My Lovely Crush Raya! #4

2.4K 81 6
                                    

Niya duduk di birai katil sambil menangis teresak-esak, kakinya dipeluk, sakit hatinya bila melihat Mikhail berpelukan dengan perempuan lain. Tambahan lagi, Mikhail berani menipunya. "Kawan lelaki? Kenapa?! Kenapa?!" Niya memandang skrin handphone nya yang berbunyi minta diangkat, tertera nama 'Suami'. Niya menolak panggilan tersebut, bayangan Mikhail dan Nurul berpelukan tadi menerjah mindanya.

"Mama.." pintu bilik mereka dibuka oleh Azhar, Azhar memandang ibunya yang sedang berlinangan air mata. "Sayang." Niya mendepakan tangannya, Azhar terus berlari ke dalam pelukan Niya. Niya memeluk Azhar, belakang Azhar diusapnya. Sungguh dia benci kerana Azhar juga terpaksa melihat adegan tadi. "Mama janganlah nangis. Azhar tak sukalah." Azhar mengesat air mata Niya, kemudian dahi Niya diciumnya. Niya cuba untuk tersenyum, namun gagal, dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Mama.." saat ini Niya memerlukan keluarganya, terutama Mama Izah, dia perlukan kata-kata semangat daripada wanita yang digelarnya ibu itu. "Azhar, kita pergi rumah nenek jom?" Niya cuba mengukir senyuman di bibirnya, "Nak.. tapi.. papa?" Soal Azhar takut-takut. Niya mengusap rambut anak lelakinya itu. "Tak pa. Kita pergi dulu, nanti kalau papa nak datang papa datang. Papa sebok sayang." Pahit rasanya air liur yang ditelan Niya saat ini, fikirannya sudah disetkan dengan nama Nurul yang bakal menjadi madunya nanti.

"Macam mana nak pergi sana? Mama tak pandai pandu kereta." Soal Azhar lagi, dia cuba menlengahkan masa supaya ayahnya dapat berjumpa dengan ibunya. "Tak pa. Kita minta aunty Emma hantar." Niya mencapai handbag di hujung katil, dia keluar dari bilik itu bersama Azhar. "Ka Emma." Emma yang baru keluar dari bilik itu memandang wajah Niya yang masih sembap kerana menangis. "Ka, Niya dan Azhar nak pergi rumah mama. Tolong hantar." Jelas Niya.

Emma mengangguk "Kejap. Kakak ambil kunci." Dia masuk semula ke dalam bilik, "Niya!" Niya memandang Mikhail yang berlari naik ke atas. Segera dia masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Niya bersandar pada pintu, Azhar di sisi hanya memerhatinya. "Niya! Niya please buka pintu ni sayang. Sayang." Niya terduduk di lantai sambil menangis. Hatinya masih terluka. Azhar mengusap rambut Niya, Niya memeluk Azhar sambil menangis. "Sayang, please dengar penjelasan abang dulu. Nurul bukan sengaja.." Niya menutup telinga dengan kedua-dua tangannya, dia tidak mamlu mendengar semua itu sekarang.

"Mikhail!" Mikhail memandang Emma yang berjalan mendekatinya, "Ka. Tolonglah, semua ni salah faham. Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan Nurul.". Emma tersenyum sinis "Habis berpeluk tu apa? Apa maksudnya?",  "Emma. Kenapa ni?" Emma dan Mikhail memandang Luqman. "Adik abang ni lah, curang dengan Niya." Terbeliak mata Luqman mendengarnya, "Curang?" Luqman memandang Mikhail. Mikhail menggelengkan kepala. "Arghh! Tolonglah! Ni semua salah faham! Ya Allah bantu aku!" Teriak Mikhail dalam hati.

"Click" Niya membuka pintu bilik, "Niya. Niya." Mikhail menggenggam tangan Niya, mata Niya yang membengkak itu ditatapnya. "Lepas!" Niya merentap tangannya kemudian berlalu pergi, Mikhail cuba mengejar Niya namun dihalang Emma. "Jangan ganggu dia." Kata Emma dengan nada yang tegas, "Sayang, apa ni? Kita dengarlah dulu penjelasan Mikhail. Jangan marah dia." Emma mengerling Luqman, "Ka. Please, bagi Mikhail jelaskan." Emma merengus kasar lalu meninggalkan mereka berdua. "Emma! Emma!" Emma tidak menghiraukan panggilan Luqman, Mikhail mengejar Emma dari belakang.

"Sayang! Ka Emma! Sayang nak pergi mana? Azhar!" Mikhail mengetuk tingkap kereta Emma, dipandangnya Emma yang tidak menghiraukannya, Niya pula tidak memandangnya namun air mata mengalir deras di pipi, Azhar memandang Mikhail, namun apalah dayanya untuk menghalang perlakuan ibunya itu. Emma memandu keretanya, Mikhail masih tidak putus asa. Nasib sahaja tingkap kereta itu tidak pecah diketuk olehnya.

"Mama.. kesian papa Azhar." Azhar menyandar di dada Niya, air matanya bergenang di birai mata. Niya hanya mengusap rambut anaknya itu, dia memandang Mikhail dari cermin sisi yang sedang berdiri tidak jauh dari kereta Emma. Adegan dimana dia dan Nurul berpelukan tadi kembali menerjah di minda. "Niya bawa bertenang dulu. Benda ni tak boleh bincang dalam keadaan Niya macam ni." Niya hanya diam mendengar kata-kata Emma, fikirannya celaru saat ini.

