BAB60💜

10.9K 469 34
                                    

"Sya!" Buka sahaja pintu rumah, Luth terus memanggil nama Aisya tatkala bayangan isterinya tidak dijumpai. Apatah lagi keadaan ruangan itu terlihat sunyi.

Segala anasir buruk keluar. Bergegas Luth kebahagian dapur, beg kerjanya dicampak begitu sahaja pada sofa. Namun sama, tiada.

Anak tangga didaki laju, sebelah tangannya mula melonggarkan tali leher. Nama Aisya tidak lepas dari mulutnya.

"Sya! Aisya Humaira!!" Bang!! Pintu biliknya dihempas kuat.

"Ya Allah!" Terus kepala dihala pada belah kirinya. Aisya yang masih terkejut, diterpa dan dipeluk erat.

"Eh. Kenapa ni?" Hairan Aisya dengan perlakuan si suami. Dengan nafas tercungap-cungap mengalahkan lari marathon.

"Abang ingat Sya lari" lirihnya dalam pelukan Aisya. Mukanya ditekap pada bahu Aisya.

"Sya nak lari pergi mana? Sini je rumah yang Sya ada" bagithu Aisya tenang. Belakang badan Luth digosok lembut. Dapat dirasakannya Luth menggeleng di bahunya.

"Dah, meh duduk dulu" ingatkan mahu dilepas badan kecik si isteri namun diseretnya Aisya sekali kekatil tanpa melepaskan pelukan itu.

"Ehhh" Aisya hanya mampu menggeleng kecil serta mengikut karenah suaminya.

"Abang ni dah kenapa?" Belakang badan Luth dielus lembut.

"Abang ingat Sya lari. Macam dulu...." gumamnya. Aisya hembus nafas perlahan.

"Tak adanya...kan abang yang suruh Sya tunggu abang, Sya tunggu"

"Tapi—Sya dah banyak sakit, abang tahu tap...."

Badan Luth ditolak lembut. Muka suaminya dipegang kemas dengan kedua tangan kecilnya.

"Shh....Sya taknak dengar dah benda ni. Past is past okey" dahinya disatukan dengan dahi Luth.

Lambat-lambat Luth mengangguk faham. Bibir Aisya dikucup sekilas.

"Thanks Sya" Aisya senyum nipis sebelum membalas tanpa suara.









Zulaikha yang baru turun dari tangga disambut lembut oleh Luth Zarif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zulaikha yang baru turun dari tangga disambut lembut oleh Luth Zarif.

"Ya Allah kak....kenapa tak bagitahu aku kau nak turun? Kalau tak aku dah naik ambik" bebel Luth Zarif sambil memapah Zulaikha.

Zulaikha buat muka toya walaupun nafasnya tercungap-cungap. Tak dengar cakap suami la katakan~

"Kau dengan Noah sama je. Kuat membebel!" Ujar Zulaikha.

Luth Zarif jeling sekilas kakaknya.

"Hah, buat muka, buat mulut. Nanti keluar anak tu ikut muka maknya. Baru tahu!" Zulaikha diletakkan dengan berhati-hati pada sofa.

"Ish~ taknak la....eeeeeh~"

"Tahu takut. Lain kali kalau orang nasihat tu cuba dengar. Nasib dapat Noah tu, kalau orang lain mahunya diceraikan"

Mrs. Luth: Bidadari Milik SyaitanWhere stories live. Discover now