BAB52💜

13.2K 683 14
                                    


"HMM... macam tu je" tangan membelai lembut rambut panjang Aisya. Aisya angguk sekali. Kemudian bibirnya membuang keluh. Luth kerut dahi tatkala jelas terdengar.

"Why, hmm?" Dagu Aisya didongak keatas, menatap penuh wajahnya. Dalam tatapan Luth, memanah iris unik Aisya.

"Tapi-abang tipu Sya" terkilan. Dia tertipu selama 2 minggu ini. Luth mengeluh perlahan. Aisya bahagia namun terselit rasa terkilan.

"Aku tak tipu kau-a-aku just...."

"Still. Abang tetap tipu Sya. Sya terkilan" ujar Aisya berjauh hati. Ibu jari Luth yang mengusap bibirnya dikalih lembut.

Baru sahaja dia bangun, kini Aisya kembali terduduk dengan posisi berduduk diatas riba Luth. Aisya dia tak berkutik. Luth merengus sebal. Aisya ditarik masuk kedalam pelukannya dan pelukan dipereratkan, namun Aisya tidak membalas.

Luth diasak rasa bersalah tatkala Aisya hanya berdiam diri. Aisya yang dia kenal lain. Bukan macam ni. Pujuk sikit redalah, tapi ni?

Tak jalan!! Aduhai~

Wajah disembam pada leher Aisya sebelum Luth mengesel manja puncak hidung mancungnya disitu.

"Sya-aku takde niat pun nak tipu kau. A-aku just lupa?" gumam Luth perlahan. Aktivitinya yang satu itu masih lagi diteruskan.

Sepi.

Luth mengetap bibir dengan kebisuan sang isteri. Wajah diangkat. Iris Aisya ditatap dalam. Namun Aisya mengalihkan wajah kearah lain. Luth bertindak menarik wajah isterinya kerah dirinya semula.

Dia menikam kasih mata Aisya. Kasih yang tidak pernah ditunjuknya. Harini Luth jatuhkan egonya untuk seketul Aisya Humaira.

SSING!

Luth memejam erat matanya tatkala telinga dia berdengung kuat. Sisi rambutnya dicengkam kuat. Terkejut Aisya dengan tindakan Luth. Cepat cepat Aisya bangun dari duduknya. Belakang badan suaminya diusap perlahan bersama mulut terkumat-kamit berzikir dan selawat.

Tak tahu nak buat macam mana!!

"Erghh" Luth mengerang sakit. Rambut makin dicengkam kuat tanpa menghiraukan Aisya.

Zafran!

"See u soon" menyeringai si syaitan tersengih. Suka!

"Berambus!" Jerkah Luth tiba tiba. Aisya tergamam, serta merta tangan dijatuhkan pada sisinya. Bibir dikemam kuat, menahan esakan yang tidak lama lagi akan keluar.

Baru sahaja dia berpusing untuk melangkah pergi, Aisya terhenti tatkala lengannya disambar lembut oleh Luth. Aisya tidak berpaling kearah Luth.

"Stay" pinta Luth dengan suara berat. Masih berdengung.

"I need you"

Aisya menyeka perlahan air mata yang sudah mengalir. Bibir diketap kuat. Taknak Luth tahu dia menangis.

Dia terasa!

Namun kena cekalkan hatinya.

"Aira tak boleh mengalah tau. Abang Noah tahu Sya boleh. Sya pujuk Luth untuk buat rawatan eh? but now-I trust you can help him tanpa gunakan ubat"

"Maksud abang Noah?" Kurang faham Aisya dengan tutur bicara Noah.

"Macam ni, abang percaya yang aira boleh sembuhkan suami aira tanpa ubat sementara waktu ni-"

"Tapi kenapa? Aira bukannya doktor pun. Lagipun dah kenapa nak jump-ya! I know suami aira sakit. Ada DID but why me? Aira tak faham?"

Berkerut dahi Aisya. Noah melepaskan keluhan lemah sebelum badan dibawa bersandar pada penyandar kerusi.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now