"MAK! Apa ni?"
"Keluar! Aku taknak tengok muka korang. Keluar!"
"Sampai hati mak. Dengan man yang macam ni" puan Saleha cuba meraih simpati. Wajah mak Piah dipandang sayu.
"Aku tak kisah. Sekarang keluar!"
"Mak percaya lah apa budak tu cakap? Kalau dia tipu macam mana? Dengar lah dulu penjelasan m-"
"Aku tak nak dengar. Keluar!" cantas mak Piah laju.
"Opah taknak dengar penjelasan abang, tapi opah percaya dia? Wah wah~ baru je datang dah dapat kepercayaan op-"
"Aku lebih percaya diorang dari korang anak beranak! Yang fitnah si umai dulu, siapa? KORANG!! Dah, berambus dari rumah aku. Selagi aku tak dapat bukti yang man ni tak bersalah, jangan berani berani nak jejak rumah aku!"
Tempelak mak Piah tegas. Sudah! Dia dah penat dengan keluarga anak sulungnya itu. Masakan dia nak biar pisang berbuah dua kali.
Puan Saleha pandang mak Piah dengan pandangan tidak percaya sebelum perlahan dia terkekeh.
"Hahaha...baguslah tu, mak tunggu Leha buktikan yang man tak salah! Tapi diorang yang salah. Diorang yang fitnah man!"
"Mak tunggu bukti tu. Tapi mak takut kamu yang tak dapat datang" kata mak Piah yakin. Wajah Aiman yang berlebam ditatap kosong. Tadi ada juga rasa kasihan, tapi bila tahu puncanya. Terus hilang rasa itu.
Aireen mengetap gigi kuat bersama pandangan benci diberi kepada mak Piah. Tangan dikepal erat. Dia perlu cari jalan penyelesaian supaya rahsianya bersama Aiman tidak terbongkar.
"Shit! Sial punya perempuan!"
ZAFRAN meletakkan Aisya dengan berhati hati sebelum duvet ditarik sehingga keperut Aisya. Wajah tenang Aisya ditatapnya tanpa lepas. Buang keluh perlahan, dahi serta bibir yang sedikit bengkak itu dicium lembut.
Baru sahaja dia mahu bangun, rengekan Aisya membantutkan niatnya.
"Hiks-tak nak , tak nak" Zafran kacip gigi geram apabila mendengar Aisya meracau sambil kepala digeleng perlahan.
"Shhh....aku ada. Dah, tak de apa dah" dia cuba menenangkan Aisya dengan menepuk lembut belakang badan Aisya. Namun, makin menjadi racauan Aisya.
Tanpa buang masa, duvet ditarik ke bawah sebelum badannya turut dimasukkan ke dalam duvet. Badan Aisya ditarik merapat ke dalam pelukannya. Punggung Aisya ditepuk lembut bagai seorang bayi bersama bibir yang tak sudah menenangkan si isteri.
Tidak lama itu, kedengaran dengkuran halus bersama nafas yang sudah teratur tenang. Zafran menyelitkan rambut Aisya kebelakang telinga sebelum wajah itu ditatap sayang.
"Fucking shit 2 ekor adik beradik tu. Kau tunggu je apa yang aku akan buat"
Dia bukan bodoh! Dia tahu apa yang dimaksud oleh Zarif dan Noah dahulu. Sekarang dia rasa sayangnya makin bercambah di tambah lagi dengan kehadiran nyawa kecil dalam perut Aisya.
Serta merta tangannya menyeluk ke dalam baju Aisya dan menggosok lembut perut isterinya.
"Sayang jangan buat mama sakit ya? And papa pun janji tak akan sakitkan mama lagi. Papa akan jaga mama dengan sayang ya" dahi Aisya dicium lama sebelum dia juga turut hanyut dibuai mimpi.
AISYA tersedar dari tidurnya apabila terasa "sesuatu" melingkar kemas di pinggang nya bersama nafas hangat dilehernya. Perlahan Aisya menundukkan kepala sebelum "sesuatu" itu Chan untuk dialihkan namun semakin kemas pula.
Baru Aisya mahu merungkaikannya, satu suara menegur lembut.
