirl dah datang! " kata Jimi, Dato' Sulaiman tersenyum di saat Niya dan yang lain menghampiri katil Mikhail. Dia memandang Luqman dan Datin Sharifah.
" Jomlah keluar, biarkan anak-anak muda ni bercerita. " kata Dato' Sulaiman, dia mendekati telinga Mikhail. " Ayah bagi chance. " bisik nya, Mikhail membuat muka geram campur malu. Setelah mereka bertiga keluar, mereka semua berpandangan antara satu sama lain. Geng lelaki itu memandang Niya, Niya menjadi kehairanan.
" Niya ni Mikhail, takkan tak nak cakap apa-apa kot. " kata Naim dalam nada mengusik, Niya berdehem beberapa kali. Perlahan-lahan dia mendekati Mikhail, Mikhail segera membuang pandangannya keluar tingkap. Dia membuat muka merajuk, walaupun dalam hatinya nervous. " Mikha, kau marah aku kah? " tanya Niya, Mikhail hanya diam. " Wei, sorry ah! " kata Niya, Mikhail diam lagi. Niya menarik bajunya, akhirnya Mikhail memandang Niya.
" Kau marah aku kah? Sorry lah, bukan aku sengaja! " kata Niya, " Tak sengaja konon! Kau tolak aku kuat-kuat, lepas tu kau tinggalkan aku. Nasib abang aku ada tau tak? " kata Mikhail. " Abang kau? " soal Niya, " Iya lah! Bila aku sedar ja, abang aku tetidur di sini. Kau? Bukan ada! Sudah lah lari tinggalkan aku, tak tolong aku pula tu. Huh, selfish! " kata Mikhail. " Oh, sampai hati kau kan cakap aku selfish. Tak apa, aku faham. Apalah aku ni kan? Sampah ja. " kata Niya, dia berlari keluar.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...