Mama Izah dan Encik Syakir turun dari kereta mereka. Mereka memasuki sebuah restoran yang memang menjadi tempat favourite mereka. " Nak duduk mana? " soal mama Izah, " Emm, ikut Sayang lah. " kata Encik Syakir. Mama Izah menudingkan jari nya ke arah satu tempat yang berdekatan dengan cermin. Encik Syakir dan mama Izah menuju ke tempat tersebut.
Seorang pelayan restoran mendekati meja mereka. " Makan Encik, Puan? " dia menghulurkan menu kepada Encik Syakir dan mama Izah. " Emm, saya nak curry chicken with rice. " kata mama Izah, pelayan restoran itu menulis menu yang di minta mama Izah. " Bagi saya Mi bandung. " kata Encik Syakir pula, " Ok. Minum? " .
" Bush! " , " Oi Mak kau malatup! " latah pelayan restoran itu apabila air yang dibawa oleh rakan sekerjanya tertumpah di meja. " Arr, maaf Encik Puan! Saya tak sengaja. " pekerja itu segera mengemas gelas-gelas yang yang terjatuh di atas meja itu. " Ish, kau ni Mir hati-hati lah sikit! Habis basah baju Puan tu! " marah rakannya, " Ah, alamak! Maaf Puan! Saya tak sengaja. " tangannya terketar-ketar sambil melutut di sisi mama Izah.
" Eh, tak apalah! Tak payah nak minta maaf sampai macam tu sekali. " kata mama Izah, pekerja itu berdiri. Dia menghadap Encik Syakir pula, " Maafkan saya Encik, saya baru lagi. Saya minta maaf sangat-sangat. Lagi pun lantai di sini licin, saya masih biasakan diri. " katanya. Kelihatan air mata bertakung di birai mata anak ini, Encik Syakir dan mama Izah tersenyum. " Tapak kasut kamu haus kah? " soal Encik Syakir, pelayan retoran itu mengangkat kakinya lalu melihat di bawah tapak kasut nya. Memang kelihatan sangat haus.
Encik Syakir menghulurkan 200 ringgit kepadanya, terkejut dia melihat wang tersebut. "Ambil ni, beli kasut baru. Lepas ni kamu tak accident lagi. " Encik Syakir meletakkannya di genggaman tangan anak muda ini. Melihat sahaja wang tersebut, dia menitiskan air mata. " Te..Terima kasih Encik " dia mengucup tangan Encik Syakir banyak kali. " Dah, dah! Jangan nangis lagi. Pergi sambung kerja. " kata Encik Syakir. Dia menuju ke dapur bersama talam dan gelas-gelas yang terjatuh tadi.
" Abang, saya pergi tandas dulu. Nak cuci ni. " kata mama Izah, " Ok. " mama Izah bingkas berdiri dan menuju ke tandas. Dia melihat bajunya yang terkena air di bahagian lengan bajunya. Mama Izah memulas tombol pintu tersebut " Buk! " seseorang melanggar mama Izah, dia sempat berpaut pada pintu tandas tersebut. " Eh, sorry ya. " wanita itu terus berlalu pergi, mama Izah memerhatikan langkah wanita itu.
Wanita itu memakai skirt pendek dan kemeja, beg tangan yang sememangnya berjenama dari penampilan wanita itu. Warna rambutnya hitam dan perang sedikit. Daripada penampilan wanita ini dia sememangnya seorang wanita yang bekerjaya.
Mama Izah menggelengkan kepalanya dan masuk ke dalam tandas. Dia menuju ke sinki lalu memutarkan paip air tersebut. " Ding Dong! " hand phone mama Izah berbunyi, dia membuka kunci hand phone nya itu. " Birthday Mikhail. " tertera pada skrin, " Ya Allah! Tak lama lagi birthday Mikhail! Maksudnya tak lama lagi birthday Niya. " bisik hati mama Izah. Dia menutup paip air tersebut. Kemudian dia memasuki ruang chat di whatsapp, dia menekan nama " Ka Sharifah. "
Di sekolah, rakan-rakan sekelas Mikhail sedang membuat perhimpunan agung di perpustakaan, Naim sebagai pengerusi dan Fira jadi naib pengerusinya. Sementara itu Achai dan Jimi membawa Mikhail ke tempat lain, contoh, kantin, tandas, bilik guru, bilik kesihatan, makmal komputer bla.. Bla.. Bla..
" Ok, jadi apa rancangan ni tahun untuk ketua kelas kita tu? " kata Naim, " Aku cadangkan tahun ni kita buat kejutan di rumah dia. " kata Lio. " Aku setuju. Sebab family dia pun boleh ikut sama. " kata Hafsirah, " Ok, macam mana dengan persiapan perhiasan tu segala? " kata Naim. " Pasal persiapan, don't worry! Biar aku urus! " kata Nazmie, " Aku ikut kau, hei Wana, Richel, Ezy! Join kami! " sampuk Hazrul. " What? Kami tak nak Ok! Sebab kami bukan crush dia lagi. " kata Wana.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...