TELEKUNG dibuka dan disangkut pada tempatnya. Aisya yang baru naik katil dipandang sekilas. Lepas balik dari rumah datin Amy terus mereka menunaikan solat maghrib. Jenuh juga memujuk anak daranya balik. Bila Luth Zafran yang pujuk cepat saja nak balik. Sayang sangat dengan Luth Zafran dia tu.Badan dibawa ke bilik kerjanya. File yang perlu ditandatangani nya dibaca satu persatu dengan penuh teliti. Setelah agak lama menekup, Puan Suraya meregangkan lehernya sehingga terhasil bunyi lekukan, seketika dia mengeluh perlahan.
Penat.
Langkah dibawa kebiliknya. Kepala digeleng apabila melihat Aisya yang tidur terkangkang diatas katil.
Aduyai~
Kedudukan Aisya dibetulkan seraya menarik selimut sehingga ke perutnya. Bilik air dituju untuk mencuci muka dan mengambil wudhuk. Selesai itu, segera puan Suraya menunaikan solat isya'. Selesai sahaja terus dia membaringkan tubuhnya bersama Aisya
Puan Suraya terjaga dari tidurnya kerana terdengar laungan azan. Jam diatas night stand dipandang sekilas. 5.45 pagi. kemudian kepala ditunduk untuk melihat Aisya yang berada di dadanya. Perlahan lengan anaknya yang berada di pinggang dirungkai. Langkah kecil diatur ke bilik mandi. Selesai menunaikan solat subuh, kaki bergerak ke katil semula.
"Umai, bangun sayang" bahu anaknya digoyang lembut. Aisya mula merengek apabila tidurnya diganggu. Tangan ibunya ditepis lembut. Puan Suraya menarik lembut Aisya untuk bangun.
"Bangun umai, mandi, solat. Ibu nak buat breakfast kejap" pesannya kepada Aisya tatkala Aisya sudah berdiri dibirai katil. Aisya angguk seraya kaki melangkah ke bilik mandi. Puan Suraya turun ke tingkat bawah.
Kira-kira 20 minit, Aisya mengorak langkah ke dapur.
"Morning, bu" pinggang puan Suraya dipeluk kemas.
"Morning" api dapur ditutup. Bihun disenduk kedalam mangkuk kaca.
"Jom" Aisya menbontoti langkah ibunya ke meja makan.
"Umai duduk dulu. Ibu nak ambil air kejap" mangkuk kaca diletakkan dan dia melangkah semula ke dapur untuk mengambil air.
Puan Suraya kembali dengan menatang teko kaca. Punggung dihempas sebelah anaknya. Bihun diceduk kedalam pinggan dan dihulur kepada Aisya.
"Nanti balik umai tumpang mama ya? Ibu tak dapat nak ambil" katanya sambil menyuap bihun kemulut.
"Kenapa?"
"Ibu ada kerja sikit. Nanti petang baru ibu datang ambil umai. Boleh?" soalnya kepada anak kecil itu. Aisya angguk bersama senyuman. Dah terbayang nak jumpa abang~
Selesai makan, Aisya berjalan ke pintu utama. Kasut sekolah dipakai sambil menunggu puan Suraya yang mengunci pintu. Kereta Honda Civic milik puan Suraya keluar dari perkarangan rumahnya.
Tangan ibunya dicapai dan dicium sebelum keluar dari kereta. Sempat puan Suraya mengusap lembut kepala anaknya. Aisya melambai kearah puan Suraya sambil menunggu Siti dihadapan pondok guard. 5 minit kemudian, kelibat Siti menjengah penglihatannya. Segera tangan melambai kearah Siti untuk memberitahu keberadaannya.
Sampai sahaja Siti dihadapannya, lengan Siti dipeluk erat seraya kaki menuju ke kelas.
"Awak bawa apa Harini?" soal Siti setelah melabuhkan punggung di kerusinya. Aisya geleng perlahan.
"Kita tak bawa apa-apa. Ibu kita rushing tadi" katanya dengan senyuman nipis.
Siti mengerutkan dahi. Kepala yang tak gatal digaru perlahan.
"Rushing tu apa?" tanya Siti polos.
Aisya tepuk dahinya perlahan sebelum tangan menggentel cuping telinga perlahan.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Roman pour Adolescents"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...