Bab 43:Kehilangan

3.7K 116 7
                                    

" Niya. " pandangan mata antara Niya dan Riyan membuatkan cemburu timbul di hati Mikhail. " Fuh, sabar Mikh. Bukan masanya. " bisik hati kecil Mikhail, " Kau dah tahukah? " soal Riyan. Niya diam seketika, kemudian Niya menganggukkan kepalanya. " Itukah yang kau nak cakap malam tu? " soal Niya, Riyan menarik nafas lalu dihembus. " Ya. Dan aku nak minta maaf pasal perbuatan mummy aku. " tambah Riyan, " Tak apalah Riyan. Tu semuakan cerita lama. " kata Niya. Riyan dan Niya tersenyum, membuat Mikhail bertambah cemburu.

" A lonely road, crossed another cold state line " handphone Mikhail berbunyi, tangan Mikhail laju menjawab panggilan tersebut. " Hello abang? ", " Ha? " Mikhail memandang Niya, Niya hanya memandang mata Mikhail. " Hmm. Ok. Take care. " kata Mikhail lalu menyimpan handphone nya. " Kenapa tu abang? " soal Niya, " Tiadalah. " jelas wajah Mikhail yang berubah serious itu. " Tipu. Muka abang cakap abang menipu. " kata Niya, Mikhail tersenyum lebar. " Manada. " Mikhail mencubit hidung Niya.

" Riyan mana ayah kau? Tak balik dari tadi. " soal Yusry, Riyan dan Mikhail saling berpandangan. " Biar aku pergi cari ayah kau. Manalah tau ada apa-apakan? " kata Mikhail, Riyan mengangguk. Mikhail melangkah menuju ke pintu, Niya memandang Mikhail yang masih kelihatan serious itu. Hilang sahaja bayang Mikhail dari bilik itu, suasana senyap seketika kecuali bunyi tapak kaki di luar bilik. " Krik krik. " Achai memecah kesunyian, " Kenapa kita senyap ni? " sampuk Hafsirah dan disusuli senyum tawa mereka. Bilik itu menjadi riuh rendah semula dengan gurauan mereka.

" Assalamualaikum, riuhnya. Cerita apa ni? " suara Tengku Rizman mengejutkan mereka, apa yang lebih mengejutkan Mikhail tiada bersamanya. " Mikhail mana uncle? " soal Niya, " Mikhail? Bukan dia dengan kamu kah? " kata Tengku Rizman. " Ha! Tapi tadi dia keluar cari uncle. Uncle tak jumpa diakah? " Niya mula cemas, dengan pantas dia menghubungi Mikhail. " Tak ada. Langsung tiada. " kata Tengku Rizman. " Hello sayang. ", " Abang! Abang di mana? " soal Niya. " Shut. Janganlah cemas sangat. ", " Abang jawablah. Abang di mana? " gesa Niya.

Mikhail sedang berdiri di luar sebuah rumah, di hadapan rumah tersebut terdapat sebuah kereta Kancil dan kereta Luqman. " Abang ada di hati sayang. ", " Abang janganlah main-main! ". " Hahaha! Janganlah marah. Main-main ja bah. " Mikhail mengintai ke dalam rumah tersebut, kelihatan Luqman sedang memasuki sebuah bilik yang berada di sebelah tangga. " Jangan risau. Abang ok. Abang ada dengan abang Luqman ni. " kata Mikhail, " Abang jangan tipu. Abang buat apa dengan abang Luqman. ", " Takkan lah abang nak tipu bini abang sendiri. "

" Bang! " bunyi das tembakan dari dalam rumah itu mengejutkan Mikhail, apatah lagi Niya yang mendengarnya. " Abang apa tu?! " soal Niya tergesa-gesa, " Arr.. bunyi tayar lori meletup! " bohong Mikhail. " Eh abang di mana? ", " Abang pergi dulu. Bye. Assalamualaikum, sayang sayang. Muahh! " Mikhail terus menamatkan panggilan lalu berlari ke arah sebuah kereta hitam yang tidak jauh dari sana.

Pintu kereta itu dibuka oleh seseorang, Mikhail terus masuk lalu menutup pintu. " Macam mana? " soal seorang lelaki yang sudah sedia memakai baju kalis peluru. " Ada bunyi tembakan. Tak pasti apa yang jadi sebab mereka di dalam bilik. " jelas Mikhail. " Ok. Daus dan Faris awak ikut saya. James awak tinggal sini dengan Mikhail. " katanya, mereka bertiga bergegas turun dan menuju ke rumah itu. Mikhail memerhati mereka dari dalam, kemudian handphone nya berbunyi lagi. Nama " Niya My Wife " terpapar di skrin, Mikhail teragak-agak untuk menjawabnya. " Jawab ja lah. Jangan risau. " kata James yang berada di tempat duduk pemandu, Mikhail akhirnya menyambungkan panggilan.

" Abang, abang di mana? " Niya sedang mundar mandir di hadapan bilik rawatan Riyan, tak tenang hatinya mendengar bunyi tembakan sebentar tadi. " Abang ok. Janganlah risau. ", " Abang ok. Tapi abang di mana? Sayang call mama, papa, ibu, ayah, ka Emma abang Luqman semua tak dapat. " kata Niya. Mikhail hanya diam mendengar kata-kata Niya, " Abang cakap ja lah. " Abang di mana tu? Sayang risau lah. ". " Abang nak selamatkan Ka Emma. Ka Emma kena culik. " bagai terhenti seketika masa mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Mikhail.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now