BAB44💜

11.9K 692 32
                                    

Berdecit perlahan, tangan meraba meraba disisinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berdecit perlahan, tangan meraba meraba disisinya. Jumpa sahaja gajet mahal itu, mata dicelik malas. Ikon hijau ditekan lalu dilekapkan pada telinganya.

"Hmm?"

"Bangun, tengahari dah" tutur jejaka itu.

"Malam lagi la" kantuk mengusai diri dan inilah jadinya.

"Tak payah nak kencing aku. Kau dah balik semalam lagikan?" tebak Zarif sengaja nak menguji. Takkan dia tak tahu, lagi lagi bila si Mike tu dah ada dengan Alex dekat office. Tengah melepak!

Berdecit perlahan, Zafran menggeliat sedikit. Badan dibalik untuk telentang pula.

"Tch, kau nak apa ni?" soal Zafran malas.

"Itu yang aku nak dengar. Aku nak jumpa kau. Sekarang, tempat biasa" nada ceria tadi bertukar nada serius. Menandakan dia tidak main main.

Zafran mengumam sahaja mengiyakan dan terus panggilan ditamatkan. Leher diregangkan sekilas sehingga menghasilkan bunyi lekukan. Bibir berdesis sakit sebelum diusap lembut.

Kaki diturunkan dari katil dan mencipta langkah kebilik mandi.

Tidak mengambil masa lama, dia keluar dengan tuala separas pinggang. Tuala kecil diambil dan rambut perangnya dilap. Pakaian disarung pada tubuh kekarnya.

Zafran mendekati meja solek sebelum mengambil body mist. Disembur pada kedua nadi tangan dan lehernya. Rambut disikat kemas. Jam tangan pula diambil dan dipakai pada pergelangan tangan kiri.

Turun ke bawah, dia disambut oleh pengawal pengawal yang menjaga mansion miliknya. Zafran hanya mengangkat tangan separas bahu tanda membalas sapaan dari pengawalnya itu.
Kaki panjangnya melangkah kearah kereta yang sudah terparking dihadapan mansion.

"Tuan"

"Tempat biasa" jejaka berbadan sasa itu mengangguk sekali. Gear dimasukkan dan mula bergerak keluar dari perkarangan mansion.

LUTH Zarif mengetuk ngetuk jari telunjuknya pada permukaan meja kayu tersebut. Lirikan nakal dari sekumpulan gadis berhadapan mejanya diendahkan saja.

Dah biasa.

Keluhan dilepaskan perlahan, jam pada pergelangan tangan kanan dikerling sekilas.

"10 minit lagi tak datang memang aku mengamuk sakan dekat sini" omel jejaka muda itu perlahan dan sebal. Dah la serabut dengan meja depan, tak habis habis usha dia.

Menyampah!

Tidak lama itu, bunyi loceng yang diletakkan pada pintu masuk itu menggamit perhatiannya. Luth Zarif menatap tajam riak kosong abangnya sehingga jejaka itu duduk berhadapan dengannya.

"Nasib kau sampai. Kalau tak—memang hancur kedai ni aku mengamuk" kata Luth Zarif dengan nada tertahan. Badan yang tadi bersandar, dibawa mendekat kearah meja.

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now