"Bahh!!", "Maaaaakkk!!!" Zakaria ketawa terbahak-bahak melihat Zainuddin yang melatah kerana terkejut, "Kau! Raya nanti banyak nak kena minta maaf dekat aku ni. Ni, dekat balang kuih ni pun kau kena minta maaf." Zainuddin mengangkat balang kuih ditangannya itu ke muka Zakaria. "Haha. Oklah, aku minta maaf ya balang kuih. Aku minta maaf ya.. abang?" Zakaria tersenyum penuh makna, Zainuddin mencebik. "Esok raya kau baru kau minta maaf"

Zainuddin menyambung tugasnya, kalau dia tak siap isi kuih malam ni, kalau tak confirm esok mesti kelam kabut. "Uncle. Uncle. Aunty Niya dengan aunty Emma datang!" Amani, anak kepada Hafizah memberitahu kepada mereka berdua tentang kedatangan Emma, Niya dan Azhar ke rumah itu. "Aik, bukan dorang kata nak balik esok kah?" Zakaria memandang Zainuddin, "Ni mesti ada kes, kau tengok, balik sebelum berbuka." Teka Zainuddin.

"Assalamualaikum, mama." Niya mencium tangan Mama Izah, kemudian dia memeluk tubuh wanita itu erat. "Waalaikumsalam, terkejut mama. Kata nak balik esok. Tub! Tub! Datang." Niya tersenyum menampakkan baris giginya, "Nenek!" Azhar memeluk kaki Mama Izah, Mama Izah tersenyum lalu mengangkat cucunya itu. "Hi cucu nenek. Wah, makin handsome lah!" Malu-malu terus anak kecil itu apabila dipuji, dia menyembamkan wajahnya pada bahu Mama Izah. "Papa mana mama?" Soal Emma yang baru keluar dari kereta, dia mencium tangan ibunya itu. "Ada. Kejap lagi turunlah tu." Jawab Mama Izah.

Perasaan pelik terus menyelubungi hati Mama Izah apabila melihat kedua-dua anaknya ini datang tanpa suami. "Suami-suami kamu mana?" Emma dan Niya berpandangan, "Err.. kita cakap nanti ya mama. Jom masuk." Niya memeluk bahu Mama Izah lalu melangkah masuk bersama-sama, Mama Izah hanya mengangguk namun hatinya mula tidak tenang. Apalah agaknya yang berlaku kepada keluarga anak-anaknya ini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Mikhail curang?" Hampir bertaut kening Mama Izah, seakan tidak percaya dengan kata-kata Niya. "Emm.. Niya, ka Emma dan Azhar nampak dia berpelukan dengan Nurul, PA Dato'Nadrin." Niya menangis sambil berbaring di riba Mama Izah, Mama Izah memandang Encik Syakir. "Niya, tak semestinya apa yang Niya nampak tu macam apa yang Niya sangka. Papa tak percaya Mikhail macam tu. Mesti ada salah faham." Encik Syakir cuba memujuk Niya.

"Tapi kenapa dia tipu Niya? Dia cakap nak buka puasa dengan kawan-kawan lelaki dia. Tapi? Kenapa lain yang Niya nampak? Lagi sedih, Azhar terpaksa tengok semua tu juga." Makin deras air mata Niya mengalir, Mama Izah mengusap air mata anaknya itu. "Niya, ni semua dugaan untuk rumah tangga Niya. Cuba jangan ikutkan sangat perasaan tu. Mama pun yakin ni mesti ada salah faham. Berapa tahun Niya kenal Mikhail? Dari kecil kan? Takkan Mikhail nak buat Niya macam ni. Esok dah raya sayang, kesian Mikhail. Mesti dia tak happy nanti. Mana pernah dia sambut raya tanpa Niya."

"Setiap manusia boleh berubah ma. Mikhail pun manusia. Dia dah ada pengganti." Niya memejamkan matanya, Mama Izah mengeluh, Encik Syakir menggelengkan kepala, pening kepala melihat karenah anaknya satu ini. "Tok! Tok! Tok!" Mereka bertiga memandang pintu bilik yang diketuk oleh Amani, "Nenek. Atok. Ada orang datanglah." Kata si kecil itu. "Siapa?" Soal Encik Syakir sambil turun dari katil, dia mengikuti langkah cucunya ke bawah. "Niya rehatlah dulu sayang. Mama nak turun, nak tengok siapa yang datang." Mama Izah ribanya dengan bantal lalu turun dari katil.

"Mama.." Mama Izah menoleh ke belakang apabila namanya diseru Niya, "Thanks. I love you." Niya mengukir senyuman. Mama Izah membalas senyuman Niya, "I love you too." Mama Izah turun ke tingkat bawah selepas membalas ucapan Niya. Niya menarik selimut yang berada di bawah kakinya sehingga ke paras pinggang. Hatinya masih tidak tenteram, berkali-kali juga dia memandang skrin handphone nya pada hari ini. "Dia tak cari kau pun Niya." Bisik hati Niya, dia mengesat air mata yang mengalir di pipi. "Selamat malam." Niya memejamkan matanya, berharap agar dia dapat melupakan semua masalah pada malam itu.

Tamat My Lovely Crush Raya! #4
#IamSabahan

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now