Bab 3:Sabarlah Niya

6.7K 197 9
                                    

Niya duduk di meja soleknya selepas selesai solat isya',dia menyikat rambutnya dan mengikat rambutnya dengan gaya yang agak selekeh. Maklumlah nak masuk tidur dah kan..Niya duduk di meja belajarnya lalu mencapai buku latihan mate matik.Dia mendengar lagu sambil menyemak kembali kerja rumah matematik nya.

"Wow fantastic baby~Dance~U~ I wanna dance dance da dance~" amboi siap menyanyi lagi,kalau rentaknya betul tak apa lah ni tung gang langgang hahaha!!Niya asyik menyanyi sehingga dia teringat soalan Rina petang tadi.Dia mendagu pada meja,matanya berputar 360°."Apasal dengan aku ni?Kenapa aku mau sangat bela diorang tu tadi ah?"bisik Niya,dia menutup buku latihan matematik nya lalu baring di katil.Posisi Niya dah macam badan udang sekarang, ke..Niya ni udang?Hahaha...sweet dream Daniya Nur Maizarah :)

Pagi Isnin di sekolah~

Cikgu Syawal baru sahaja keluar selepas subjek sains sebentar tadi, Niya asyik mengeluh pada hari ini. Rina yang perasan akan kelakuan Niya tidak penat bertanya "Kau Ok Niya?""Niya,kau kenapa?Sakit erk?" "Niya nak aku teman kau pergi bilik kesihatan?""Niya kau Ok tak ni?" begitulah bentuk-bentuk soalannya.

Masa kelas keempat merupakan kelas Sejarah,Cikgu Ryzal memasuki kelas 4 Ino dengan beberapa helai kertas di tangannya."Ok,ni hari ujian.Sila jarakkan meja"kata Cikgu Ryzal, semua murid mengeluh apabila di umumkan pasal ujian tersebut."Niya ni hari ujian lah!Kau ada baca buku kah?"tanya Hafsirah,Niya hanya diam tanpa memandang Hafsirah.

Hafsirah memandang Rina yang sedang menjarakkan mejanya dari meja Niya."Napa tu?"tanya Hafsirah, Rina hanya menggelengkan kepala kerana tidak tahu sebabnya.Sebenar nya.... Niya pun tak tahu kenapa dia asyik mengeluh.Semasa kertas soalan di agihkan,Niya langsung tak berminat tentangnya,maklumlah dia bukan suka sangat belajar pasal sejarah ni sebenar nya ish..ish..ish.. .Kalau ujian memang cuba nasib je lah.Tambahan pula mood dia sekarang tak tentu arah,kenapa erk?

Niya hanya pandang sekilas soalan tersebut,apa yang dia rasa itu jawapannya itu lah yang dia bulat kan,dan itu lah juga yang di tulis. Hentam keromo je lah Niya jawab, lebih kurang 10 minit Niya selesai menjawab.Entah betul kah tidak yang di jawab tu tak tahu lah,Umi yang berada di tempat duduk kiri nya melihat Niya sudah selesai menjawab.Umi mengeluh kerana dia tahu sangat perangai kawan dia yang sambelewa masa menjawab. Bukan Niya tak usaha,cuma tu je dia mampu buat.

Masa tinggal 10 minit je lagi,ramai juga yang dah siap.So,Cikgu Ryzal kutip lah kertas diorang,lepas tu semak lah.Mata Rina tak habis-habis memerhatikan tangan Cikgu Ryzal yang sedang menyemak kertas mereka.Pelajar dalam kelas tu 19 je, cepatlah cikgu tu menyemak.Bila sampai je kertas Niya,Cikgu Ryzal memandang semua jawapan Niya. Dahinya berkedut apabila melihat nya.

Niya faham maksud Cikgu Ryzal,apa lagi confirm banyak salah lah tu. Tapi,Niya terima je keputusan,dia tahu subjek Sejarah tu bukan kema hiran dia.Apa yang dia tahu, tulis-tulis,selesaikan masalah nombor-nombor,salin nota pendidikan Islam,bersukan dan menghentam masa menjawab haha...

"Baik cikgu akan agihkan kertas kamu ni dan kamu tengoklah markah kamu sendiri"kata Cikgu Ryzal,dia asyik memandang Niya. Niya tak suka di pandang lama-lama jadi dia pandang je lah lantai di bawah meja dia tu.Rina pula asyik risau pasal markah dia,sebab semalam dia tak ada baca buku sejarah.Banyak juga yang dia hentam masa menjawab tadi.Satu persatu nama mereka di panggil untuk mengambil kertas."Rina!"

"Dup Dap Dup Dap.."laju je jantung Rina berdenyut masa nak ambil kertas dia yang di tangan Cikgu Ryzak tu,bila dah dapt tu.Fuh,tuhan je tahu macam mana rasanya, alhamdulillah Rina lulus dengan markah 90%.Rina duduk sambil tersenyum di tempat nya,dia memandang Niya.Niya kelihatan tidak bermaya dan mengeluh lagi dan lagi dan lagi.Rina risau akan rakannya itu,apa yang mengganggu fikirannya pun entah lah.

"Daniya.."panggil Cikgu Ryzal,Niya bingkas bangun lalu menuju ke hadapan."Berapa lah markah aku ni?Ah,lantaklah"bisik hati Niya,Niya menghulurkan tangannya."Niya, congrats!"kata Cikgu Ryzal,"Apasal cikgu ni?Nak sindir aku erk."bisik hati Niya.Niya mengambil kertas tersebut,dia melihat markah nya. "Jeng..Jejeng...""100%!"teriak Niya, setiap mata di dalam kelas seperti tak percaya apa yang telah di kata kan Niya."Cikgu ni biar betul!Ke cikgu nak main kan saya?"tanya Niya,matanya terbeliak di saat bertanyakan soalan tersebut pada Cikgu Ryzal."Betul lah Daniya,tak kan nak tipu kamu pula?"kata Cikgu Ryzal sambil tersenyum lebar,Niya masih tak percaya.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now