Bab 9:Salah Aku

3.1K 124 8
                                    

Niya berjalan berjalan dan terus berjalan, tiba-tiba dia mematikan langkhnya. " Mikha? " kata Niya, dia menoleh ke belakang. " Mikha? " panggil Niya, perasaan risau menyelubungi hatinya. " Mikha? Mikhail! " panggil Niya tetapi tiada sahutan, dia berpatah balik sambil berlari-lari anak. Dan.. " Mikha! Ya Allah! " teriak Niya, dia mendekati Mikhail yang sedang terbaring di atas semak. " Darah?Astagfirullah! " kata Niya selepas mengangkat sedikit kepala Mikhail.

" Hello, ambulance! " Niya segera membuat panggilan kecemasan, sementara menunggu ambulance dia menahan luka di belakang kepala Mikhail dengan sapu tangannya. " Mikha aku minta maaf! "kata Niya, dia memeriksa nafas Mikhail. " Nasib hidup lagi. " kata Niya. Kemudian ambulance tiba di tempat tersebut, Mikhail di usung masuk ke dalam ambulance. Niya juga turut memasuki ambulance tersebut.

" Eh Niya? Kenapa dia masuk ambulance? " kata Luqman yang baru tiba di sana, dia mengikuti arah tuju ambulance itu.

Di Hospital Queen Elizabeth, Niya menunggu di depan pintu bilik kecemasan. Dia mundar mandir di luar bilik kecemasan itu, tangan nya menggeletar mengingati kembali kejadian tadi. " Salah aku tolak dia. Jahatnya kau ni Niya! " bisik hati Niya, air mata mengalir di pipinya. Dia duduk di kerusi menunggu sambil menekup wajahnya. " Ya Allah, selamatkan lah Mikhail "  kata Niya, " Niya! " seseorang memanggil nya. " Abang Luqman! " kata Niya, " Kenapa Niya di sini? Mikhail mana? " tanya Niya.

Niya menudingkan jari ke arah pintu bilik kecemasan, " Astagfirullah.. " lemah semangat Luqman. Dia terduduk di bangku, " Abang maafkan Niya! Niya yang salah. " kata Niya sambil menangis teresak-esak. " Tak apa.. " kata Luqman, dia tidak mampu meneruskan kata-katanya. " Sekarang kita jangan bagitau sesiapa dulu. Bila doktor dah bagi keputusan baru kita bagitau orang. " kata Luqman, dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya. Niya cuma menurut perintah.

Jam menunjukkan pukul 10:42 malam, sudah hampir 20 minit Mikhail di dalam namun tiada jawapan. Pipi Niya masih basah kerana menangis, Luqman memandang Niya. " Sudah lah tu. Benda dah jadi kan. " pujuk Luqman, " Uh~ Baby come back~ " hand phone Niya berbunyi minta di angkat. Niya memandang skrin hand phonenya, " Abang.. "panggil Niya, perkataan 'ibu' terpapar pada skrin. Luqman meragut hand phone Niya lalu memutuskan panggilan. Dia mematikan hand phone Niya lalu mencabut baterinya.

"Kenapa abang buat macam ni?" tanya Niya,"Supaya tak ada sesiapa lepas ni akan call Niya.Abang akan bagi balik hand phone Niya lepas doktor keluar."jelas Luqman.Niya akur,dia memandang ke lantai.Akhir nya pintu bilik kecemasan itu terbuka,seorang doktor memakai name tag Ahmad keluar dari bilik itu."Keluarga Syahril Mikhail?"kata Doktor Ahmad, Niya dan Luqman bingkas bangun." Doktor bagai mana keadaan adik saya? "tanya Luqman, " Alhamdulillah dia dah stabil. Cuma dia masih belum sedarkan diri. Mungkin esok pagi dia akan sedar." kata Doktor Ahmad.

"Jadi kami boleh masuk?."kata Luqman,Doktor Ahmad mengangguk. "Baik,terima kasih doktor."kata Luqman,Doktor Ahmad meninggal kan mereka."Jadi maksudnya abang kena temankan Mikhail malam ni, Niya baliklah dulu.Esok sekolah kan."kata Luqman."Tapi abang pun kerja esok."kata Niya,"Tak apa, Mikhail ni tanggungjawab abang. Niya perempuan, tak elok kalau Niya dengan abang temankan Mikhail berduaan."kata Luqman."Iyalah lagi pun Ka emm..."Niya terus menekup mulutnya dengan tangan,Luqman membuat muka tanda tanya.

Terbeliak mata Niya,"Ish,mulut aku ni tak ada lesen betul!"marah Niya pada dirinya sendiri."Kenapa ni Niya?"tanya Luqman,"Tak ada apa lah!"kata Niya."Oh,jadi Niya balik naik apa?"tanya Luqman,"Ye lah aku balik naik apa?Takkan bas kot bahaya lah kalau kena bas kosong, lagi-lagi kalau bus stop sunyi.Teksi lagi lah bahaya."bisik hati Niya.Dia melemparkan pandangannya ke arah lantai.

"Niya?"panggil Luqman,Niya memandang Luqman."Ya..Ya.."kata Niya,"Apa kata Niya balik ikut kawan abang?Jangan risau dia perempuan, lagi pun dia kerja kat sini cuma tingkat lain."kata Luqman. "Tapi dia kan tengah kerja?"kata Niya,"Tak apa dia dah nak balik ni. Abang tahu jadual dia."kata Luqman."Macam mana abang Luqman tahu?Takkan girlfriend dia kot?" bisik hati Niya.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now