Riyan duduk di tangga lelaki seorang diri, jam baru pukul 6 pagi dia dah terpacak di sekolah. Tak takut dia ni sorang-sorang di sekolah. Riyan mengerling jam tangannya, " Mana Niya ni? " rungut Riyan. Dia melihat beberapa orang pelajar sudah tiba di sekolah, namun belum ada kelibat Niya. " Hai Riyan. " Riyan terkejut, seram sejuk dibuatnya. Riyan menoleh ke kanan dengan lafaz bismillah.
Jeng..jeng..jeng.. Anita rupanya. Hahaha. " Hai. " kata Riyan, Anita duduk di sisi Riyan. Riyan menjarakkan sedikit jarak diantara mereka. " Nama aku Anita. " kata Anita, " Oh, nama aku Riyan. " Riyan hanya tersenyum paksa di depan Anita. " Perempuan mana pula lagi ni? " bisik hati Riyan sambil memandang ke kiri. " Aku dengar kau ber minat dengan Niya. " , Riyan dengan pantas menoleh ke arah Anita. " Tapi Mikhail jadi penghalang kau kan? " kata Anita lagi, Riyan hanya diam tapi mata tepat memandang Anita.
" Kalau kau nak, aku boleh tolong kau dapatkan Niya. " satu pandangan yang memang berniat jahat terlakar di wajah Anita. Riyan menjadi ragu-ragu hendak berbual dengan Anita, " Aku naik kelas dulu lah. " Riyan berdiri. Baru satu anak tangga dia langkah, " Kau ingat kau akan dapat Niya dengan cara macam ni? " Riyan berhenti. Dia berpusing ke belakang. " Dulu pernah, kawan aku cuba untuk dapatkan Mikhail. Tapi, hubungan antara mereka berdua sukar dipisahkan. " Riyan memandang tepat mata Anita. Anita melemparkan senyuman sinis, Riyan jadi bingung. Dia terus menaiki anak tangga itu.
Anita hanya membiarkannya, dia memandang ke tempat lain. " Kau takkan faham Riyan. Kau takkan dapat Niya kalau kau macam tu. Dan aku, mungkin takkan dapat balas dendam kalau mereka terus bersama. " Anita mengeluarkan sekeping gambar dari pocketnya. Ia adalah gambar keluarga Niya, " Kakak dengan adik sama ja! " dia meremukkan gambar tersebut.
" Eh, Nita! " Anita menoleh ke belakang, dia menyimpan gambar tersebut di pocketnya apabila Niya berada di hadapannya. " Hai. " Anita tersenyum, Niya membalas senyumannya. " Kau tak masuk kelas kah? " soal Niya, " Nak pergilah ni. " kata Anita. " Oh, Ok! Jom lah. " Niya mula mengorak langkah, Anita memerhatikan langkahnya. Anita memandangnya dengan mata yang penuh dengan dendam, pelbagai fikiran jahat muncul di fikirannya.
Flashback~
Anita berjalan menuju ke kantin dengan beberapa buah buku di tangannya. Dia duduk di kerusi sementara menunggu barisan perempuan yang masih panjang. Dia mengeluh kerana penat, tambahan lagi dengan cuaca panas pada hari itu. Mata Anita tertumpu pada seorang pelajar perempuan yang berlari dengan pantas, dia memerhati pelajar itu.
" Eh! " Anita terkejut, dia terkejut melihat pelajar itu berhenti di sisi Niya. Niya berpusing ke belakang, wang bernilai RM 5 diserahkan kepadanya. " Apa hubungan dorang? " bisik hati Anita, perasaan ingin tahu menguasai dirinya.
Di kelas 5 Kreatif, Anita asyik berfikir tentang pelajar itu. Pelbagai maklumat dia telah kumpulkan. " Dia adik Niya, tingkatan 1 Kreatif. Tapi kenapa aku rasa nak sangat tahu pasal dia ni? " bisik hati Anita. Kertas maklumat itu tidak habis-habis direnungnya.
Kelas terakhir telah tamat, Anita berjalan ke bus stop di hadapan sekolah. Semasa duduk di sana, dia masih menggenggam kertas maklumat tentang Lina. Kaki Lina melangkah keluar dari kawasan sekolah, Anita melihatnya berjalan bersama Niya. Tapi, mereka menaiki kereta yang berbeza, " Kalau dorang adik beradik, kenapa lain kereta? " bisik hati Anita. Perasaan yang sangat-sangat ingin tahu menguasai Anita. Entah angin apa yang menghasutnya sampai sanggup menaiki teksi mengekori kereta yang dinaiki Lina.
Teksi Waja yang dinaiki Anita mengikuti kereta Myvi milik Emma. Tiba sahaja kereta Myvi itu di hadapan pintu pagar rumah mereka, teksi Waja itu berhenti di rumah jiran yang berhadapan rumah mereka. Kereta Myvi itu diparkir kemas oleh Emma, Anita memerhati dari dalam teksi. Sedang Anita memerhati, tiba-tiba handphonenya bergegar. Ini lah tabiat Anita, suka sangat bawa handphone ke sekolah. " Ya abang? " kata Anita separuh ber bisik, " Nita kat mana? Abang depan sekolah ni. " suara Farid yang kedengaran agak marah. Mata Anita tidak lari dari rumah itu, dia masih ingin mengetahui tentang Lina.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...