Niya bermain-main dengan jarinya, kelas masih kosong dan hanya dia sahaja ketika itu. " Bah! " seseorang mengejutkannya, Niya terlompat dari kerusi dan posisinya seperti orang sedang bersilat. Niya terkejut melihat Riyan yang sedang ketawa terbahak-bahak di belakangnya. " Kau buat silat apa ni? Hahaha. " kata Riyan disusuli ketawanya, Niya berdiri tegak.
Dia berpeluk tubuh sambil mata menjeling Riyan. " Ketawa, ketawa! Sukalah sangat kan! " marah Niya, Riyan memandang wajah Niya. Niya tersentak, dia terus memalingkan wajahnya keluar tingkap. " Amboi merajukkah? " kata Riyan, Niya hanya diam tetapi mencebik. Riyan tersenyum, " Uuu, sewel merajuk! " usik Riyan. " Apa sewel? Kau lah gila! " Niya memukul bahu Riyan, " Eh, kau terasa kah? Oh, kau mengakulah kau sewel? Hahaha! " Riyan ketawa lagi.
" Ah, diam lah kau! " tengking Niya, kakinya sudah mengorak langkah. Tapi tiba-tiba, " Kedebuk! " Niya jatuh di atas lantai selepas tersadung kaki Riyan. " Ish, Riyan apa ni! Sakit lah! " marah Niya, Riyan duduk bercangkung di hadapannya. " Niya. " panggil Riyan lembut, " Apa? " jawab Niya kasar. " Aku minta maaf, aku cuma nak bergurau dengan kau. Aku cuma nak kau jadi kawan aku, aku tak ada kawan nak bergurau Niya. " kata-kata Riyan menyentuh hati wanita Niya. " Hmm, kau boleh jadi kawan aku. Tapi, janji yang kau takkan jatuhkan aku lagi. " kata Niya sambil membuat pinky promise. Riyan tersenyum.
" Aku promise. Hehe. " Riyan turut membuat pinky promise, Niya tersenyum lebar. Mata Mikhail tepat memandang mereka berdua, dia berlindung di sebalik pintu kelas. Pagi-pagi lagi dia dah nampak drama yang menyakitkan hatinya. Nak saja dirempuhnya masuk ke kelas dan menumbuk Riyan kerana menjatuhkan Niya. Tapi bila nampak Niya ber-sweet pula dengan Riyan, niatnya terus terbatal.
Jam menunjukkan pukul 6:37 am, Mikhail duduk di pondok seorang diri. Setiap mata yang memandangnya pasti kehairanan kerana Mikhail selalunya akan terus ke kelas sejurus tiba di sekolah. Hafsirah dan Umi melalui jalan itu, mereka memandang Mikhail. " Kenapa Mikhail tak masuk kelas? " soal Umi, " Entahlah, tunggu girlfriend lah agaknya tu. " teka Hafsirah. Mereka meneruskan perjalanan ke kelas 5 Ino.
Mikhail termenung jauh, " Betulkah Niya dah jatuh cinta pada Riyan? " bisik hatinya. Makin dalam dia berfikir, makin sakit hatinya. " Assalamualaikum. " seseorang memberi salam kepadanya, Mikhail menoleh ke belakang. " Eh, Nita. Waalaikumsalam. " Mikhail bingkas berdiri, " Mikhail, kau kenapa termenung seorang diri ni? " soal Anita. " Arr, tak ada apalah. " jawab Mikhail sambil tersenyum hambar, " Kau tunggu Niya kah? " teka Anita. Mikhail tersentak, " Eh, Manada! Aku tak tunggu siapa-siapa pun. " kata Mikhail.
" Oh, aku pergi kelas dulu lah. " kata Anita, " Anita kejap! " Mikhail menahan Anita. " Ya? " , " Aku nak tanya kau sesuatu ni, boleh? " kata Mikhail. " Apa? " kata Anita dengan muka yang penuh kehairanan. " Sofiya mana? Aku tak nampak dia dari hari pertama sekolah tahun ni. " kata Mikhail. Anita diam dan matanya tepat memandang Mikhail, Mikhail mengangkat kedua-dua keningnya. " Nanti petang kau lapang tak? " soal Anita, Mikhail menganggukkan kepalanya. " Kita jumpa di pantai. " kata Anita.
Mikhail hanya diam dan membiarkan Anita berlalu pergi. Hatinya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Anita menoleh ke arahnya, " Mikhail, kau masuk lah kelas. Jam 6:45 sudah. " kata Anita. " Oh, Ok! " Mikhail terus berlari-lari anak menuju ke bangunan sekolah bersama Anita.
Selepas sesi pembacaan doa, Mikhail menjadi ragu-ragu untuk masuk ke dalam kelas. Dia rasa meluat untuk memandang wajah Riyan dan Niya. " Aish. " rungut Mikhail, " Oi. " Naim memukul belakangnya. Mikhail berpusing ke belakang, " Apasal kau ni? Tak nak masuk? " soal Naim. " Haihh.. Susahlah Naim. " kata Mikhail, " Apa yang susah? Kau langkah ja ke dalam kelas ni, sudah selesai. Lepas tu duduk sebelah tunang kau tu. " kata Naim dengan wajah slumbernya.
" Ha, itu yang susah tu! " kata Mikhail penuh dengan rungutan, " Apa kau ni? " kata Naim. " Aku rasa aku belum nak tengok lagi muka si Niya tu. " kata Mikhail, " Eh, apasal? Dia tunang kau kan. Kau pun, sebelum ni bukan main lagi nak dia. " kata Naim. " Memang dia tunang aku! Memang aku nak dia. Tapi, aku tak tau lah, sejak ada ja budak Riyan tu, si Niya tu macam dah lupa aku. Dia buat aku ni macam tunggul ja! " kata Mikhail. " Oh, jadi kau jealous lah ni. " kata Naim dalam nada mengusik, " Ya! Ya! Aku jealous! Sangat-sangat! " kata Mikhail dengan nada yang geram.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...