Bab 25:Wanita Yang Dirindui

2.7K 124 2
                                    

Pada subuh itu, selepas selesai solat subuh. Niya ke bilik pakaian untuk menggosok baju sekolahnya, dia melihat baju sekolah Mikhail yang belum digosok oleh Mak Sum. Mak Sum memasuki bilik pakaian, " Eh, Cik Niya. Cik Niya nak gosok baju kah? Biar Mak Sum buatkan. " kata Mak Sum. " Eh, tak payahlah Mak Sum. Biar Niya buat sendiri, bukan susah pun! Lagi satu, tak payahlah nak bercik-cik. Panggil Niya ja! " kata Niya. " Ha, ya lah! Niya biar Mak Sum gosokkan baju Niya. " kata Mak Sum.

Mak Sum merupakan pembantu rumah Dato' Sulaiman yang menguruskan hal-hal mengemas rumah. Contohnya, sapu lantai, mop lantai, gosok baju, cuci kasut, gilap kasut dan kemas bilik solat. Mak Sum sudah berkhidmat untuk keluarga Dato' Sulaiman sejak dari arwah ayah Dato' Sulaiman lagi. Kerja dah lama, gaji pun besarlah. Kiranya Mak Sum lah yang paling lama berkhidmat untuk keluarga ni. Setiap hasil kerjanya pasti memuaskan, memang tak lah Dato' Sulaiman nak buang Mak Sum ni.

" Tak apalah Mak Sum! Biar Niya gosok baju Niya Mak Sum buatlah kerja lain, baju Mikhail ni pun biar Niya yang buat. " kata Niya, " Arr, tapi.. " " Tak ada tapi, tapi! Kalau Mak Sum takut ayah marah biar Niya cakap nanti! " sampuk Niya. Niya terus menghidupkan suis, lalu menggosok baju Mikhail dahulu. Mak Sum terdiam dan melihat kerja Niya, Niya hanya membiarkan Mak Sum yang tak ingin mangalah itu.

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi, Niya siap menggosok baju sekolah nya dan Mikhail. Mak Sum masih berada di situ, tak lenguh lutut wanita yang sudah berusia 50-an ni berdiri di situ 10 minit. Makan apa agaknya tak tahulah! Memang tip top!

" Mari Mak Sum hantarkan baju Mikhail ni. " kata Mak Sum, Niya menghulurkan seragam sekolah Mikhail yang tersangkut kemas pada hanger itu. Mak Sum keluar dari bilik itu dan terus ke bilik Mikhail. " Lelaki lelaki, mana reti gosok baju sendiri! " leter Niya, dia membawa seragam sekolah nya ke bilik.

Mak Sum mengetuk pintu bilik Mikhail, Mikhail keluar dengan baju melayu yang masih dipakai pada tubuh dan seluar tracksuit yang disarungkan pada kaki. " Eh, cepatnya Mak Sum. Mikhail baru nak tidur. " kata Mikhail, " Tak ada chan lah lepas ni Mikhail nak sambung tidur kalau Niya dah gosok baju Mikhail tiap-tiap hari! " kata Mak Sum. " Ha, Niya yang gosokkan? " kata Mikhail terkejut, " Untunglah Mikhail! Dapat bini cantik, rajin pula tu! Berbudi bahasa lagi! " kata Mak Sum. Kembang kempis hidung Mikhail, " Dah lah, Mak Sum turun dulu! Ada kerja nak buat! " kata Mak Sum. " Ok Assalamualaikum Mak Sum! " kata Mikhail, " Waalaikumsalam. " jawab Mak Sum.

Mikhail menutup pintu biliknya, dia melihat seragam sekolahnya itu. " Hehe, untunglah aku dapat bini rajin! Uits! " dah mula dah perangai dia ni -,-

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Pada waktu petang, Hafizah duduk di bus stop. Mukanya masam mencuka, ditambah lagi dengan panas pada petang itu. " Hish, mana ni lambatnya! Aku dah bangas di sini ni! " rungut Hafizah, kemudian sebuah van menghampiri bus stop itu. Van itu berhenti di hadapan bus stop. Apabila pintu van tersebut di buka, Hafizah bingkas berdiri dengan wajah bengisnya. " Hoi Lina! Cepatlah! Lembab! Kau ingat aku ada masa kah nak tunggu kau! " teriak Hafizah.

Dengan perasaan malu, Lina turun dari van itu. Yalah, tahun ni kan Lina tingkatan 1, memandangkan Niya dah pindah tak ada siapa nak ambil dia dekat bus stop. Dia bukan nak ikut Emma, macam-macam alasan dia bagi dekat Encik Syakir hari tu. Sebenarnya, dia merancang untuk menyusahkan Niya ketika mengambilnya, tub tub Niya pindah. Jadi sekarang Hafizah lah yang tukang jemput di bus stop, tengok lah sekarang siapa yang terpaksa tanggung malu depan kawan-kawan. Di jerit, di tengking, di hina, sekarang baru dia faham perasaan Niya sewaktu dia diperlakukan seperti ini.

Sejak Hafizah curang dengan Farid, Lina perasan akan perubahan Hafizah. Dia kuat menengking, marah, mengamuk dan dia tidak lagi rapat dengan Lina seperti dahulu. Kini Lina lah yang menjadi mangsa buli Hafizah sejak Niya tiada, kalau dia melawan, siaplah dia di sepak terajang Hafizah. Adam manalah nak membela si Lina tu, malah ditertawakannya lagi. Suka lah si Adam tengok Lina kena buat macam tu, balas dendam untuk Niya.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now