BAB25💜

13.8K 589 21
                                    


AISYA menatap hairan pada skrin iPhone miliknya. Nombor tidak dikenali.

Berkerut dahi licin Aisya, siapa pulak dah~

Lambat lambat Aisya menekan ikon hijau sebelum ditekapkan pada telinga kanannya. Senyap. Aisya melepaskan keluhan perlahan. Baru sahaja dia mahu menjauhkan iphone, kedengaran suara wanita memberi salam mula menarik perhatiannya.

Aik, macam kenal saja suara tu.

"Waalaikumussalam. Ya, kenapa?" soal Aisya perlahan. Suara macam kenal tetapi dia tidak dapat mengecam gerangan tersebut.

"Ni—aira?" soal si pemanggil pula.

Berkerut rapat kedua kening milik Aisya. Dah call nombor dia, dia lah yang jawab. Takkan hantu pula!!

"Ya—Ni siapa?" Aisya sempat mendengar si gerangan pemanggil melepaskan nafas lega.

"Alah--takkan la aira tak kenal akak" selepas meyakini gerangan tersebut, Zulaikha mula beriak selamba.

Aisya membulatkan kedua matanya dengan besar.

"Eh eh kak Zu ke? Kenapa call aira guna nombor pejabat? Aira ingat siapa la tadi" Zulaikha tersengih diseberang talian.

"Phone akak mati. Tu yang guna nombor butik ni" Aisya membuat mulut membentuk'o'seraya mengangguk kecil.

"Patutla~" Sepasang mata unik itu melirik sekilas kearah jam di pergelangan kirinya. 6.00 pm.

"Aik, akak tak balik lagi ke? Dah pukul 6 ni?"

"Eh tak. Akak dah balik tadi tapi datang balik sebab tertinggal barang. Lepastu teringat dekat aira, tu yang terus call tu dan kebetulan dengan phone mati pula" terang Zulaikha bersama kekehan kecil.

"Oh oky. Akak call ni-ada apa apa ke?"

" jumpa esok?" aisya mengangguk walaupun tidak dapat dilihat oleh Zulaikha.

"Boleh je" Zulaikha memberitahu lokasi untuk bertemu. Talian dimatikan setelah menjawab salam daripada Zulaikha.






ZAFRAN menggeliat kecil dengan kedua tangannya diangkat tinggi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAFRAN menggeliat kecil dengan kedua tangannya diangkat tinggi. Balik sahaja dari berbelanja dengan 'bakal tunang'nya, Zafran terpaksa berpatah balik ke mansion miliknya. Dia diberitahu oleh Mike bahawa gerangan yang mengkhianati kumpulannya dan syarikatnya adalah dari dua bos yang berbeza tapi tujuan yang sama.

Nak menjatuhkan dirinya. Dalam mimpi pun dia takkan bagi!

Hurh, perasan!!

Zafran menggeleng perlahan sambil tersenyum puas. Puas walaupun penat.

Jejaka itu disambut dengan penuh hormat dari orang bawahannya. Kaki melangkah santai kearah 3 orang kanannya dengan kedua tangan beruratnya dimasukkan dalam poket seluar.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now