Isteri Istimewa

2.4K 49 4
                                    

:Karya ke-4

:Teen Fiction

Sebab ego, aku terjebak dengan benda gila ni. Kerana pantang dicabar, aku sanggup buat benda yang dilarang dalam agama Islam. Ya, aku akui iman aku nipis senipis kulit bawang, tapi ego aku tinggi sampai ke langit. Sebab tu lah juga, aku hilang kepercayaan daripada orang yang aku sayang. Ya lah, hati mana tak terluka bila ditipukan?

Tapi sejujurnya, kalau boleh aku nak undurkan masa. Sebab aku tak nak kehilangan dia. Aku tak nak kehilangan perempuan pertama yang buat aku kenal erti cinta dan kehidupan. Jujur aku tak nak kehilangan Isteri Istimewa aku, Nur Fetrah Amyrah.

"Iman buat apa ni?!"- Puan Khadijah

"Dia aku punya!"- Irfan Shakrani

"Kau dapatkan hati dia."- Haniff Lutfi

"Aku girlfriend dia."- Norel Hafifar

"Sebab aku sayang kau."-Nurin

:preview

....Fetrah seorang anak yang istimewa. Perangainya masih seperti seorang kanak-kanak kecil yang masih berhingus dalam erti kata lain, dia salah seorang pesakit autism. Namun, penyakit tersebut telah dapat dikesan dari awal oleh Encik Hafiz, oleh sebab itu percakapan dan separuh kelakuannya seperti seorang remaja yang normal. Perangainya yang membezakan dirinya dengan remaja yang lain ialah sikap keanak-anakan yang masih ada dalam diri gadis itu.

Walaupun demikian, Fetrah sangat aktif dalam pembelajaran. Meskipun belajar di rumah, namun otaknya semakin hari semakin berkembang. Dia dapat belajar subjek yang sama seperti remaja yang lain belajar di sekolah. Selain itu, sikap gadis ini juga mewarisi sikap ibunya. Dia seorang yang berbudi bahasa, kuat merajuk, takut serangga dan suka menolong orang. Perkara tersebut membuatkan Encik Hafiz begitu sayang dengan anak istimewanya ini.

"Ayah jom pergi tengok buku rujukan pula. Lepastu kita bayar. Lepastu kita pergi makan, Fetrah lapar dah ni, abit pun dah lapar. Lepastu kita jalan-jalan. Lepastu kita tengok teddy bear, Fetrah ada nampak teddy bear yang baru dekat kedai sana tu. Lepastu.." mulut Fetrah terus terkunci apabila mulutnya ditutup oleh Encik Hafiz dengan tangan kanannya, "Banyaklah lepastu, lepastu.. dah cepat pergi cari buku rujukan. Kalau tak, ayah bakar abit tu dengan barang-barang Fetrah ni. Baru tau. Hahaha!"

Encik Hafiz mengalihkan tangannya, Fetrah terus memandang ayahnya dengan mata yang sudah berkaca-kaca. "Ayah nak bakar abit dengan barang-barang Fetrah? Sampai hati ayah." Fetrah mencapai patung arnabnya lalu dipeluk erat, dia membelakangi ayahnya lalu menangis sambil menyembamkan wajahnya di perut abit. "Alolo janganlah nangis. Ayah main-main ja pun." Encik Hafiz mengusap belakang Fetrah, Fetrah memandang anak mata Encik Hafiz dengan air mata yang berlinangan.

"Ayah tak bakar abitkan?" Soalnya dengan suara yang serak, "Tak... takkanlah ayah nak bakar abit kesayangan anak ayah ni. Ayah gurau ja." Encik Hafiz mengusap kepala patung arnab tersebut. "Hehe.. yeayy! Abit tak kena bakar. Maksudnya abit tak mati! Ayah sayang abit! Yeayy!" Fetrah memeluk patung yang tinggi paras lututnya itu dengan senyuman di bibir.

Encik Hafiz menggelengkan kepala, "Dah sudahlah berdrama tu Nur Fetrah Amyrah Binti Abdul Hafiz, jom cari buku rujukan. Eeee! Anak ayah ni, makin tua makin kuat merajuknya." Encik Hafiz menarik rambut tocang Fetrah dengan lembut, Fetrah hanya mengikut arah tarikan tersebut.

"Manada tua, usia meningkat ja lah ayah ni." Fetrah memuncungkan bibirnya, "Ya lah. Ya lah. Fetrah tak tua, ayah ja lah yang tua." Encik Hafiz mengganding bahu Fetrah sambil tangan kirinya menolak trolly. Fetrah juga turut menolak trolly dengan tangan kanannya, sementara tangan kirinya memeluk abit yang sudah dianggap seperti adik-beradiknya itu.

By hand:AkuBukan_Romantik

#IamSabahan

Jemput2 lah bca 😊😊😊

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now