BAB62💜

5.7K 227 14
                                    

"Tuan"

Kepala diangguk sekali, menyuruh orang suruhannya itu teruskan.

"Dari info yang kita dapat, perempuan bertudung tu isteri dia"

Darell buat muka. Interesting !

Sesaat, jejaka itu senyum senget. "Dah, kau boleh keluar"

Hilang kelibat orang suruhannya, dia duduk bersandar di sofa dalam pejabatnya itu. Kaki disilang santai diatas meja.

"Boleh tahan kau punya taste. But—i like it" dia terkekeh perlahan. Semua plannya seolah sedang berputar dimindannya.

Tak sabar !








Tak sabar !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ehem"

Noah berdehem perlahan, membetulkan suara sebelum memulakan bicaranya sekaligus mahu Zafran memberi perhatian kepadanya.

Angkat kepala sedikit, kening kanan diangkat sedikit.

"Hmm"

"Aku dah dapat PA baru untuk kau"

"good"

Noah juling mata keatas, menyampah dengan respon yang tidak seberapa dari Zafran.

"huh ! kau memang takleh bagi respon yang bernas sikit ke ?" marah Noah. Tangan dilipat pada dada tegapnya sebelum dia menyandar penuh pada sofa.

Zafran cebik bibir tanda dia tidak kisah.

" heh menyampah betul aku ! kenang kau ni  kawan baik merangkap adik ipar je. Kalau tak~dah lama kena debik!" rungutnya tidak puas hati. Zafran yang mendengarnya buat tak endah saja. 

" esok PA baru kau start masuk kerja" sambung Noah.

Angguk sekali, dia sambung membuat kerja. Seketika, fail yang disemak itu ditutup. Noah disofa dipandang seketika sebelum bersuara.

" petang nanti aku bawa Sya balik rumah mama"

"bagus jugak tu!" sokong Noah ceria. Zafran angguk.

"mama tak habis habis dok tanya aku bila kau nak bawa si aisya tu balik rumah. Engkau pun satu, tahu la sayang bini tapi jangan la peram sorang-sorang" sambung Noah lagi dengan nada yang menjengkel.

Jengkel dengan perangai seketul Zafran. Orang dah angau dengan bini begini la jadinya. Kedekut!!!

"Bini aku, suka hati akulah" 

Noah juling mata ke atas bersama bibir decebik.

"dah pergi buat kerja, aku nak balik." Buku dan fail yang berselerak di kemas. Baju dikemas, dia mula berdiri.

Noah pandang Zafran hairan.

" eh eh, kau nak ke mana?"

"balik"

"eh banyak cant...."

"pergi buat kerja sebelum aku potong gaji kau" Zafran memotong laju.

"what the....fine!" Noah mengalah apabila Zafran memandangnya tajam.

Zafran menggeleng perlahan tatkala Noah sudah keluar dari biliknya dengan muka tidak puas hati.

"tak padan dengan bapak orang!" 

"ABANG boleh duduk diam tak? Sya nak masak ni" geram aisya dengan perangai Zafran yang makin menjadi - jadi manjanya. Kadang tak kira tempat jejaka itu mahu bermanja.

"what? masak jelah. aku tak ganggu kau pun" jawab Zafran selamba. Aisya juling mata keatas.

" masalahnya abang buatkan pergerakkan Sya terbatas. dah macam gendong anak tahu tak?"

mana tak marahnya si Aisya tu, dia sedang masak bersama Zafran dibelakangnya. Suaminya itu sedikit pun tidak mahu berenggang dengannya. kemana dia pergi suaminya itu akan ikut. melekat je kerjanya.

"okeylah tu, alang-alang boleh practise gendong baby terus"

tanpa rasa bersalah Zafran menjawab dengan muka diletakkan di bahu Aisya.

"kalau macam tu tak payah masak, lagipun aku tak lapar pun"

Aisya pandang kiri, tepat pada wajah zafran yang berada dibahunya.

" bukan tadi abang kata lapar ke?"

" itu tadi, sekarang tak lapar dah" jawapan selambanya buat Aisya naik pening.

"LOVE, nanti packing baju. kita balik rumah mama" ujar Zafran ketika Aisya sedang mencuci tangan.

"eh, betul ni abang ?" soal Aisya tidak percaya. tangan yang basah di lap pada kain tepi sinki.

Zafran angguk sekali. mata tepat memandang isterinya yang teruja.

"Love~behave. kesian baby terkejut, mama dia lompat-lompat" risau Zafran melihat Aisya yang tiba tiba teruja.

"hehehe sorry. Sya tak sabar nak tengok baby kakzu. mesti dah besar kan" ujar dengan senyuman teruja.

Zafran hanya geleng kepala. keberadaan Aisya didekati sebelum dia memeluk isterinya itu. puncak kepala Aisya dicium lembut. berkali kali

"dah, pergi bersiap. tapi nanti kita singgah beli barang sikit"

"thanks abang" Aisya balas pelukan suaminya. dipeluk kejap tubuh tegap itu sebelum dicium sekilas dada bidang suaminya.

Zafran tunduk pandang Aisya dibawah. mata dikecilkan pada Aisya.

"love~jangan buat gitu. kang ada yang tak jadi balik rumah mama" Aisya sengih tidak bersalah.

"hehehe taknak. okeylah Sya naik dulu nak mandi. bye abang" ujar Aisya tanpa tahu isi fikiran suaminya.

heh jangan harap!

baru sahaja Aisya berpaling untuk ke ruang depan. tiba tiba tubuh kecilnya sudah berada di dalam dukungan Zafran.

"abang!!!" Aisya menampar lembut dada Zafran.

"sapa suruh goda aku hmm" tanya Zafran dengan kening diangkat berkali kali. terbit senyuman sinis apabila muka Aisya berubah tidak puas hati.

"ishhh" dan..... seketul Aisya pasrah!






happy reading guysss!!
sorry hambar and thanks yang masih lagi tunggu saya hehehe

much lope for u guyssss❤️

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now