Malam menjelma, Niya mengemas barang barangnya ke dalam almari. " Besar gila almari ni! " kata Niya, dia memandang almari itu dari atas ke bawah. " Tok! Tok! Tok! " pintu bilik Niya diketuk oleh seseorang, " Masuk. " kata Niya. Niya berdiri tegak, Datin Sharifah berada di hadapan pintu bilik Niya. " Niya jom makan. " kata Datin Sharifah, " Oh, Ok! " Niya memakai tudung yang terus siap lalu menutup lampu dan kipas. Apabila dia melangkah keluar, " Bab! " bunyi pintu Mikhail ditutup rapat. Niya dan Datin Sharifah sama-sama terkejut, " Kenapa Mikha tu ibu? " soal Niya. " Entah lah! Niya, pergi panggil dia. " arah Datin Sharifah.
Datin Sharifah menuruni anak tangga, Niya mendekati pintu bilik Mikhail. " Tok! Tok! Tok! " Niya mengetuk pintu, tiada jawapan dari Mikhail. " Mana dia ni? " kata Niya, Niya mengetuk lagi. Kali ini lebih kuat, namun tetap tiada jawapan. " Niya. " suara Luqman dari arah belakang, Niya berpusing ke belakang. " Kenapa? " soal Luqman, " Ni lah Mikha, ibu suruh panggil makan. Sudah ketuk, tak mau buka pula. Jawab pun tidak. " jelas Niya. " Oh, tak apa lah! Biar abang yang bawa dia turun nanti. Dia malu kot ada Niya. " kata Luqman sambil tersenyum lebar, Niya ketawa kecil.
" Ada adalah Mikhail ni! Ok, Niya turun dululah. " kata Niya, Luqman mengangguk. Niya menuju ke tangga, satu persatu anak tangga itu dituruninya. Melihat kelibat Niya sudah tiada, Luqman terus membuka pintu bilik Mikhail dengan kuncinya. Bilik Mikhail sunyi dan gelap, Luqman menghidupkan suis lampu dan kipas. " Bah! " , " Oi Mak kau! " terkejut Luqman apabila dikejutkan oleh Mikhail yang muncul dari belakang pintu. Mikhail ketawa terbahak-bahak, " Takut? Hahahaha! " kata Mikhail disusuli ketawanya. " Amboi kau! Yang kau sembunyi ni apasal? " soal Luqman, " Saja, main tapuk-tapuk! " (Tapuk-tapuk=Sembunyi-sembunyi).
" Main kah atau malu dengan Niya? " kata Luqman dengan senyum nakalnya, Mikhail berhenti ketawa. " Manada! " kata Mikhail, pada hal muka dia dah menahan malu :p " Malu lah tu! Hahaha! " Luqman mula menyakat, " PAP! " Mikhail menampar bahu Luqman. " Manada! " kata Mikhail dengan muka menahan malu, Luqman hanya ketawa dan ketawa. " Bluuerrkk, Emma! " Mikhail cuba mengusik Luqman, " Emma? Emma Maembong? Nak! Nak! Mana? " kata Luqman dengan muka pura-pura tak tahu. Naik geram Mikhail dibuatnya, usikannya langsung tidak menjadi terhadap Luqman, sehingga dia yang bengang.
" Sudahlah! Jom makan! " kata Mikhail, dia menuju ke tangga. " Ya lah, Niya. " kata Luqman sambil mengusiknya, Mikhail buat-buat tak dengar. Walaupun dalam hatinya terasa geram, malu, gelisah, dan macam-macam. Tak tau apa yang hendak dirasakannya sekarang, kerana berjumpa Niya di rumah tidak sama dengan sekolah. Mikhail mengintai sedikit ke ruang makan, dilihatnya Niya sedang duduk berbual dengan ayah dan ibunya. Tiba-tiba Luqman menolaknya, Mikhail terus terlangkah masuk ke ruang makan. Niya dan ibu bapanya menoleh ke arah Mikhail, Mikhail memandang kiri dan kanan.
" Kenapa adik? " soal Datin Sharifah, Mikhail berdiri tegak lalu menggeleng kepala. Luqman duduk di sebelah kiri Dato' Sulaiman, di hadapannya Datin Sharifah, " Oi, jom lah duduk. Bilang lapar tadi. " kata Luqman. Mikhail duduk di sebelah kanan Luqman, di hadapannya Niya. Merah muka Mikhail, macam pakai blusher. " Kenapa muka Mikhail merah? " soal Dato' Sulaiman, Mikhail menggeleng-gelengkan kepalanya. Mak Jah pembantu rumah Dato' Sulaiman menyendukkan nasi buat mereka semua, " Adik makanlah banyak-banyak nanti malam mengadu lapar pula. " kata Datin Sharifah.
" Hmm, kenapa ibu? " soal Niya, " Kalau Niya nak tau Mikhail ni lain sikit, tak kira jam 12 kah, 1 kah, 2 kah, kalau dah lapar time tu juga dia merungut nak minta makan. " jelas Datin Sharifah. Malu Mikhail di buat nya, " Niya kena belajar banyak tentang Mikhail, sebab dia ni manja sikit. Lepas ni dia manja dengan Niya pula. " kata Dato' Sulaiman. " Eh, manada Mikhail manja ayah. " kata Mikhail, " Eh, kau manjalah! Pergi tandas pun takut. " sampuk Luqman. " Manada! Tu masa aku sekolah rendah! Aku dah 17 k! " bantah Mikhail, " Dahlah Mikha kau dari kecik memang manja, kat sekolah ja kau control macho! " sampuk Niya.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...