"98, 99, 100"
Zafran bangun berdiri dan menuju kearah sofa yang terletak disudut kirinya, diambil tuala bersaiz sederhana kecil dan dilap peluh pada wajah, bahagian leher, dan badan tegap miliknya.
Tuala diletakkan dengan bersahaja dibelakang lehernya sebelum mula mencapai botol air mineral. Dibuka dan diteguk dengan perlahan. Seketika, deringan iphone miliknya menggamit deria pendengarannya. Terus dicapai dan ditekan ikon hijau setelah melihat nama pemanggil.
Alex.
Jejaka ini hanya menggumam 'hmm' menjawab sapaan si pemanggil.
"Aku rasa diorang nak keluar" beritahu Alex kepada Zafran. Mata masih setia memerhati kedua wanita yang berjalan seiring kearah garaj kereta yang berada dalam perkarangan rumah itu dari luar. Zafran mengangguk sekilas.
"Ikut dia" arah Zafran kepada jejaka berbangsa UK itu. Alex angguk sekilas.
"Oky" talian dimatikan dan diletakkan iphone miliknya diatas meja kaca tersebut. Duduk dilabuhkan dan terus mencapai kotak rokok. Dikeluarkan sebatang rokok berwarna hitam dan diselitkan pada bibirnya selepas sahaja dinyalakan api.
Zafran bersandar santai sambil mula mengeluarkan kepulan asap dengan banyak. Tersunging senyuman sinis dibibir merah pucatnya. Pada dasarnya, Zafran bukanlah seorang jejaka yang gemar merokok dan dia hanya merokok tatkala terasa mahu sahaja.
"We'll meet soon dear" gumam Zafran perlahan bersama bibir menyedut rokok itu dan sesaat kepala didongakkan dan dihembus asap rokok dengan banyaknya. Fikirannya seminggu ini sarat dengan kelibat sang gadis.
"Hmm—apa kata aku bagi—kau keluar pula, nak? Kesian kau lama tak tengok keindahan alam semesta" tuturnya perlahan kepada Luth.
"Tak boleh tak boleh, nanti kau jumpa budak tu--kau jadi—lemah!! Baik kau tidur je" Zafran mengangguk kecil seraya bangun dari duduknya dan mula melangkah keluar dari ruangan tersebut. Zafran tahu dia adalah sebahagian dari sisi jejaka ini dan Luth juga perlu keluar. Tetapi dia juga tahu seorang Luth sangat lemah dan tidak berdaya, lagi lagi bila berjumpa sang gadisnya.
Walaupun sama tetapi mereka berbeza. Jika Luth dingin, ada juga lemahnya. Manakala Zafran terlalu dingin dan kejam dan tidak pernah mudah jatuh lemah. Dan kerana itu, dia mengambil alih seluruh tubuh tersebut.
Langkah diatur pula kearah ruangan pejabatnya. iPad diambil dan dibuka emel, takut takut ada maklumat penting. Mata bergerak kekiri dan kanan membaca butiran tersebut bersama kepala mengangguk kecil.
Dibawa langkah kearah biliknya bersama tangan memegang iPad dan mata masih lagi membaca. Sampai sahaja di bilik, iPad diletakkan atas katil. Tuala kelabu yang tersidai diambil dan terus kedua kaki panjangnya bergerak kearah bilik mandian.
"NANTI habis meeting, kita singgah dekat kedai kek kejap ya?" Jenny mengerutkan dahinya. Dipandang cik mudanya yang baru sahaja berduduk dikerusi penumpang depan.
"Untuk aira ke?" soal Jenny penasaran. Setahunya baru semalam gadis kecil ini memakan kek. Takkan nak makan lagi.
"Bukan, aira nak bawa untuk mama" jawabnya tenang. Jenny membulatkan matanya besar dan memandang Aisya dengan riak tidak percaya.
What? Dia tak salah dengar kan? Haih!Perasan yang dirinya direnung, pandangan dikalih pada sisinya. Terundur Aisya tatkala wajah Jenny betul betul dihadapan mukanya tadi.
"Apa akak ni, terkejut aira. Dah kenapa akak duk tenung aira macam tu? Kenapa tak gerak lagi ni? Kita dah lambat la" Aisya mengalihkan muka Jenny supaya pandang kedepan semula. Cepat cepat Jenny angguk dan memasukkan gear. Kereta mula bergerak keluar dari perkarangan itu.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Fiksi Remaja"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...