Anita turun dari teksi yang berhenti di hadapan rumah Sofiya, di tangannya terdapat mangkuk tingkat. Dia mengetuk pintu rumah Sofiya, " Assalamualaikum Sofiya, Sofiya! Ni aku Ita! " kata Anita. Sofiya membuka pintu rumah nya, " Waalaikumsalam. " jawab Sofiya. Dia membenarkan Anita masuk ke dalam rumahnya.
Rumah Sofiya penuh dengan lukisan-lukisan yang dilukisnya, ini kerana melukis ialah hobi Sofiya. Anita duduk di sofa Sofiya yang lembut dan empuk itu, maklumlah anak orang kayakan. " Kau macam mana? Ada perubahan tak? " soal Anita, Sofiya menggeleng sambil tersenyum. " Kau tak makan ubat tu kah? " soal Anita, Sofiya duduk di hadapan lukisannya. " Kalau dah sampai ajal, aku tetap akan pergi juga Nita. " kata Sofiya. " Sofiya, kita pun mesti usaha. Siapa tau boleh sembuh? " nasihat Anita.
Sofiya melukis lukisan potretnya, " Aku redha Nita, kalau takdir aku begini aku terima. " kata Sofiya. Anita berdiri dekat dengan Sofiya, " Aku tak nak kehilangan sahabat macam kau! " kata Anita. Air mata mula mengalir, Sofiya mengesat air mata Anita. " Kau jangan nangis bila aku dah tak ada di dunia ni nanti. Kau boleh cari sahabat lain, tapi jangan lupakan aku. Aku takkan lupakan kau, sebab kau sahabat aku dari aku kecil lagi Nita. " kata Sofiya.
Anita menjadi sebak, dia memeluk Sofiya, Sofiya membalas pelukan itu. " Kau tetap sahabat aku! " kata Anita dalam keadaan sedu sedan itu, Sofiya hanya mampu tersenyum. Perlahan-lahan, darah mengalir keluar dari mulutnya. Matanya di tutup rapat.
Pada malamnya di rumah Fira, suasana meriah dihiasi belon-belon dan makanan untuk party hari jadi. Ramai rakan-rakan sekolahnya yang hadir, begitu juga datin-datin dan dato'-dato' yang merupakan rakan-rakan ayah dan ibunya.
Fira merupakan anak yang kaya dan manja, hidupnya penuh dengan wang dan harta. Walaupun perangainya agak gedik dan mengada-ngada, tapi dia tetap seorang yang baik dan solehah. Cuma dia belum sempurna dari segi menutup aurat, oleh sebab itu dia berkawan dengan orang-orang seperti Niya, Umi, Rina dan yang lain-lain. Supaya dia lebih mendalami ilmu agama. Naim juga selalu berkongsi ilmu agama dan menyuruhnya menutup aurat, tapi hatinya belum terbuka untuk memakai tudung.
Jam menunjukkan pukul 7 malam, Mikhail dan Naim baru tiba di perkarangan rumah Fira. Naim kelihatan nervous, ini merupakan kali pertama dia datang ke rumah bakal mentuanya. " Mikh! Aku Ok tak? " soal Naim, " Ok, kau jangan takut lah! " jawab Mikhail. " Aku nervous lah Mikh! Ni rumah bakal mentua aku ni! " kata Naim, dia meloncat-loncat untuk melepaskan nervous nya.
" Rilex lah! Kau ni, gelabah semacam! Selalunya kau Ok ja. " kata Mikhail, " Arrghh! Aku takut!! " kata Naim. " Sudah, jom! Aku lapar! " kata Mikhail, dia mengheret Naim ke dalam rumah Fira. Achai, Zaid, Yusry dan Jimi sedang menjamu selera, Mikhail dan Naim mendekati mereka. Naim kelihatan sedang mencari-cari Fira. Dia terpandang Hafsirah, Jura dan Rina.
" Mana pula perginya buah hati aku ni? Tak nampak pun. " bisik hati Naim, " Naim! " suara jeritan Jimi mengejutkannya. " Ha.. ha.. Apa? " kata Naim, " Kau tak nak makan kah? Mikhail dah pergi tu! " kata Jimi. " Eh, kurang asam! " kata Naim, dia mendapatkan Mikhail. " Oi! " jerit Naim, Mikhail terkejut. Nyaris sahaja ayam gorengnya jatuh tergolek, kalau tidak kempunanlah dia nak makan ayam yang gebu lagi menyelerakan itu. Tak pasal-pasal batu belah batu betangkup~
" Ish, lain kali bagi salam lah! " marah Mikhail, " Hmmp! Apasal kau tinggalkan aku? Aku pun nak makan lah! " Naim mencebik. Serupa macam budak-budak tadika, tapi still nampak comel. " Eleh, kau sibuk cari Fira, aku blah lah! " kata Mikhail, " Tapi aku nak makan juga! " Naim mencubit pipi Mikhail. " Oi, lepas arh! Macam gay kau tau? " Mikhail menepis tangan Naim, Naim sedang melakukan mata ke atas tangan ke bahu.
" Naim! " panggilan seorang perempuan yang cukup dikenalinya dari arah belakang, Naim segera menoleh. Dan Wow! She look so beautiful! Fira memakai dress warna merah muda dan selendang warna merah hati supaya kelihatan kontra dengan dress tersebut. Terpana Naim melihat Fira, " Awek aku ke ni? " bisik hati Naim. " Naim! " Fira memukul lengan Naim, Naim tersentak.
