Niya menggalas beg sekolahnya di belakang, Mikhail datang menghampirinya. Niya menoleh ke kiri, " Nah. " Mikhail menyerahkan beberapa keping kad jemputan perkahwinan mereka. Niya menyambut kad tersebut, dia meneliti satu persatu nama jemputan itu. Mikhail masih berdiri di hadapannya, Niya melihat tepat ke mata Mikhail. " Apa? " soal Niya, Mikhail tersentak, dia mengalihkan pandangannya. " Huh! " Mikhail dan Niya memandang Luqman yang berada di hadapan pintu.
" Dah tak payah nak bercekerama sangat! Jom jalan, kata hari ni nak pergi sekolah sama-sama kan? " kata Luqman sambil memakai kasutnya, " Pergi sekolah sama-sama? " Niya memandang Mikhail. " Kau kena bersedia, sebab hari ni mungkin kita akan jadi gossip dan bahan berita wartawan tak berbayar di sekolah tu. " kata Mikhail, Niya mengangguk. Mereka berdua masuk ke dalam kereta Luqman. Kereta Luqman bergerak membelah jalan raya, destinasi pertama mereka adalah sekolah Niya dan Mikhail.
Tiba sahaja di sekolah, tiba-tiba Niya terasa gementar hendak turun dari kereta. " Kenapa? " Niya tersentak, dia memandang Mikhail dengan wajah yang hendak menangis. " Apasal kau nak nangis ni? " soal Mikhail, " Aku takutlah. Nanti apa dorang cakap? Muda-muda dah nak kahwin. Gatal sangat nak kahwin tu semua macam mana? " kata Niya. " Apasal kau ni bengong sangat? Dah, dah! Jom turun lambat nanti. " Mikhail membuka pintu kereta lalu menolak beg Niya, kaki Niya memijak bumi. Semua mata yang ada di bus stop, yang baru turun dari kereta dan yang hendak berjalan masuk ke dalam sekolah mencuri lihat mereka. Niya menundukkan wajahnya, " Jalan! " Mikhail menolak lengan Niya.
Niya berjalan selangkah demi selangkah, kemudian dia menyedari yang Mikhail berjalan disisinya. Dengan muka lagak sombong itu, sudah cukup menghairankan Niya. " Tak takut kah budak ni? ", " Apasal dia rilex ja? " soalan-soalan ini bermain di fikiran Niya. " Pandang depan nanti terlanggar apa-apa baru tau. " kata Mikhail, Niya memandang ke depan. Mereka berdua masih senyap, angin bayu yang sejuk tiba-tiba menjadikan suasana romantik, dengan dedaun kering di atas jalan, cuaca yang redup dan tenang sahaja keadaannya. Suasana ini sudah membuatkan Niya terbayang-bayang cerita romantik Korea, eh, eh, jauh pula dia berangan. :)
" Niya. " Niya memandang Mikhail, " Pandang depan, jangan tengok aku! " Niya mengalihkan pandangannya ke depan semula. " Ada apa? " soal Niya, " Mulai hari ni, kau jangan jalan di depan, atau di belakang aku. " kata-kata Mikhail kedengaran sedikit pelik, tapi sudah menggetarkan hati Niya. " Lepas ni, sentiasa berjalan di sisi aku, tak kira dalam susah atau senang. Kau dan aku kena sentiasa bersama, tak ada apa yang kena kau takutkan lagi. Sebab aku akan sentiasa berjalan di sisi kau, pegang tangan aku bila kau takut, panggil aku bila kau susah, jangan bersendiri bila kau sunyi, peluk aku bila kau rasa tak terdaya. Sebab aku akan sentiasa ada untuk kau, lepas hubungan kita dah halal. Dan janji, jangan sembunyikan apa-apa dari aku, jangan berpaling bila aku tanya, sebab mulai sekarang aku adalah diari kau. Ingat semua tu. Janji tau? ".
Jap-jap tu ayat cinta erk? Hahaha, sebab pipi Niya dah merah dah ni. Malu-malu kucing jadinya. Niya menarik nafas lalu dihembusnya, dia sudah yakin untuk mengangkat muka.
" Bila aku jatuh, jangan lupa sambut. Bila aku lemah, bagi aku semangat. Sebab cuma kau, yang boleh buat semua tu untuk aku. Pastikan kau sentiasa ada bila aku takut, sentiasa bersedia bila aku susah, dan sentiasa di sisi aku bila aku tak terdaya. Hapuskan air mata aku dengan tangan kau bila ia mengalir, sebab cuma tangan kau yang boleh hilangkan semua air mata aku. " Niya tersenyum, Mikhail turut tersenyum. " Simpan sikit ayat kau tu, nanti aku tak ada ayat nak cakap. " kata Mikhail, " Kenapa? Takkan dah kebuntuan idea? Aku baru nak panas. " kata Niya. Mikhail tersengih, mereka terus berjalan hingga tiba di kelas. Walaupun dipandang oleh setiap mata di jalan, di tangga, dan di lorong jalan itu.
" Assalamualaikum. " Niya dan Mikhail melangkah masuk ke dalam kelas 5 Ino, " Waalaikumsalam eh, Niya Mikhail! Morning. " kata Hafsirah. " Morning Niya, Mikhail! " sampuk Jimi, " Ehem jalan sama-sama nampak. " Achai mula mengusik. Mikhail menyerahkan sekeping kad jemputan di tangannya kepada Achai, " Tahniah, kau orang pertama yang dapat. " kata Mikhail. Achai membuka kad itu, mereka yang lain mula menyibuk untuk melihat isi kandungannya. Kad jemputan di tangan Niya dan Mikhail mula diedarkan, semasa mengedarkannya, Mikhail sempat mencuri lihat Niya.
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...