Bab 13:Luka

2.9K 128 3
                                    

Setelah seminggu menjalani exam, kini tibalah masanya untuk menerima keputusan mereka. Sekolah Niya hanya membuat Mini MAKEM pada pagi Selasa di perhimpunan rasmi mereka.

Macam biasa, Niya tak adalah tinggi sangat, jadi dia berada di bahagian tengah barisan perempuan. Rina dan Hafsirah yang tinggi lampai berada di barisan belakang. Fira, Jura dan Elly berada di belakang Niya. Umi sebagai pengawas berada di tempat sepatutnya dia berkawal, Li Lien pula breada dua barisan di hadapan Hafsirah dan Rina. Azlin berada di  barisan belakang tingkatan 5 perempuan.

Lelaki? Achai dan Jimi berada di barisan paling-paling belakang, Zaid dan Yusry berada di barisan tiga dan empat. Bukan pendek, masalahnya ada yang lagi tinggi, macam galah entah makan apa diorang. Naim macam biasa berada di barisan sebelah Fira. Naim sepatutnya di depan Mikhail, tapi memandangkan Fira agak tinggi juga di kalangan pelajar tingkatan 4 perempuan terpaksalah Naim meninggikan dirinya. Tapi Naim lagi tinggi daripada Fira, macam galah juga. Makan apa? Makan apa? Tak tahu lah..

Mikhail? Tinggi dia dengan Niya lebih kurang, jadi dia sebaris dengan Niya. Senang lah dia nak mengusik Niya. Ketika guru yang bertugas pada minggu lepas sedang berucap di pentas, sempat lagi Mikhail mengacau Niya. Dia menarik-narik sisi tudung Niya, Niya membalasnya dengan mencubit lengan kiri Mikhail. Memang selalu macam ni, budak berdua ni memang tak dapat di halang.

Setelah itu, guru yang bertugas pada minggu ini tampil ke hadapan, masanya untuk mengumumkan pemenang tempat pertama, kedua, ketiga. Degupan jantung Rina memang sepantas kilat, tapi Mikhail dan Niya masih mengacau sesama sendiri.

" Niya! " panggil Mikhail, " Apa? " kata Niya. " Kita lawan mau? " cadang Mikhail, " Lawan apa? " soal Niya. " Siapa kedudukan dia lagi tinggi dia menang, kalau kalah kena denda. " jelas Mikhail. " Ok bah, siapa takut? " Niya menyahut cabaran Mikhail, " Ok, siapa inda buat denda jangan bertegur seminggu! " tambah Mikhail. " Ok! " kata Niya penuh semangat.

" Bagi Kelas tingkatan 4 Inovatif tempat ketiga.. " Mikhail dan Niya ternanti-nanti, mereka saling berpandangan. " Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir " , Niya naik ke atas pentas. Dia menerima sijil dan button batch untuk tempat ketiga. " Tempat kedua.. " Niya menjeling ke arah Mikhail, Mikhail hanya menjelirkan lidahnya. " Mohd Syahril Mikhail Bin Dato' Sulaiman " terkejut Niya, Mikhail terus menaiki pentas.

Dia menerima sijil dan juga button batch, Niya menghentak kaki kanannya kerana geram. " Cis! " kata Niya, Mikhail memasuki barisannya semula. Mikhail memandang Niya, Niya membuat muka menyampah.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Niya duduk di sisi Mikhail, Mikhail sedang menikmati ais krim Drumstick perisa vanilla. Suasana romantik di pantai Tanjung Aru pada waktu petang menghangatkan suasana. " Kenapalah aku kena benda ni? " bisik hati Niya.

Throwback

Selesai sahaja perhimpunan rasmi, Niya berjumpa Mikhail di tangga lelaki. Muka jahat terukir di wajah Mikhail, Niya membuat muka menyampah. " So, apa denda dia? " soal Niya, Mikhail merenung tajam mata Niya sambil tersenyum nakal. " Apa kau nak? " Niya menolak Mikhail, Mikhail berpaut pada palang tangga.

" Oi, rilex lah! Emo! " kata Mikhail, dia membetulkan necktie nya. " Aku taulah kau handsome tak payahlah nak goda aku. " bisik hati Niya. " Ok, denda dia, kau mesti keluar jalan-jalan dengan aku sebanyak 3 kali! " kata Mikhail. Terbeliak mata Niya, " Oi, kau biar betul! Kalau aku tak dapat? " kata Niya. " I don't care! Aku akan tunggu sampai kau dapat. Sampai 3 kali! " kata Mikhail.

Niya mengeluh, " Jangan mengeluh! Kalau tak tunaikan janji jangan tegur aku seminggu! " kata Mikhail. Dia berlari naik ke kelas, " Oi, Mikha! Mikha! " teriak Niya. Mikhail tidak menghiraukannya, Niya menghentak kaki kerana berasa geram.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now