Bab 7:Cemburu

4.3K 140 6
                                    

Niya berjalan menuju ke kantin meninggalkan Hafsirah dan Umi yang berada di belakang.Rina sudah berada di barisan perempuan untuk membeli makanan.Fira Elly dan Li Lien sedang sedang sibuk berborak, Jura dan Azlin tidak rehat kerana mereka bertugas di perpustakaan pada hari ini.Mikhail?Tu tengah makan,dan itu target Niya.

Mikhail sedang asyik menikmati nasi goreng nya bersama milo ais, Naim sedang giat menyelesaikan soalan matematik yang belum siap. Zaid dan Yusry sudah selesai makan so diorang rehat-rehat je lah.Achai tak ada mungkin pergi mengorat kot, Jimi juga sedang berperang dengan mi gorengnya."Wah,susahnya! Macam mana nak buat ni!"rungut Naim sambil matanya terbeliak, "Kau tembak je lah!Biar salah asal kan bahagia!"kata Yusry."Ceh,kau cakap senang lah kau pandai math! Aku ni?Setakat tambah tolak bahagi darab je lah,yang lain tu aku tak berapa."kata Naim.

"Biasa,tengok orang bah!"kata Yusry, Naim membuat muka geram.Yusry sedang membuat mata ke atas, tangan ke bahu."Dah lah kau ni, kacau orang makan lah!"marah Mikhail,Yusry dan Naim saling mengelak pandangan."Mikh,ta..di ka..be..tul..tul lupa bawa buk..u kah?" tanya Jimi yang mulutnya masih penuh dengan makanan,"Apa kau cakap ni?Aku tak faham!Ka Be Tul Buk U lah,lain kali habiskan makan dulu lah!"kata Mikhail.Jimi hanya ketawa selepas di olok oleh Mikhail,Jimi meneguk air sirapnya kemudian memandang Mikhail."Aku tanya,kau betul betul tinggal buku kah tadi?"kata Jimi,Mikhail terdiam seketika."Ya lah!"jawab Mikhail lalu menyuap sesudu nasi ke mulutnya, "Ye kerr?Habis buku yang kau letak atas meja Niya tu apa?Buku kau kan?"sampuk Naim.Mikhail tersentak,"Ceh,macam mana dia tahu ni?"bisik hati Mikhail.

"Manada kau ni."kata Mikhail,dia meneguk air milonya sambil memandang kiri kanan,"Mana Niya erk?"bisik hati Mikhail."Kau suka Niya kan!"kata-kata yang di lontar kan Naim membuat Mikhail tersedak.Habis basah seluar Mikhail kerana tersembur air milonya."Ish, pelahan lahan lah!Kau ni nasib tak kena aku!"marah Jimi,"Sorry bro!" kata Mikhail dia berdiri tegak.Air milo itu di sapu-sapu dengan tangan, "Nah!"seseorang menghulurkan Mikhail tisu."Thanks!"Mikhail mengambil tisu itu lalu di sapu pada seluarnya,"Eh siapa bagi?"bisik Mikhail.Mikhail memandang pelajar perempuan yang tinggi paras dadanya,berkulit sawo matang dan sedang berpeluk tubuh.Name tag nya tertulis Daniya Nur Maizarah.

"Ha,Niya!"bisik Mikhail,yes dan orangnya memang Niya!"Alamak,ni mampos kalau dia dengar apa Naim cakap tadi."bisik hati Mikhail, Mikhail memandang Naim.Naim sedang memandangnya dengan wajah yang nakal."Tak guna kau Naim!"marah Mikhail di dalam hati nya,dia hanya sekadar mengerutkan dahi dan keningnya hampir bertemu untuk memberi tahu Naim sesuatu. Naim hanya mencebikkan bibirnya, menyampah pula tengok!

"Oi,oi aku nak cakap ni."Niya menggerak-garakkan bahu Mikhail, Mikhail tersentak lalu memandang Niya dengan wajah yang blur."A.. apa kau nak cakap?"tanya Mikhail, Mikhail lantas memandang Naim lagi.Naim membuat senyuman mengusik sambil mata asyik mencuri lihat ke arah Mikhail."Aku nak tanya..."kata-kata Niya tergantung apabila Mikhail menarik tangan nya menuju ke pondok di belakang kantin.Di pondok tak ada pelajar makan sebab panas,so tak ada lah yang nak membuat senyuman menjengkelkan tu.

"Apasal kau tarik aku ni?Panas lah di sini!"marah Niya,matanya memandang ke arah cahaya matahari yang menyinar ke arah pondok itu."Tak payah banyak tanya, kau nak cakap apa tadi?"tanya Mikhail.Niya berpeluk tubuh sambil memandang Mikhail dengan wajah yang serious."Apa kes Niya pandang aku macam tu?Seram pula aku dia buat macam tu.Aduh,apa nak buat ni?Tak apa Mikh,control macho!" bisik Mikhail sambil mencuba untuk membalas pandangan serious Niya.

"Eh mamat ni dia menyindir aku kah apa buat macam tu?"bisik hati Niya, Niya berdehem beberapa kali."Aku nak tanya kau ni,kenapa kau hari ni? Baik semacam dengan aku?Apa kau nak?Kalau nak apa-apa cakap je lah.In sya Allah aku tolong"tanya Niya bertubi-tubi,Mikhail menarik nafas."Saja."jawab Mikhail ringkas, "Ceh,penat aku cakap dia jawab tu ja?Sepuluh aku cakap,sepatah dia jawab.Ada juga yang kena salai bawah matahari ni karang.Nak juga rasanya aku siat-siat dia ni!Dah lah tarik orang ke sini,lepas tu soalan aku macam soalan bonus saja bah!" omel Niya dalam hati.Dia memandang sebatang pokok dengan mata yang sudah terpancar leser.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now