Bab 34:Hanya Kerana Video

2.4K 105 2
                                    

Majlis sambutan ulang tahun kelahiran Mikhail baru sahaja tamat, selesai mengemas, Mikhail duduk di tepi kolam. Jauh dia termenung memandang air kolam tersebut,

Throwback~

" Niya. " kata Mikhail, Niya hanya merenung tajam mata Mikhail. " Ya, aku suka kau. " akhirnya kata-kata ini dilafazkan Mikhail. " Tapi kau janji takkan suka aku. " kata Niya, " Aku minta maaf. Aku tak boleh nafikan perasaan ni. " Mikhail menundukkan wajahnya. Niya hanya diam, air mata yang tadi mengalir sudah berhenti. " Aku minta maaf, aku tau aku tak layak untuk kau. " Mikhail meninggalkan Niya seorang diri, Niya hanya memerhatikan langkah Mikhail.

" Kelirukah? " tiba-tiba kedengaran suara Didi, Niya menoleh ke arahnya. " Mesti kau tengah kelirukan? " kata Didi lagi. " Aku tak tau nak pilih siapa. " kata Niya sayu, dia duduk di anak tangga. " Niya, Mikhail dah lama sukakan kau. Aku tau sejak kali pertama kita jumpa hari tu. Jelas dia cemburu aku rapat dengan kau. " kata Didi, dia duduk di sebelah Niya. " Apa aku nak buat? Aku sayang mama, papa, ibu, ayah. Aku tak nak kecewakan mereka. Tapi perasaan aku pada Mikhail sekarang, aku keliru. Ada dua lelaki yang datang dalam hidup aku, kedua-duanya membuat aku keliru. " kata Niya.

" Kau ada hak Niya, kau ada hak untuk tentukan masa depan kau. Kau masih muda Niya, banyak benda kau kena fikir lagi. Pelajaran, kerja tu semua. Kau tak boleh bagi tekanan pada diri kau dengan semua ni. " nasihat Didi. " Mesti, Mikhail pun tersiksa kan? " soalan ini membuatkan Didi menjadi keliru mendengar nya. " Dia sanggup kuburkan perasaan tu, semata-mata untuk menjaga hubungan persahabatan kami. Tapi aku, senang-senang ja jatuh cinta pada orang yang baru hadir dalam hidup aku. " kata Niya, " Itu lah sebabnya, cinta itu buta. Cinta dah ada depan mata, nak juga cari yang lain. " kata Didi. " Jadi apa patut aku buat? " kata Niya, " Itu pilihan kau Niya, selagi kau belum bergelar isteri Mikhail, kau boleh putuskan pertunangan ni dan pergi pada Riyan. Tapi, tak semestinya kau boleh lepaskan semua tu dengan mudah. Kau tau kan risikonya? " kata Didi. Niya termenung, dia seolah-olah memikirkan sesuatu.

End Thtowback~

" Mikhail. " suara Dato' Sulaiman menyentak Mikhail, dia menoleh ke belakang. Ayahnya sedang berdiri di belakang nya dengan senyuman lebar terukir di bibir. " Apa Mikhail buat di sini? Tak nak buka hadiahkah? " soal Dato' Sulaiman, Mikhail menggelengkan kepalanya. Dia kembali termenung, " Hei, kenapa anak ayah ni? " soal Dato' Sulaiman, beliau duduk di sisi Mikhail. Jelas terpancar muka kurang senang di wajah Mikhail, " Apasal masam ja ni? " soal Dato' Sulaiman.

" Ayah, salah kah suka seseorang? " soal Mikhail, Dato' Sulaiman tersenyum. " Mikhail, tak salah suka seseorang. Sebab cinta itu fitrah. " kata Dato' Sulaiman, " Tapi, kalau orang tu tak suka kita? " soal Mikhail lagi. " Suka dan cinta pada orang adalah sama. Tapi, sebenarnya ia ada maksud yang berbeza. " kata Dato' Sulaiman. " Maksud ayah? " , " Macam ni, contoh, kita suka dekat sekuntum bunga tu, kita akan petiknya. Tapi, kalau kita cinta, kita akan sabar menunggu dan lihat adasama dia jodoh kita atau tidak. " jelas Dato' Sulaiman.

Mikhail hanya diam, dia memikirkan ayat Dato' Sulaiman itu. " Mikhail suka Niya kah? " soal Dato' Sulaiman, Mikhail tersentak. Perlahan-lahan dia mengangguk, " Kalau suka cakap suka, kalau tidak cakap tidak. " kata Dato' Sulaiman. " Ayah, Mikhail rasa.. " Mikhail tidak menghabiskan ayatnya, Dato' Sulaiman ternanti-nanti ayat seterusnya dari mulut Mikhail. " Mikhail rasa Mikhail nak kahwin dengan Niya. Secepatnya. " kata Mikhail. " Mikhail pasti? " soal Dato' Sulaiman, Mikhail mengangguk. " Alhamdulillah. " kata Dato' Sulaiman.

" Tapi, nak kah Niya? " soal Mikhail, " Mikhail, bercinta selepas nikah lebih elok. Lagipun, Mikhail tak takut kah Niya dirampas orang? " kata Dato' Sulaiman. Fikiran Mikhail terus terbayang wajah Riyan, " Sekali pun Mikhail takkan benarkan! " kata Mikhail bersungguh-sungguh. Siap genggam penumbuk lagi hahaha..

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now