"Kenapa Sya? Hm?" Tanya zafran. Kepalanya tidak sedikit pun diangkat malah mata juga tidak dibuka.
Aisya gigit bibir perlahan. Tak sangka Zafran akan terjaga.
Bila rasa tiada suara yang keluar, baru Zafran buka matanya perlahan. Wajah Aisya dicari.
"Kenapa ni Sya? Kau ada na—"
"Maaf Sya tak sengaja bangunkan abang. Sya nak minum air. Haus" bagitahu Aisya perlahan namun tetap jelas pada Zafran. Zafran hembus nafas perlahan. Gaya Aisya bercakap, dia tahu isterinya itu takut.
Badan dibangunkan dari pembaringan. Aisya juga ditarik untuk bangun, duduk disebelahnya. Kedua tangan Aisya diraih dan digenggam lembut.
"Meh"
tangan Aisya dipimpin hingga ke dapur. Aisya hanya senyap. Gelas berisi air yang dihulur Zafran diambil dan diteguk perlahan sambil mata memerhati Zafran yang merenungnya.
"Dah?" Mendapat anggukan Aisya, tangan dihulur untuk mengambil gelas.
"Sini" akur. Gelas bertukar tangan sebelum Zafran menghabiskan baki air tadi. Selesai semua, Zafran kembali duduk ditepi Aisya.
"Sya lain kali kalau nak apa-apa kejut aku. Jangan berani nak pergi sorang. Faham? Lain kali kejut je aku" pesan Zafran lembut. Kekura tangan Aisya diusap.
Aisya kemam bibir seketika sebelum dia mula membuka mulut. "Tapi— Sya takna...."
"No excuse!" Tekan Zafran tegas tetapi lembut. Aisya angguk perlahan bersama bibir dikemam lembut.
Zafran pagut dagu aisya supaya memandang nya.
Laju ibu jarinya menarik perlahan bibir Aisya sebelum digosok lembut."Sakit lagi tak?" Aisya terngadah. Buat seketika baru dia teringat kejadian ketika di rumah mak Piah. Perlahan kepala digeleng.
"Tak.." jawapan meleret dari Aisya membuatkan Zafran tarik nafas lega. Namun belum sempat, bunyi esakan Aisya membuatkan Zafran risau.
Badan ditunduk sedikit untuk melihat wajah Aisya. Kedua bahu Aisya dipegang lembut."Sya, Sya , sayang. Kenapa ni? Kenapa nangis?" Gelabah Zafran dibuatnya. Makin kuat esakan Aisya apabila merasakan Zafran memeluk dirinya.
Rasa seperti mustahil untuk zafran 2.0 berbuat sedemikian. Serasanya, Zafran lebih rela meninggalkan nya berseorangan disini, namun lain yang jadi.
"Shh....don't worry, ich bin bei dir(aku ada dengan kau)" perlahan dan lembut perkataan itu meluncur dari bibir zafran. Aisya pejam mata, menahan esakan. Kepala disandar lemah pada dada Zafran.
"Andai ini mimpi, jangan bangunkan aku ya Allah. Aku ingin kekal begini" itulah permintaan Aisya sebelum dia merasakan dunianya kelam.
Zafran yang merasakan lingkaran tangan Aisya jatuh, laju dia menjarakkan sedikit badan mereka untuk melihat keadaan Aisya.
"Sya? Sya?"
Bulat mata Zafran ketika dia sedar yang Aisya sudah tidak sedarkan diri.
"Fuck you Zafran!!!"
Aisya didukung dan dibawa ke bilik. Phonenya dicapai dan nombor doktor peribadinya didail.
"Ben, datang rumah aku sekarang! Now!" Tanpa sapaan, arahan tegas dikeluarkan. Tidak menunggu balasan dari pihak sana, talian terus dimatikan.
Fokus dikembalikan kepada Aisya. Tak lepas bibir yang selalu mengeluarkan kata-kata kasar itu memohon kemaafan dari sang isteri. Kekura tangan Aisya dikucup berkali-kali.
"Sya, pelase jangan tinggalkan. Please, please"
Done! Sorry ambik masa nk up. Sorry juga kalau hambar, idea tak datang. Typo roger ii
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Teen Fiction"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...