" Ya sayang? Eh, ya Fira? " kata Naim gagap, Fira ketawa kecil. Lagilah buat Naim malu-malu kucing. " Adoi tesasul pula! " rungut Naim dalam hati, " Naim Ok tak Fira pakai macam ni? " soal Fira. Jelas menunjukkan muka tidak senang hati pada wajah nya. Naim tersenyum manis, " Ok, cantik lagi. Naim suka tengok. " kata Naim. Fira tersenyum, " Ehem, aku duduk dulu ye.. " sampuk Mikhail. Dia menuju ke arah rakannya yang lain.
Suasana senyap sebentar antara Naim dan Fira, tak selalu begini. Maklumlah, mungkin sebab perubahan drastik Fira, menjadikan mereka agak kekok. Macam first time jumpa dulu~ ;)
Tapi, apa yang menyebabkan pintu hati Fira terbuka untuk memakai tudung??
Throwback~
Niya dan rakannya yang lain berjalan-jalan di One Borneo itu, orang ramai membanjiri bangunan tersebut. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Rina, Umi dan Hafsirah berlari memasuki sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis tudung dan selendang. Tengah sale pula tu, mana boleh lepaskan peluang.
Niya dan Fira masih tercegat di luar kedai itu, Niya memandang Fira. Dia kelihatan agak gelisah, " Fira, kenapa? " soal Niya. " Aku.. " Fira tergamam, dia memandang kerusi yang disediakan untuk pengunjung di shopping mall itu. " Duduk dulu jom! " ajak Fira, mereka menghampiri kerusi itu.
Setelah Niya dan Fira duduk di kerusi itu, suasana senyap seketika. " Fira, ceritalah! " kata Niya, Fira meraup wajah nya. " Aku sebenarnya malu nak keluar dengan korang semua. Sebab cuma aku ja yang tak pakai tudung. " kata-kata Fira menyentak Niya, tidak sangka itu yang Fira fikirkan sepanjang mereka berkawan. " Kau tak nak try pakai tudung? " soal Niya, " Aku pernah nak memcuba, tapi niat tak pandai sampai. " jawab Fira.
" Fira " Niya menepuk bahu Fira, Fira memandangnya. " Tak salah kita nak berhijrah dari baik kepada yang lebih baik. Kalau kau dah pasang niat, cubalah sampaikan niat kau tu. Niat kau dah baik pun, kau dah dapat satu pahala. Bila kau buat niat kau tu, lagilah berganda pahala kau. " kata Niya. Air mata bertakung di birai mata Fira, " Thanks Niya sebab bagi aku dorongan. " kata Fira.
" Sama-sama. Tapi, lepas ni, kau cuba lah buat niat kau tu. Sebab, kesian papa kau, dosa kau dia yang tanggung. Lagi satu, kebanyakan lelaki lebih suka kalau bakal isteri dia tutup aurat. Iyalah, tak lah nanti diorang nak tanggung dosa isteri dia banyak-banyak. " kata Niya, senyuman manis terukir di bibirnya. " Naim memang ada suruh aku pakai tudung. Cuma aku tak nak dengar sebab kurang selesa dengan teguran dia. Mungkin sebab dia takut nak tanggung dosa aku nanti. " kata Fira, " Sebab tu lah, kau kena berusaha untuk berubah. Naim sayang kau, Sebab tu dia nak kau berubah. " kata Niya.
End throwback~
Hafizah ketika ini berada di rumah Farid, dia duduk di dalam bilik Farid. " Sayang tak nak pulangkah? " soal Farid, Hafizah menggeleng. " Tak nak! Kalau sayang pulang, sakit mata sayang ni tengok muka anak pungut tu! " kata Hafizah. " Tapi, mama dengan papa sayang? " kata Farid, " Ish, bie ni kenapa? Nak suruh sayang balik ja dari tadi! Sayang tak naklah! Sayang nak tidur sini malam ni! " tengking Hafizah.
Farid terdiam seketika, " Oklah, sayang tidur sini biar bie tidur di luar. " kata Farid. " Pedulilah kau! " tengking Hafizah, dia terus melelapkan matanya lalu menekup wajah nya dengan bantal. Farid kemudian menuju keluar, kelihatan kelibat adiknya di depan pintu. " Nita. " kata Farid, Anita memandang Farid.
" Apasal abang masih dengan perempuan tu? Abang tak sakit hatikah? Dia tu mata duitan lah! " kata Anita, Farid menekup mulut Anita. Dia membawa Anita jauh dari biliknya, mereka berada di ruang tamu. " Adik, jangan cakap macam tu. Tak baik. " kata Farid, " Kenapa abang sanggup bertahan sedangkan dia tu kejam pada abang. " kata Anita. " Bagi abang, tak ada yang lagi penting selain melayan wanita yang dicintai. Biarlah dia sekejam mana, asalkan abang dapat tengok dia happy. " kata Farid. Anita menuju ke bilik nya dengan langkah yang geram.
Farid, nama sebenarnya ialah Tengku Mohd Farid Shazwan. Dia merupakan abang kepada Anita. Berumur 23 tahun Seorang yang kaya raya dan mempunyai syarikat sendiri. Ibu dan ayahnya tinggal di Amerika, mereka mempunyai syarikat sendiri di sana. Memandangkan ibu dan ayahnya jarang ada di Malaysia, dialah yang menanggung segala keperluan Anita.
Farid seorang yang baik hati dan penyayang, sekalipun dia selalu disakiti oleh Hafizah. Anita sering kali menasihatinya agar tidak memanjakan Hafizah, namun tidak pernah didengarinya nasihat Anita itu. Baginya Hafizah adalah calon isterinya yang terbaik.
Tamat Bab 15:Hijrah
#IamSabahan
YOU ARE READING
My Lovely Crush❤
Teen Fiction"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syakir!" Tersentak hati kecil Niya apabila mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang di sayanginya. "Siapalah aku setakat anak pungutkan?!" ...