Bab 27:Hadirnya Dia

2.7K 108 8
                                    

Pada pagi itu hujan turun dengan lebatnya, seperti biasa Niya akan tiba dulu dengan kereta keluarga Mikhail. Seterusnya Mikhail akan tiba dengan kereta Luqman. Macam ni lah susah nya nak cover hubungan kan?

Niya berpeluk tubuh, terasa sejuk yang amat. Kelas itu masih kosong, suasana agak sunyi. Niya mengerling jam tangannya, " 6:08 minit baru, patutlah. " kata Niya. Dia menggosok kedua-dua tapak tangan nya lalu ditekupkan ke pipinya yang tembam itu, terasa hangat sedikit.

" Ka Niya! " Niya segera menoleh ke kiri, terkejut Niya melihat Nabil, juniornya berada di situ. " Ada apa Nabil? " soal Niya, Nabil menghulurkan jaket warna hitam. " Ka Niya sejuk erk? Nah pakai ni. " kata Nabil, " Eh, tak apalah! " kata Niya. Nabil menyangkutkan jaket tersebut di belakang Niya, " Tak baik tolak pemberian orang. " kata Nabil. " Hmm, thanks. " kata Niya, dia tersenyum manis. " Ok lah, Nabil pergi dulu ye Ka. " kata Nabil, Niya mengangguk. Nabil melangkah keluar dari kelas 5 Ino.

Kemudian Fira dan Jura melangkah masuk ke kelas itu. " Aik, apa Nabil tu buat kat sini? " soal Jura, " Ni ha, dia bagi aku jaket. Tau tau pula dia aku kesejukan. " kata Niya. " Ehek, Niya jangan-jangan dia crush kau tak. " kata Fira, " Manada, niat dia baiklah Fira! " kata Niya. " Orang lelaki, kita tak dapat ramal! " kata Jura, " Dah dah! Korang ni! " kata Niya.

" Assalamualaikum. " , " Waalaikumsalam. " mereka menjawab salam Mikhail. Mikhail menuju ke arah mejanya, Niya cepat-cepat memalingkan wajahnya keluar tingkap. Di hatinya berkata, " malu gila! " ni mesti kes panggilan tu. Selepas meletakkan begnya, dia melangkah keluar dari kelas. " Niya. " panggil Fira, Niya menoleh ke arah Fira. " Kenapa Mikhail tu? Macam pelik ja. " kata Fira, " Mana lah aku tau, aku bukan dia. " kata Niya. Jura memandang keluar kelas, dia seperti memikirkan sesuatu.

Kelas itu semakin ramai penghuninya, bila dah ramai mula lah bising. Riuh sekampung! Mikhail dan rakan-rakannya yang lain duduk melepak di koridor. Sejak pergaduhan Mikhail dan Riyan pada hari itu, mereka tak habis-habis nak meradang dengan sikap Riyan. " Gara-gara dia, game tak habis! Kalau aku jumpa dia tu aku lenyek muka dia dengan batu bata! " kata Achai, " Tu lah, macam budak-budak! Mau juga main kotor! " kata Zaid pula. " Wei, lek ah! Nanti kalau kita lawan dorang lagi, kita ajar dia cukup-cukup! " sampuk Jimi, " Betul aku sokong! Biar dia tahu siapa kita! " kata Yusry menyokong kata-kata Jimi.

" Ya, nanti kita cakap dengan Cikgu Ryzal! Tunggu lah dorang! " kata Achai, " Tapi, macam peliklah! Kenapa dia target Mikhail ja erk? " kata Zaid. Mikhail tersentak, teringat kembali semua kata-kata Riyan. Perasaan takut menyelubungi hatinya, " Ya Allah kenapa macam ni? Kenapa aku takut sangat dengan kata-kata dia? Sedangkan belum pasti yang dia akan berjaya merebut Niya. Ya Allah bantulah aku ya Allah! " bisik hati Mikhail. " Oi Mikh! " Naim mengetuk kepala Mikhail, " Oi, apa ni? " kata Mikhail. " Aku tanya kau, capten tu kenal kau kah? Sampai dia sengaja jatuhkan kau. " kata Naim, " Arr, tak! Manada aku kenal! " bohong Mikhail.

" Eleh, jangan-jangan dia jealous sebab perempuan di sana mengorat Mikhail. Atau lebih tepat girlfriend dia mengorat Mikhail, cemburu buta lah dia! " sampuk Jimi, " Hahaha! Betul aku sokong! " . Mereka semua ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Jimi. Mikhail hanya ketawa paksa, dia pun sebenarnya tidak pasti dia kenal Riyan tu atau tidak. Dia cuma pernah jumpa Riyan sekali, itupun sekejap. Hmm..

Selepas sesi pembacaan doa, mereka semua naik ke kelas. Niya dan mereka yang lain masuk ke kelas 5 Ino, dia melihat Mikhail sedang duduk di tempatnya sambil menulis sesuatu di atas kertas. Niya melangkah ke mejanya, dengan hati yang berdebar, dia menabahkan dirinya ke meja tersebut.

Niya menarik kerusinya slow slow, kemudian dia duduk di kerusi tersebut. Dia bermain-main dengan jarinya, Mikhail hanya diam dan fokus pada apa yang ditulisnya di atas kertas. Terdetik juga di hati Niya untuk melihat apa yang ditulis Mikhail, namun niat itu terbatal kerana tidak berani.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now