PEMINDAHAN kali ini berjalan dengan lancar. Setelah kematian sang suami, ini ialah kali yang kedua, dia berpindah. Pemergian suami tercinta, digantikan dengan anugerah terindah iaitu Aisya Humaira.Solat sunat hajat dilangsungkan di esok hari. Ini kerana rumah yang baru dimasukinya ini sudah terbiar lama.
"Umai, sini kejap" gamit puan Suraya kepada Aisya yang ralit menonton tv.
Aisya segera berpaling bila dipanggil ibunya. "Ya ibu, nape?" Kalih perhatian memandang ibunya.
Tersenyum kecil puan Suraya melihat gelagat anak perempuannya. Cute sangat!
Dengan mata berwarna begitu. Biarlah dikatakan cacat, tapi baginya itu satu keistimewaan buat anaknya.
Haih, terpuji anak sendiri. Uhuks!
"Esok rumah kita nak buat solat sunat hajat. Jadi ibu nak Umai pakai baju kurung, boleh ya sayang?" ujar puan Suraya lembut. Tangan anaknya diusap.
"Kenapa bu, kalau umai nak pakai baju lain tak boleh ke?" tanya Aisya dengan mata sengaja dibulatkan.
"Bukan tak boleh tapi tak manis sebab esok orang masjid datang, tak elok la kalau umai pakai baju lain. Bukan umai sorang je pakai baju kurung. Ramai yang pakai, ibu pun pakai. Tapi ibu punya sama dengan umai, kita pakai ye?" nada yang digunakan sungguh lembut.
Bukan taknak bagi tapi semua baju tu alahai~ cekci angat!
Auch!
"Kalau macam tu okey la, umai ikut jer. Ibu ada nak cakap lagi?" segera puan Suraya menggeleng.
"Kenapa umai?" soal puan Suraya hairan.
"Takde la, kalau macam tu umai nak sambung tengok story. Boleh?" tersenyum puan Suraya dengan anaknya. Tak padan dengan umur 5 tahun tapi mulut dah macam orang besar bercakap. Alahai anak~
Mendapat anggukan dari puan Suraya segera dia berpaling kearah tv.
"Nanti habis story ni umai tidur ya?" Aisya hanya mengangguk tanpa berpaling.
"Suis jangan lupa off, ibu sleep dulu." Aisya mencantumkan jari telunjuk dan ibu jari membentuk ok.
Puan Suraya bersyukur memiliki anak yang petah berkata, memahami, menghormati, mendengar kata, matang walaupun tidak kena dengan usianya.
Tapi ada juga sisi lainnya iaitu gedik, manja dengan orang yang disukainya. Tidak kira baru kenal atau sudah lama? Lelaki atau perempuan? Semua dia bedal. Pakaian pula tak usah di cakap semua cekci. Tetapi manjanya hanya orang yang disukainya.
AISYA HUMAIRA terjaga bila azan yang berkumandang kedengaran jelas dihalwa pendengarannya. Bahu ibunya digoncang perlahan.
"Ibu bangun...." tangan setia menggoncang bahu ibunya. Dua kali percubaan, baru ibunya bangun.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Teen Fiction"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...