BAB2💜

15.5K 863 15
                                    

SEMINGGU berlalu, Aisya kerap kerumah banglo milik datin Amy. Ini kerana anak bongsunya, Luth Zarif mengajak Aisya.

Katanya teringin adik perempuan, umur mereka juga hanya selang dua tahun. Setiap itu jugak Aisya mengambil kesempatan untuk menempel dengan Luth zafran.

Luth Zafran yang mula-mula menolak akhirnya terpaksa terima kerana akur dengan pesanan datin Amy.

Luth Zafran hanya buat  acuh tak acuh melayan dua ketul manusia di hadapannya sekarang.

"Abang nak makan ni?" soal aisya yang duduk diribanya.

"Aku taknak makan apa-apa" jawabnya dingin.

"kau main je dengan Zarif. Dah la duduk atas—" tak sempat Luth Zafran menghabiskan ayatnya kedengaran suara nyaring seorang gadis menjerit riang.

"Assalamualaikum, anybody her.... eh eh eh comelnya dia"laju tangan gadis itu mencubit-cubit pipi pau milik Aisya.

"Auw, sakitlah kakak" Aisya gosok pipi merahnya yang dicubit.

Makin kuat pipi merah Aisya dicubitnya.

Geram!

Sapa suruh comel sangat~

"Dahlah akak. Budak ni berat tahu tak?" tutur Luth Zafran geram. Dah la seketul Aisya ni berat namatey! boleh pula dia main cubit cubit atas orang.

Pegidah!

"Sibuk je kau! Meh sini awak" tangan disua untuk mendukung Aisya, sempat mata menjeling Luth zafran. Tanpa membantah huluran disambut mesra.

Ketawa kecil Zulaikha dengan gelagat Aisya.

"Akak wangi la-- tapi wangi lagi abang" sengih Aisya lebar. Lekukan lesung pipit jelas dimata mereka. Spontan Luth Zafran memutarkan bebola mata keatas bersama cebikan.

Hairan Zulaikha mendengar Aisya memanggil adiknya dengan gelaran abang. Mana pernah Luth Zafran bagi orang panggil dia abang, Luth Zarif sendiri pun tak berani.

Something fishy~

Malas mahu memeningkan kepala, kaki melangkah ke dapur bersama Aisya  didukungan untuk mencari kelibat mamanya, datin Amy.

Sempat Zulaikha memerhati muka Aisya yang dalam dukungannya. Sungguh cantik!

Dengan mata yang unik, kening terukir cantik, hidung mancung, bibir merah serta kulit putih kemerahan. Yang menambahkan manis di muka itu ialah tiga tahi lalat di hidung dan pipi kirinya.

"Hai ma!!" sergah Zulaikha. Terhenjut bahu datin Amy terkejut.

"Hoi mak kau aku" latah datin Amy. Aisya dan Zulaikha ketawa terbahak-bahak. Datin Amy menjeling anak sulungnya.

"Amboi Zu—sedap kenakan mama?" tanya datin Amy bersama jelingan manja.

"Sedap sangat mama. Rasa macam strawberi, kan?" jawabnya dengan sisa tawa. Mata memandang Aisya yang galak ketawa.

Aisya angguk kepala dengan tangan yang menekan perut. Geli hati dengan latah datin Amy.

"Ehem" deheman seseorang membuatkan mereka menoleh kearah ruang masuk kedapur.

"Gelak kenapa?" Saja nak tanya, biar dia sendiri yang melihat telatah mereka.

"Mama....lucu" jawab Aisya yang masih sakan ketawa. Zulaikha yang sudah berhenti ketawa meletakkan Aisya di atas island table.

"Apa yang lucu pun tak tahu. Gedik!" Bidas Luth Zafran selamba. Peti ais dituju tanpa rasa bersalah. Serta merta mati ketawa Aisya. Datin Amy hanya mampu menggeleng pasrah.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now