DATIN amy yang dapat merasakan sesuatu yang bakal terjadi mula melangkah laju kearah perkarangan rumah banglo tersebut. Dato' Luth Mikael juga turut berlari kecil mengejar langkah sang isteri.Langkah yang tadinya laju mula perlahan
tatkala sepasang matanya dihidang dengan motor berkuasa tinggi yang cukup dikenalinya.Milik Zafran.
Tidak lama itu, Kelibat beberapa orang berkopiah yang berada di pintu utama rumah itu dipandang tidak percaya. Dipandang wajah sang suami disisi bersama gelengan kecil. Dato' Luth Mikael terus menggosok lengan isterinya dengan lembut.
"InshaAllah takde apa apa"
"Tapi tu motor Zaf" motor berkuasa tinggi ditunjukkan kepada suaminya. Dato' Luth Mikael mengangguk mengerti apa yang hendak disampaikan oleh sang isteri.
Bahu sang isteri dirangkul erat sambil melangkah perlahan untuk ke pintu tersebut. Dato' Luth Mikael menyapa dan dibalas dengan sopan oleh orang orang berkopiah tersebut. Tiba giliran datin Amy, wanita itu hanya senyum nipis. Menyembunyikan rasa debarnya.
Sesaat itu, pintu yang dibuka dari dalam menggamit perhatian mereka yang berkopiah dan pasangan suami isteri tersebut. Datin Amy terus menahan tanganya pada lengan sang suami.
Figura itu dipandang dengan riak kecewa dan tidak percaya. Buat kali kedua anaknya membuat perangai tidak semengah.
Zafran!!
"Astaghfirullahalazim—apa kamu buat dalam ni zaf—" soal Dato'Luth Mikael dengan nada kecewa. Sang isteri dibawa kedalam pelukan. Beberapa orang berkopiah itu mula mendekati Zafran dan salah seorang dari mereka bertanyakan status dan meminta ad kahwin jika ada serta kad pengenalan diri.
Datin Amy yang tidak melihat kelibat Aisya terus menerpa masuk. Aisya yang terbaring lemah diatas sofa dipeluk. Gadis itu sudah pengsan. Datin Amy bangun dan terus tubuh anak lelakinya yang membelakangi dirinya dipusing.
PAK!
"mama nk kamu bertanggungjawab! Se. Ka. Rang!" Tutur datin Amy dengan nada yang keras. Dato' Luth Mikael mendapatkan sang isteri sebelum diusap perlahan belakang badan tersebut.
AISYA mencelikkan matanya dengan perlahan. Dibuka dan ditutup beberapa kali untuk menghilangkan rasa kabur. Atas perutnya terasa memberat membuatkan dia mengerutkan dahi. Selimut diselak perlahan, Aisya terpempan. Figura lelaki yang memeluknya ditolak kasar. Lantas itu, selimut ditarik untuk menutup kepalanya yang terdedah. Bilik besar dan mewah ini, ditilik sekilas.
BUK!
"Adoi—kau dah kenapa?" soal Zafran tidak puas hati. Dahlah semalam tak tidur. Baru je nak lelap dah—kena tolak dengan bini sendiri.
Ya—mereka sudah diijab kabul pagi tadi semasa Aisya masih lagi pengsan. Diwalikan dengan bapa saudara sulung Aisya.
Macam mana? Noah menghubungi Jenny dan terus wanita itu bertolak ke kampung Aisya dan mengambil mak Piah, Salina serta bapa saudara gadis itu, Salihin.
YOU ARE READING
Mrs. Luth: Bidadari Milik Syaitan
Novela Juvenil"abang nak dukung"pinta si gadis sambil menghulurkan tangan. "Malas"balas sang jejaka. "Ala~abang nak--"pinta si kecil. Muka sengaja dicebik. "Ish, ye la. Meh sini"dilayankan sahaja. Gembira tak terkira si gadis bila didukung sang jejaka membuatkan...