9 tahun kemudian~
" Selamat pengantin baru! ", " Tahniah Luqman! ", " Hope kekal selama-lamanya. ", begitulah kata-kata ucapan yang tertulis pada buku ucapan untuk Luqman dan.. Emma! Finally~ kahwin pun.. :)
Abang Aznil yang cinta mati terhadapa Ka Emma sebenarnya ada penyakit mental. Dia tidak ada keluarga sejak kemalangan yang berlaku pada umurnya 6 tahun. Dia inginkan sebuah keluarga, rupa paras Ka Emma serupa dengan wajah ibunya. Kerana itu dia mahukan Ka Emma.
Khadijah.. sahabat baik Ka Emma.. kini sudah mempunyai butik sendiri. Sampai sekarang persahabatan mereka tidak pernah renggang. Walaupun ada bergaduh manja dan gurau senda, tapi mereka tetap berkawan. Bagai air dicincang tidak akan putus.
Abang Omar dan Abang Khairul telah membuka workshop mereka sendiri, impian mereka dari zaman sekolah menengah lagi. Akhirnya tercapai juga, alhamdulillah...
Abang Zainuddin.. pilot berjaya kita. Tak lama lagi naik pangkat hehehe.. tahniah.. tapi bila lah agaknya nak berkeluarga ya? Hahaha..
Abang Zakaria.. masih bekerja dengan mama.. kerja rajin-rajin ya bang hahaha..
Ka Emma buka pusat tuisyen di rumahnya sendiri.. daripada pelajar sekolah rendah kepada pelajar sekolah menengah semua boleh..
Ka Hafizah dah mendirikan masjid dengan Abang Farid.. abang ipar aku.. anak dah ada sorang.. baby Amani :) tahniah ka..
Lina.. bakal menyambung pengajian ke universiti.. dah mata empat sebab terlalu rajin belajar dan suka sangat membaca dalam gelap.. hope berjaya di masa depan Lina.. chayoo! Chayoo!
Adam.. macam mana dengan Qarina? cinta hati kau tu? Haha.. hope longlast ya dam.. dan harap juga bukan cinta monyet..
Amira adik aku paling comel dan cantik.. ada bakat dalam menyanyi.. ramai peminat dia ni.. focus belajar dulu dik.. jangan ikut abang Adam tu hahaha..Achai sekarang dah kahwin dengan Li Lien.. dorang dah ada perniagaan restoran sendiri.. Achai masih lagi seorang pemain bola sepak.. hmm hope restoran kamu berjaya..
Naim dan Fira? Naim sekarang seorang pengurus di syarikat ayahnya.. alhamdulillah.. berjaya juga kawan aku ni.. hobinya bermain bola masih ada... dan itu adalah hobi terbaiknya.. Fira.. suami pengurus takkan goyang kaki ja kan? Dia ada menjual alat-alat kosmetik.. hope menjadi usahawan berjaya.. amin..
Elly.. si gadis dusun yang comel molek ni dengar cerita dah ada pasangan hidup.. who is him? Tak tahulah.. sebab dia seorang pramugari jadi banyak merantau..
Rina.. ulat buku dan pelajar cemerlang.. dia sekarang dah jadi pakar motivasi.. so siapa-siapa perlukan motivasi sila berjumpa dia.. hahaha..
Hafsirah si gula-gula getah.. tabiat dia tu dah hilang dah.. dah berhenti makan gula-gula getah kan? Sekarang dia seorang tauke kedai kasut.. siapa nak beli kasut? Umi.. ustazah kita.. seorang ustazah di sebuah sekolah agama.. habislah pelajar dia kalau buat silap.. kena ceramah lah dorang oleh ustazah ni.. untuk makluman.. itu memang tabiat ustazah kamu..
Azlin.. senior aku... sekarang bekerja di salah sebuah syarikat terkenal.. dengar kata dah pandai main cinta dengan seseorang.. dengan si tutt.. tutt.. rahsia lahh..
Jura.. si gadis London.. dia pun bekerja di salah sebuah syarikat di sana.. jealous aku tengok gambar kereta baru dia.. hope aku pun dapat satu T_T
Jimi.. lelaki yang tenang dan penyabar.. sentiasa dengan pemikiran positif nya.. sekarang dah jadi caunselor di salah sebuah sekolah.. ada masalah? Jumpalah dia.. hobi main bola pun tetap ada..
Yusry.. sedang mengejar cita-cita menjadi seorang doktor.. sikit ja lagi Yusry.. hope berjaya.. dan teruskan bermain bola..
Zaid.. yang agak panas baran orangnya.. kini dah menjadi CEO di syarikat ayahnya.. tunangan orang oredy.. hobi main bola tu pun sama juga lah..
" Sayang! " Niya tersentak lalu menoleh ke belakang, seorang budak lelaki yang baru berumur 6 tahun mendekatinya. " Azhar " Niya memeluk erat anak lelaki itu, Mikhail mendekati mereka dengan senyuman lebar terukir di wajahnya. Tidak lama lepas itu Datin Sharifah, Dato'
Sulaiman, Encik Syakir dan Mama Izah mendekati mereka. Senyum tawa menguasai mereka, riuh jadinya laman belakang rumah Datin Sharifah dan Dato' Sulaiman." Seronok tengok Azhar dah makin besar. " Mikhail berbisik ke telinga Niya, Niya menoleh ke arahnya. " Yup, tengoklah siapa mama dan papa nya. " kata Niya, " Thanks sebab lahirkan Azhar. I Love You. ", " I Love You Too. Thanks juga sebab sayang Azhar, macam mana abang sayang sayang ". Mereka tersenyum lalu memandang Azhar, Azhar sedang seronok bermain dengan datuk-datuk dan nenek-neneknya.
Well.. macam tu lah cerita My Lovely Crush.. walaupun agak pelik dan sedikit berterabur.. hope korang enjoy ok? Thank You.. :-*
Tamat Bab 44:Azhar
#IamSabahan
#MyLovelyCrush
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...